SharpShooter Followers

Thursday, May 31, 2012

Kes @ShahrizatJalil -NFC Dan Dakwaan Terhadap Azmin Ali: Keputusan SPRM Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya

Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali.
 
Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Dato' Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Saudara Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.
 
Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.
 
Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Dato' Seri Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.
 
Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:
 
KES SAUDARA AZMIN ALI
 
1. Dato' Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Saudara Azmin Ali dalam tahun 1995;
 
2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Saudara Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;
 

3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya "The Shafee Yahaya Story" mukasurat 306, 326 dan 356.
 
KES NFC-DATO' SERI SHAHRIZAT JALIL
 
1. Dato' Seri Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;
 
2. Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;
 
3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;
 
4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Dato' Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Dato' Seri Najib Tun Razak).
 
Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Saudara Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Dato' Seri Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.
 
Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Dato' Seri Najib Tun Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.
 
Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?
 
Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.
 
Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.
 
Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM:
 
Jika Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Dato' Seri Najib Tun Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?
 
HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Usul Tergempar Parlimen - Penjualan Rahsia Pertahanan Negara - @n_izzah

Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada
sesi Parlimen akan datang seperti berikut:

'Usul Tergempar untuk dibahas di Parlimen -
mengenai pendedahan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit
Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis seperti yang didakwa oleh SUARAM di Bangkok pada 30 Mei 2012 yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.'

Sementara itu, rakyat berhak menuntut agar Perdana
Menteri memberikan kenyataan mengenai perkara ini dengan segera kerana jika benar - wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara bukan sahaja mengenai operasi kapal selam Scorpene, tetapi juga maklumat rahsia pertahanan negara yang lain yang mungkin dijual kepada ejen asing.

Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
merangkap Naib Presiden KEADILAN


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mat Sabu hampir pasti bertanding di Parlimen Batu Kawan

Demam pilihanraya semakin terasa. Setiap hari ada saja yang bertanya pada sharpshooter bila bubar parlimen? Jawabnya mudah..tanyalah BN (Bini Najib)

Semakin dekat dengan pilihanraya semakin banyak spekulasi tentang calon-calon yang akan bertanding dan pastinya calon hebat seperti Mat Sabu tidak terlepas dari perbualan hangat politik rakyat. Ramai yang bertanya, Mat Sabu akan bertanding di mana?

Khabar angin kini yang bertiup kencang dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Mat Sabu hampir pasti menjadi calon di Parlimen Batu Kawan. Guan Eng merupakan sahabat baik Mat Sabu di kamar penjara. Bukan lagi rahsia hubungan akrab Mat Sabu dan Guan Eng ibarat 'isi dan kuku.'

Sharpshooter selaku Pengarah Pilihanraya Dun Bukit Tengah merangkap Ketua Penerangan Keadilan Batu Kawan, sudah pasti berita ini ibarat 'pucuk dicita..ulam mendatang..tidak cukup tapak tangan..Stadium Batu Kawan kami tadahkan..'

Pimpinan PAS di Kawasan Batu Kawan amat berharap Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Batu Kawan akan menjadi kenyataan. Parlimen Batu Kawan kini adalah YB Prof Ramasamy TKM 2 merangkap Adun Perai.

Malam ini jangan lupa bersama Mat Sabu dan Chegubard di Kg Tok Panjang, Dun Bukit Tengah, Parlimen Batu Kawan. Ceramah gelombang KUNING ke Putrajaya..jumpa di sana..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

AMK Selangor siap sedia hadapi budaya 'politik samseng'

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini mengutuk dan mengecam serangan ke atas dua pemimpin DAP Selangor, V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu. Mereka yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf iaitu Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Kesan daripada serangan itu , Ganapathi Rao menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu. Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. 

AMK Selangor percaya bahawa modus operandi yang sama ini digunakan di seluruh negara bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dan juga mana-mana gerakan rakyat yang menolak Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Kebimbangan BN ini berasaskan kepada penurunan populariti terhadap perjuangan gabungan parti kerajaan itu pada tahap yang paling rendah sejak merdeka.

AMK Selangor yakin rakyat semakin muak dan jelak dengan politik kekerasan yang melibatkan maki hamun dan fizikal sehingga tahap mencederakan sehingga isu-isu sebenar yang sepatutnya dijawab oleh BN ditenggelamkan bagi menyelamatkan kredibiliti BN yang semakin buruk.

Seharusnya BN sebagai parti tua memainkan peranan lebih baik dalam melaksanakan demokrasi dan bukannya menakut-nakutkan rakyat untuk berhimpun dalam program yang dianjurkan oleh NGO serta Pakatan Rakyat. Rakyat harus diberikan kebebasan untuk menunjukkan sebarang sokongan politik dan menzahirkan sokongan terhadap dasar parti politik yang lebih baik.

