SharpShooter Followers

Monday, August 08, 2011

Rakyat menanti najib dan rosmah ke Mahkamah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor tidak boleh lari lagi daripada hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II apabila mereka diperintahkan berbuat demikian hari ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

“Kami mengalu-alukan keputusan ini. Kami sememangnya menantikan peluang untuk menemuramah saksi termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Rosmah.

Saya tak nampak sebarang sebab mereka perlu menangguhkan lagi kes ini atau mencari alasan untuk tidak hadir,” kata Anwar.

Pasukan peguam Anwar setakat ini hanya berjaya menemubual lima daripada 25 saksi yang ditawarkan pendakwa raya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguam Anwar untuk memanggil 20 lagi baki saksi ke mahkamah.

Najib dan Rosmah tersenarai di antara 20 saksi tersebut.

Bercakap lanjut, Anwar berkata kehadiran Najib dan Rosmah ke mahkamah adalah sebahagaian daripada tugas mereka kerana mereka sememangnya terlibat dalam kes Fitnah II sejak dari awal lagi.

“Mereka perlu anggap ini sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

“Mereka terlibat sejak dari awal lagi seperti yang kita nyatakan dan mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kita,” kata Anwar.

Najib dilaporkan menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum beliau mendakwa kononnya kejadian liwat berlaku.

Dalam kenyataannya kepada media sebelum ini, Najib mendakwa kononnya beliau menemui Saiful untuk membincangkan soal biasiswa. Anehnya, Saiful sendiri adalah pelajar pusat pengajian tinggi yang gagal menamatkan pengajian kerana prestasi akademik yang teruk.

Peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata keputusan hakim hari ini menyebabkan saksi-saksi yang tetap enggan ke mahkamah berhadapan tindakan undang-undang jika masih berdegil.

“Mereka tak boleh cakap mereka tak mahu bercakap. Mereka (saksi) perlu hadir kerana ia perintah mahkamah.

“Mereka terikat dengan undang-undang untuk hadir. Jika tidak, kita akan rujuk mereka kepada hakim,” kata Sankara.

Selepas Hakim Zabidin menyampaikan keputusannya tadi, Timbalan Pendakwa Raya memohon perbicaraan ditangguhkan kepada 15 Ogos depan.

Ia dibuat Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan persetujuan peguam bela atas alasan Pendakwa Raya memerlukan satu minggu untuk pengurusan mengaturkan temuramah dengan saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Ini kerana, dua daripada saksi-saksi yang diminta, iaitu pembantu rumah kepada pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Abdul Hamid kini dilaporkan berada di Indonesia. - Ahmad Fadli



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/