Ramadhan yang lalu 1431H, Almarhumah Dr. Lo’ Lo’ ada menghubungi saya dan meminta saya meng’edit’kan sebuah Video ringkas yang boleh membuka pintu kesedaran sesiapa yang melihatnya agar kembali pada hidup yang di redhai Allah. Dengan sifat penyayang yang memang menjadi darah dagingnya, Almarhumah amat peka terhadap kebajikan para remaja dan sering ingin mendekati remaja agar mereka dekat dengan kehidupan berpandukan Islam.
Beliau amat risau dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi terutamanya gejala membuang anak akibat dari ‘Cinta tanpa Adab’ yang terbina dan amat merasa sayu hatinya apabila melihat bayi-bayi kecil yang tidak berdosa di buang merata-rata tempat bagi menutup dosa yang telah mereka lanjurkan bersama pasangan atas nama ‘Cinta’.
“Kadang-kadang mengalir air mata saya… sedih dan geram.” Kata Almarhumah dalam perbualan telefon tersebut. “Sedih melihat anak-anak comel menjadi mangsa nafsu serakah yang suka sangat ber’couple’ ni, ada yang sampai terbunuh, hilang kewarasan mereka kerana cinta kononnya. Geram melihat pasangan yang langsung tak takut Azab Allah hingga sanggup membunuh anak yang lahir dari perut sendiri. Dah pandai buat, tak mahu bertanggungjawab!” sambung Almarhumah dengan nada yang memang amat kesal terhadap perbuatan mungkar yang semakin menjadi-jadi.
“Doktor nak video yang macam mana?” Tanya saya kembali setelah turut terpanggil untuk bersama-sama Almarhumah bagi memberi sedikit sumbangan membenteras gejala yang merosakkan akhlak, institusi kekeluargaan dan keturunan ini. “Buatlah macam manapun, saya nak yang terbaik dari omar“. Almarhumah memberi arahan yang ringkas mungkin untuk memudahkan saya menyempurnakannya.
“Saya nak pasang di slide semasa menyampaikan sumbangan di bulan ramadhan ini.” Tegas Dr. Lo’ Lo’. Saya meminta tempoh 3 hari untuk menyiapkan video tersebut setelah di beri sedikit panduan sepertimana yang Almarhumah kehendaki.
Klik Gambar untuk ke link berita |
Begitulah lebih kurang seingat saya perbualan ketika Dr. menghubungi saya untuk membuatkan Video untuknya. Kini saya teringat kembali akan betapa kerisauan Dr Lo’ Lo’ dalam masalah keterlanjuran remaja, dan terlalu menyanyangi anak kecil yang tidak berdosa akibat gejala zina itu, saya buatkan lagi Video itu. Walau Doktor telah tiada namun semangat itu terus terpahat dihati, perasaan dan terus ada bersama saya…
Al-Fatihah…
Inilah videonya....
Inilah videonya....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/