Perlaksanaan politik nilai mampu untuk membawa Malaysia keluar dari kolong politik kuno yang telah membelenggu pemikiran kita sekian lama. Perbuatan mencederakan pihak lawan ini tidak akan memberi sebarang impak positif kepada BN tetapi hanya akan membawa rakyat lebih rapat kepada Pakatan Rakyat yang terbukti melaksanakan demokrasi dengan lebih terbuka dan berdaya saing.

Justeru, AMK Selangor meminta PDRM terutama di negeri Selangor untuk memainkan peranan yang lebih adil dalam menjaga keselamatan rakyat serta memastikan hak mereka untuk berhimpun dalam apa juga program terjamin. AMK Selangor percaya integriti dan kewajipan PDRM tidak akan digadaikan hanya kerana menjaga kepentingan satu pihak dan mengabaikan hak pihak yang lain. 


AZMIZAM ZAMANHURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Anwar Ibrahim balik kampong lagi..jom..

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang

Merdeka Rakyat

2 Jun 2012 (Sabtu)

1) 11.30 – 2.30 ptg – Kenduri–kendara Kahwin

2) 2.30 – 5.00 ptg – Forum Skandal FOREX Bank Negara -

"When Government Become Speculator"           

Lokasi : Dewan ABC, Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama

 Ahli Panel:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii.YBhg Dr Rosli Yaacob

3) 5.00 ptg – Hi-Tea di Exora Hotel, Prai

4) 6.00 ptg – Penyampaian Hadiah Bola Sepak Piala Dato' Mansor

Lokasi: Padang Bola Sepak Kubang Semang

5) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Semilang Pantai, Seberang Jaya

6) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi: Padang Awam, Taman Guar Perahu

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Mansor Othman

iv. YBhg Dr Rosli Yaacob

v. YBhg Ustaz Hassan Abdul Razak

vi. YBhg Chegubard 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mengapa projek 6 billion menjadi keutamaan? Ada udang sebalik batu ke?

Kerajaan Negeri Selangor yakin semua pihak bersetuju air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk keperluan pengguna meskipun ada pihak yang mengatakan empangan kita hampir kering.

Sepertimana yang disahkan oleh Lembaga Urusan Air Negeri Selangor (LUAS) minggu lepas, kesemua tujuh buah empangan di Selangor berada dalam tahap memuaskan.

Saya seterusnya bawa perbincangan ke fasa 2 iaitu isu air terawat. Dalam isu ini, dua orang Menteri Persekutuan telah mendakwa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air terawat jika Loji Langat 2 tidak dibina secepat mungkin.

Projek Langat 2 yang dikatakan bernilai lebih RM6 billion ini bukan sahaja melibatkan loji rawatan air tetapi juga terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang. Air mentah ini akan dibayar sebanyak 10sen setiap liter padu.

Saya mempersoalkan pendirian ini kerana jika air mentah di Selangor mencukupi dan masalah kita yang ada adalah air terawat; mengapakah kita perlu membina terowong untuk mendapatkan air mentah dari Pahang?

Bukankan lebih praktikal dan jimat jika kita hanya membina loji rawatan air (water treatment plant) berdekatan dengan empangan yang sedia ada?

Dalam memperkatakan isu air terawat, kita juga perlu mengkaji kos dan kecekapan operasi di loji rawatan air yang sedia ada.

Terdapat 33 loji rawatan air di Selangor dan 29 daripadanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi diurus oleh Puncak Niaga Sdn Bhd. Dalam satu laporan yang disediakan oleh Enrico terhadap 29 loji rawatan, kesemua loji tidak beroperasi secara optimum manakala 18 dari mereka (62.07%) memerlukan penambahbaikan.

Empat lagi Loji rawatan dimiliki oleh syarikat konsesi dan salah satu daripadanya adalah loji rawatan air Sungai Selangor 2 (SSP2) milik Puncak Niaga – salah satu loji rawatan air termahal di dunia pada harga RM1.3billion untuk kapasiti 950 mld (juta liter sehari).

Di sini jelas menunjukkan jika kita mahu memperbaiki hasil air bersih; satu kajian yang menyeluruh perlu dibuat ke atas semua loji rawatan yang sedia ada bagi memastikan mereka beroperasi secara optimum.

Jelas pengurusan loji rawatan oleh syarikat konsesi perlu disoal keberkesanannya kerana setelah 8 tahun mereka mengurus, loji rawatan ini masih tidak boleh beroperasi secara optimum.

Satu lagi isu yang perlu diberi keutamaan adalah kadar non-revenue water dimana sekarang berada dalam paras 33%. Dalam pengurusan air yang cekap, tahap NRW adalah pada 10% kebawah. Di Selangor, jika kita boleh kurang 15% dari masalah NRW, kita dapat selamatkan 222.4 mld dari dibazirkan begitu sahaja.

Ini bermakna, Selangor tidak akan menghadapi apa-apa masalah bekalan pada 10 tahun akan datang tanpa berbuat apa-apa.

Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri menggesa agar proses penyusunan semula industri air Selangor diselesaikan seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang boleh menyelesaikan semua isu: bekalan air mentah dan air bersih, pengurusan loji rawatan, pembaikan paip-paip air dan NRW.

Ini akan membolehkan Kerajaan Negeri sendiri memastikan segara urusan penghasilan dan pembekalan air menjadi lebih berkesan serta memastikan tarif air yang munasabah.

Kesimpulannya projek Langat 2 bukan jawapan bagi menyelesaikan masalah air di Selangor. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor Barisan Nasional sebelum ini gagal mengkaji keseluruhan aspek permasaalahan yang sebenar sebelum membuat keputusan membina projek Langat 2 yang saya kira antara matlamatnya adalah memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan proses penyusunan semula industri air Selangor yang akan memastikan hak rakyat dalam isu pembekalan air sentiasa terjaga.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Dato Menteri Besar Selangor



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jingga 13 desak siasatan dan kesal isu lapok didendangkan semula untuk jatuhkan @azminali

Kenyataan media

SASAR YB AZMIN ALI : JINGGA 13 DESAK SIASAT RPK DAN PEMBOCOR 'FAIL SULIT' SPRM SERTA HENTIKAN POLITIK DESPERADO MURAHAN

Akhir-akhir ini YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terus menjadi sasaran kepada beberapa pihak yang bertujuan untuk menjatuhkan kreadebiliti beliau bukan sahaja dengan cara yang jijik termasuk yang terbaru dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit oleh blogger Raja Petra Kamaruddin , blogger Malaysia Today.

JINGGA 13 menyelar tindakan politik desperado murahan yang dilakukan dan menganggap pelbagai isu peribadi yang disasarkan kepada YB Azmin Ali adalah bertujuan melemah dan men'sibuk'kan YB Azmin Ali dengan isu-isu yang jijik dan lapuk kerana beliau merupakan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dalam mempersiapkan seluruh jentera PKR bersama PR dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama nanti dalam usaha menawan Putrajaya.

JINGGA 13 benar-benar amat terkejut bagaimana maklumat, dokumen atau "fail Sulit" seperti didakwa oleh Raja Petra di mana pegawai SPRM telah membocorkannya dan diserahkan kepada orang yang tidak sepatut memilikinya sedangkan ianya sudah disoal siasat oleh pihak SPR 17 tqhun yang lalu dan sudah tidak relevan. Tindakan ini ternyata boleh menimpulkan pelbagai persoalan kepada rakyat yang integriti dan kreadibiliti SPRM dipersoalkan serta SPRM bukan sahaja gagal menyimpan segala dokumen tetapi membocorkannya kepada sesiapa sahaja.

Adalah wajar satu siasatan dibuat bagaimana ianya boleh berlaku dan ini bermakna etika kerahsiaan pegawai-pegawai SPRM diragui dan dipertikaikan. Apa lagi terhadap kes-kes sudah 17 tahun yang telah pun ditutup dan tidak perlu dipertikaikan . Apakah tujuan perkara tersebut berlaku atau ada 'dalang' yang sedang merancang sesuatu?

Sepertimana yang dijelaskan oleh YB Azmin Ali bahawa beliau telah pun di soal siasat dan menyerahkan segala dokumen dan bukti termasuk penyata bank kepada pihak SPR (kini SPRM) 17 tahun yang lalu malah menafikan sepertimana tuduhan tersebut. Juteru isu lapuk tersebut yang cuba untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah usaha desparado mereka yang ketandusan modal .

JINGGA 13 yakin di atas faktor kemampuan, kredebiliti dan komitmen YB Azmin Ali selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dan kegusaran UMNO/BN terhadap usaha mempertahankan Putrajaya memungkinkan pelbagai cara dilakukan walaupun dengan kotor,jijik dan melampau akan dilakukan dan mungkin akan berterusan sehingga PRU 13.

JINGGA 13 yakin rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan propaganda murahan dan menjijikkan oleh pihak-pihak tertentu semakin tertekan dengan kekuatan PKR dan PR dalam menghadapi PRU 13 .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 30, 2012

Kenapa Bank Negara tidak siasat dan ambil tindakan terhadap suami @ShahrizatJalil - @rafiziramli

PERINTAH SOALSIASAT DI BAWAH AKTA BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN

Saya menerima notis yang diserahkan secara peribadi untuk hadir memberi keterangan di Bank Negara di bawah Seksyen 87 (1)(a), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Saya telah bersetuju untuk hadir memberi keterangan pada hari ini jam 230 petang di Bank Negara.

Sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, saya juga khuatir jika tekanan yang berterusan yang cuba dikenakan terhadap saya dan En Johari Mohamad bertujuan untuk menutup skandal NFC.

Saya juga hairan kenapa Bank Negara tidak pula menyiasat hatta mengambil tindakan terhadap Dato' Seri Salleh Ismail dan keluarga beliau yang secara terang-terangan memindahkan wang rakyat secara tidak sah ke syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.
Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)?

Tindakan memanggil saya untuk soalsiasat memberi gambaran seolah-olah pihak berkuasa seperti SPRM dan Bank Negara tidak mengalu-alukan tindakan proaktif rakyat biasa seperti saya untuk mendedahkan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa di Malaysia. Kenyataan kepimpinan SPRM kebelakangan ini contohnya, secara jelas memusuhi rakyat kebiasaan yang mengambil tindakan berani mendedahkan perlakuan rasuah.

Fenomena ini membimbangkan saya kerana ia boleh mewujudkan suasana takut di kalangan rakyat Malaysia dan menghalang mereka dari tampil membuat pendedahan.

Saya mendesak satu kenyataan dari Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri untuk menafikan bahawa pentadbiran beliau tidak memangsakan pemberi maklumat dan melindungi perasuah. Apatah lagi apabila SPRM sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan ke atas seorang pun yang menganggotai jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak RM250 juta kepada keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sedangkan jelas NFC yang dikuasai keluarga beliau langsung tidak ada pengalaman untuk mengendalikan projek tersebut.

Walaupun umum mengetahui bahawa saya berhadapan dengan tekanan dari pihak berkuasa, sehingga kini masih ramai individu dan kumpulan yang tampil untuk memberikan maklumat mengenai penyelewengan dan rasuah.

Saya akan terus membuat siasatan dan pendedahan sehinggalah kredibiliti pihak berkuasa yang bertanggungjawab terutamanya SPRM dipulihkan di mata rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jom bersama Anwar jelajah Neg Sembilan

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan

Merdeka Rakyat !!!

1 Jun 2012 (Jumaat)

1) 6.00 ptg – Jamuan Rakyat  di Rumah Haji Rosli Omar, Pekan Juasseh

2)  7.15 mlm – Solat Maghrib di Masjid Kariah Kg Juasseh

3) 8.00 – 12.00 mlm –

Ceramah Perdana 1 – Merdeka Rakyat

Lokasi:  Taman Desa Puteri, Bahau

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas

iii. YB Teo Kok Seong

iv.  YBhg Nazree Yunus

v.  YBhg T. Kumar

vi. YBhg Karip Salleh


4)  8.30 – 12.00  mlm –

Ceramah Perdana 2 – Merdeka Rakyat

Lokasi: Taman Desaru, Sikamat, Seremban

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

iii. YB Loke Siew Fook

iv. YB Taufek Abd Ghani

v.  YB Aminuddin Harun

vi.  YBhg Dr Ahmad Azam Hamzah


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Perlukah Islam pada parti?

Let's Talk - Perlukah Islam Pada Parti? Bersama Khalid Samad   

Politik Islam hadir untuk menjernihkan segala kekotoran yang berlaku dalam parti-parti politik.

Malah, kerjasama PAS-UMNO diramal tidak akan berlaku melainkan UMNO menukar dasar perlembagaannya kepada Islam, namun usaha survival kekuatan politik Melayu, tetap dipertahankan PAS.

Ikuti wawancara bersama YB Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III seperti link di bawah.


http://www.mobtv.my/VOD-Let%27s_Talk.html 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 29, 2012

Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang - Tamrin Ghafar Baba

Umno kini terima tamparan hebat apabila Dato' Tamrin anak kepada tokoh veteran umno terkenal Allahyarham Tun Ghafar Baba sekarang ini muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam pembukaan ucapannya di Parlimen Merbok bersama YB Amirudin Shari Adun Batu Cave, beliau berkata 'saya masih ahli umno...tetapi saya terlalu kecewa dengan umno kerana membiarkan rasuah dan penyelewengan bermaharajalela..sebab itu saya berdiri di sini untuk menerangkan kepada rakyat betapa umno kini telah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. '

Beliau juga membidas SPR kerana sepatutnya SPR menjadi badan yang berkecuali bukannya bekerja untuk memenangkan umno bn. Bukti telah banyak Pakatan Rakyat dedahkan tetapi malangnya SPR pekak membisu.

Beliau juga memberi contoh bagaimana pengundi di rumahnya di Ampang hanya 5 orang tetapi di dalam daftar SPR terdapat 20 orang pengundi. Apabila buat aduan kepada SPR, SPR seolah-olah pekak badak.

Tamrin juga menyelar kerajaan umno kerana memberi pinjaman RM250 juta kepada suami Shahrizat sedangkan ada penternak lembu berbangsa India sejak turun temurun tetapi apabila mereka memohon pinjaman RM100 ribu dinafikan.

Menurutnya lagi kini wanita umno amat malu apabila mereka turun padang bertemu rakyat, mereka digelar wanita umno lembu. "Kepada pemimpin umno RM250 juta tetapi kepada rakyat hanya RM500 itu pun setelah terasa saingan hebat Pakatan Rakyat yang jauh lebih berjiwa rakyat.

Tamrin juga menyentuh soal PTPTN, sepatutnya kerajaan sudah berkemampuan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Rakyat disuruh berjimat sedangkan anak PM bertunang sahaja menelan belanja hampir RM500 ribu. Sambut harijadi RM80 ribu.

Sebab itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada ahli umno, sudah tiba masanya pada PRU 13 akan datang, berilah mandat baru kepada Pakatan Rakyat, rakyat wajib tolak umno bn.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BN PAJAK TANAH REZAB MELAYU KE PASARAN SAHAM

Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.  Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.

Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

Oleh yang demikian, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?
KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

Kami menunggu maklumbalas Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 28, 2012

JINGGA 13 DESAK SPR USAH 'TEGAKKAN BENANG BASAH'

Kajiselidik oleh Merdeka Centre yang dibuat baru-baru ini iaitu sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 telah menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang , di mana menurut Merdeka Centre, 92 % daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bersetuju agar kerajaan terutama SPR perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum ke 13.

Ini membuktikan rakyat begitu prihatin terhadap kegagalan dan penyelewengan serta kegagalan SPR sebagai badan yang diyakini dan dipercayai sebagai satu badan yang benar-benar telus , adil serta profesional dalam melaksanakan sistem pilihanraya dalam negera .

JINGGA 13 menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang seolah-olah rakyat Malaysia begitu dangkal dan bodoh dalam menjawab soalan kajiselidik oleh Merdeka Centre tersebut dengan menyatakan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan". SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar usah ' menegak benang yang basah ' menafikan tinjauan tersebut serta menafikan suara hati rakyat yang majoriti mengetahui SPR gagal membersihkan daftar pemilih dan gagal mereformasikan sistem pilihanraya yang benar- benar bersih.

SPR seharus sedar bahawa rakyat bangkit turun ke jalanraya menyertai Perhimpunan BERSIH 1.0 hingga 3.0 adalah antaranya berpunca daripada kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih . Masih hampir 42,000 pemilih ragu yang masih gagal dibersihkan oleh SPR. Terdapat 2,425,045 pemilih di seluruh negara dalam daftar pemilih tiada alamat langsung. 31,294 pemilih yang telah dipindahkan tanpa kebenaran pemilih tersebut dengan alasan oleh SPR iaitu membetulkan sempadan kawasan pilihanraya. Malah pelbagai fakta dan bukti yang diberikan namun SPR masih gagal dalam membersihkan daftar pemilih .

SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharus mengambil sikap optimis terhadap usaha positif kajiselidik Merdeka Centre tersebut yang merupakan kehendak dan inspirasi rakyat bukannya memperlekeh kajiselidik tersebut . Malah tindakan mereformasikan sistem pilihan raya termasuk menunaikan 8 tuntutan BERSIH adalah untuk kebaikan rakyat dan negara .

Apa sebenarnya agenda SPR sehingga suara rakyat diperlekeh dan dianggap tidak penting?

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mengapa PAS bersama BERSIH, 2.0 dan 3.0

Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ". Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......". Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya.

Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.  
Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengan sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa.

Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mengambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemungkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama.

Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya ".

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam.

Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah".  Sabdanya lagi: " Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal ".

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.  Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan.

Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isu Perumahan Penjawat Awam

KENYATAAN MEDIA
27 Mei 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Isu Perumahan Penjawat Awam 

Keadilan memandang serius kecenderungan Kerajaan Barisan nasional yang sejak mutakhir ini menggubal dasar–dasar jangka pendek yang nampak lunak dan mesra Rakyat pada mulanya tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa, bersifat sementara dan tidak menangani sebarang permasalahan secara tuntas.
 
Pendedahan Cuepacs bahawa lebih kurang 60% penjawat awam berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 di seluruh negara khususnya di Lembah Kelang tidak mampu memiliki rumah sendiri merupakan satu lagi bukti jelas kegagalan Kerajaan Barisan Nasional merangka dasar-dasar jangka panjang yang boleh menjamin kesejahteraan Rakyat terutamanya berkait kediaman berkualiti. 
 
Sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan kemampuan para penjawat awam memiliki rumah sendiri, KEADILAN menuntut agar kadar faedah pinjaman perumahan bagi penjawat awam pada tahap 4% sekarang diturunkan segera sekurang-kurangnya kepada 2.5% hingga 3.5% sebagai permulaan. julat ini selari dengan kadar faedah pinjaman perumahan yang dinikmati oleh staf institusi perbankan dan kewangan.
 
Dengan pendapatan bulanan kekal di bawah RM3,000 biarpun sudah berpuluh tahun berkhidmat, maka tidaklah menghairankan jika kemampuan penjawat awam berpangkat rendah ini untuk memiliki rumah sendiri dengan kualiti yang memuaskan sangat terbatas dan hanya mampu menyewa atau hanya memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin memandangkan kenaikan mendadak harga hartanah beberapa tahun kebelakangan ini.

Kenaikan purata harga rumah di Malaysia pada tahun 2011 berdasarkan Indeks Harga Rumah ialah pada kadar 9.9% di mana kadar kenaikan adalah lebih tinggi di Lembah Kelang, yakni 12.2% bagi Kuala Lumpur dan 11.3% bagi Selangor.

Akibatnya, Elaun Tetap Perumahan yang diberi masih tidak mencukupi untuk menampung kos pemilikan rumah kerana bebanan kos sara hidup keseluruhan yang ditanggung oleh penjawat awam berpendapatan rendah di kawasan bandar terutamanya di Lembah Kelang adalah berkali ganda lebih tinggi.  
 
Ini menyerlahkan lagi kegagalan skim "My First Home" yang diperkenalkan pada tahun 2011 kerana institusi kewangan tidak mungkin dapat memberikan pinjaman 100% kepada mereka yang bergaji bawah RM3,000. Sebagai ilustrasi, pinjaman bagi rumah berharga RM400,000, jika dibayar pada kadar 4.3% selama 30 tahun akan menyebabkan individu tersebut terpaksa membayar sebanyak RM1,780 sebulan, lebih separuh daripada pendapatan seseorang individu bergaji RM3,000 sebulan.

Justeru, KEADILAN menggesa agar SSM bagi penjawat awam berpendapatan rendah diperhalusi lagi dengan sistem kenaikan gaji dan elaun yang lebih teratur dan mencerminkan realiti kenaikan harga keperluan asas, sekaligus meningkatkan peluang dan hak mereka untuk memiliki kediaman pada kualiti yang memuaskan. Malah, sebagai langkah lanjutan dalam usaha mengawal kenaikan mendadak harga rumah, KEADILAN menyarankan rundingan dengan pemaju perumahan diadakan untuk mencapai persetujuan mengawal margin keuntungan mereka dalam julat yang munasabah bagi segmen perumahan mampu milik dan kos sederhana.  

Yang membimbangkan, sehingga hari ini, kita masih belum mendengar sebarang khabar berita mengenai Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam yang dijanjikan oleh PM Najib pada 8 Mac 2012.
 
Ketidakadilan dan kecenderungan berat sebelah jelas menjadi mercu tanda Kerajaan Barisan Nasional.

Ambil perbandingan kenaikan gaji penjawat awam berlainan kategori dalam SBPA yang diumumkan pada bulan Februari 2012 (yang kemudiannya dibatalkan dan digantikan dengan SSM yang ditambahbaik) sebagai contoh. Dalam cadangan SBPA, penjawat awam tinggi sepatutnya menikmati kenaikan di antara RM30, 000 hingga RM40,000 sedangkan penjawat awam berpangkat rendah hanya dijangka menikmati kenaikan di antara RM10 hingga RM20.
 
Kesibukan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bak silap mata ketika membuat pelbagai pengumuman yang pada mulanya kelihatan bernas tetapi akhirnya terbukti hanyalah janji kosong (penggabungan MAS-AirAsia yang gagal / ETP yang tidak dinikmati Rakyat kebanyakkan / "durian busuk" hasil penyenaraian FGVH / pembangunan semula Kg Baru yang bakal mengenepikan masyarakat Melayu bandar dan banyak lagi) hanya mencerminkan Kerajaan Barisan Nasional yang ketandusan idea dan hanya sibuk hendak mempertahankan kuasa dengan politik samseng seperti yang berlaku pada "Malam Berdarah Lembah Pantai".
 
KEADILAN yakin bahawasanya Rakyat sudah mulai sedar bahawa selagi negara masih belum menikmati demokrasi sepenuhnya, selagi itu kerajaan tidak akan merasa perlu untuk menjaga hati, hak dan kepentingan Rakyat. Justeru, Rakyat wajib menuntut tiga perkara dasar agar kerajaan lebih memberi fokus terhadap Rakyat:
 
Pertama, menjamin Pilihanraya Bebas dan Adil agar Rakyat menjadi tuan di bumi Malaysia di mana Rakyat akan menikmati pentadbiran kerajaan yang mewakili aspirasi Rakyat hasil daripada 'pertandingan politik' yang semestinya akan dinilai sebagai pilihan terbaik di peti undi;
 
Kedua, melaksanakan Reformasi Parlimen di mana konsep penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen di dalam bidang utama pentadbiran kerajaan termasuklah Perkhidmatan Awam yang dapat memantau dan menjadi timbang-tara bagi sebarang muslihat dan helah Kerajaan Pusat;
 
Ketiga, membasmi rasuah dan ketirisan ekonomi agar pembinaan perumahan untuk Rakyat tidak perlu disengajakan mahal untuk keuntungan orang tengah atau menggunakan dana KWSP akibat kekurangan sumber kewangan kerajaan.

Usaha murni ini juga memerlukan penjawat awam memainkan peranan beramanah melalui Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dengan mendedahkan segala bentuk rasuah terutamanya dalam penganugerahan kontrak atau konsensi yang berat sebelah pada kos yang tidak berpatutan dan merugikan Rakyat serta sebarang dasar yang membahayakan kepentingan awam dan mengancam kedaulatan negara.
 
Hanya dengan kerjasama semua pihak menuntut tiga perkara dasar negara demokrasi ini akan menjamin kepentingan semua pihak termasuklah memelihara hak dan kebajikan penjawat awam. 

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kuliah Ustaz Azhar tiada sambutan kerana himpunan belia 2 juta ?

KOLEKSI foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor...Walapun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam ,,,

Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda.. Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, May 26, 2012

Blogger D'Perbatasan terlantar di ICCU

Sahabat blogger pro Pakatan Rakyat - D'Perbatasan sdr Amir Fadzil kini terlantar di Hospital Seberang Jaya wad ICCU . .

Beliau dikejarkan ke Hospital pada khamis 24 Mei 2012 akibat serangan jantung.

Beliau merupakan Ajk AMK Permatang Pauh. Semoga Allah sembuhkan segera..amin..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 25, 2012

PM TETAP MELAYU : JINGGA 13 DESAK UMNO DAN MEDIA UMNO HENTIKAN PROPAGANDA MURAHAN

Gambar (DK VICKY -
Setiausaha JINGGA 13)


JINGGA 13 menyatakan sokongan tehadap kenyataan dan pendirian YB Lim Kit Siang , Penasihat DAP yang menyatakan Perdana Menteri tetap daripada orang Melayu membuktikan bahawa segala propaganda murahan UMNO dan Media UMNO telah pun terjawab dan menafikan segala hasutan dan sentimen perkauman yang dimainkan yang bertujuan meraih sokongan secara kotor dan jijik.

UMNO dan media UMNO sepatutnya sedar bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan tercatat secara jelas bahawa tidak termaktub hanya orang Melayu sahaja boleh menyandang jawatan Perdana Menteri . Berdasarkan perlembagaan mana-mana warganegara boleh menjawat jawatan Perdana Menteri .

Sentimen perkauman yang cuba dicetuskan bukan sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat tetapi bertujuan mewujudkan ketegangan kaum yang boleh mengugat kehormanian dan perpaduan kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara , malah kesetiaan pelbagai kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai dan dinafikan oleh sesiapa pun.

UMNO dan media UMNO terutama Utusan Malaysia wajib menghentikan segala propaganda murahan yang sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata .

JINGGA 13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan tersebut kerana rakyat Malaysia sudah semakin matang dan mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip perpaduan kaum yang sama- sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
Setiausaha JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Renungan pagi Jumaat - Angka 7 dalam ciptaan Allah


Petikan Beberapa Surah-Surah Yang Berkaitan Dengan Angka 7 Dalam Sesuatu Penciptaan Allah Swt

~ Surah An Naba’ Ayat 12,
“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh.”

~ Surat Al Hijr Ayat 16,
"Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya.”

~ Surah Al Hijr Ayat 44,
"Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."

~ Surat Al Hijr Ayat 87,
"Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung."

NOTA:
Dalam gambar cuma sebahagian sahaja contoh-contoh yang dapat dimuatkan. Wujud banyak lagi keisimewaan Angka 7 ini didalam ciptaan Allah yang lain.

Semoga gambar ini mencetuskan semangat untuk menjelajah ilmu-ilmu Allah yang lainya - DrSoul




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, May 24, 2012

SAMAN BERSIH 3.0 : HISAMUDDIN , SPR , PDRM DAN DBKL YANG WAJIB DISAMAN BUKAN TEHADAP AMBIGA DAN 9 AJK BERSIH

JINGGA 13 membantah dan menyelar tindakan kerajaan yang mengemukan saman terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S. Ambiga dan 9 Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH di atas alasan yang tidak munasabah dan keterlaluan menuntut gantirugi berjumlah RM 122,000 kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

Pihak kerajaan seharusnya mengemukan saman terhadap 3 agensi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan :

1. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) yang menjadi punca utama kenapa perhimpunan BERSIH 1.0 hingga BERSIH 3.0 adalah disebabkan kegagalan SPR yang GAGAL menjadi badan yang benar-benar berkecuali, telus , adil dan profesional dalam mereformasikan sistem pilihanraya . Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajib bertanggungjawab dan diambil tindakan undang-undang sebagai pencetus yang menyebabkan rakyat terpaksa mengambil jalan ke jalanraya sebagai alternatif bagi mendesak agar SPR dan sistem pilihanraya benar-benar bersih , adil dan diyakini . BERSIH 1.0 HINGGA 3.0 TIDAK AKAN WUJUD SEKIRANYA SPR BENAR-BENAR DIYAKINI, DIPERCAYAI DAN MENJADI BADAN YANG BENAR-BENAR BERKECUALI , ADIL , TELUS DAN PROFESIONAL SERTA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA .

2. POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) yang wajib dipersalahkan sehingga menyebabkan perhimpunan aman BERSIH 3.0 menjadi tidak terkawal bermula dengan tindakan tembakan gas pemedih mata yang menyebabkan keadaan tidak terkawal dan telah bertindak diluar perikemanusiaan tehadap para demonstran sehingga membangkitkan suasana dan insiden yang tidak diingini .

Ketua Polis Negara wajar disaman dan diambil tindakan undang-undang kerana PDRM menjadi pencetus suasana yang tidak mampu terkawal oleh mana-mana pihak apabila tindakan pihak PDRM mula menyerang para demonstran dengan gas pemedih mata, memukul dan membelasah mereka.

3. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR ( DBKL ) adalah yang wajib bertanggungjawab terhadap usaha menyekat Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 untuk DUDUK dan BANTAH di Dataran Merdeka . Tindakan menggunakan perintah mahkamah menghalang perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka adalah tindakan yang terlalu dangkal , melampau dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat yang hadir secara aman untuk menuntut agar 8 tuntutan BERSIH dilaksanakan demi kecintaan kepada negara . Dato Bandar Kuala Lumpur wajib dipertanggungjawabkan terhadap insiden pada 28 April 2008.

JINGGA 13 juga MENDESAK agar pihak kerajaan menarik balik saman tersebut yang tidak masuk akal dan tindakan juga wajib diambil ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Hisamuddin Hussein yang juga terlibat kepada tercetusnya kegawatan suasana pada Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 23, 2012

video debat @rafiziramli vs @khairykj isu PTPTN dan video sidang media selepas debat

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pimpinan anak muda kerana berani berdebat secara live secara baik tanpa emosi yang terlampau. Begitu juga dengan penonton dan penyokong kedua-kedua pihak yang juga masih boleh mengawal emosi masing-masing.

Inilah budaya politik yang didambakan oleh generasi muda di Malaysia, wacana politik ilmiah dan perdebatan secara terbuka dan sihat bagi membuka minda rakyat dan bukannya hanya mendengar sebelah pihak.

Inilah budaya politik yang kita mahukan bukannya budaya senaman tungging punggung. Demo bawa kepala lembu berdarah dan demo isu perkauman dan agama yang terlampau ini wajib ditolak.

Tentunya persoalan besar yang bermain difikiran rakyat adalah mengapa persoalan ke mana dibelanjakan wang Petronas RM237 Billion tidak mampu dijawab oleh Khairy semasa Pak Lah menjadi PM.

Yang paling menarik adalah kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri. ADAKAH NAJIB BERANI SAHUT DEBAT TERSEBUT? SAMA-SAMA KITA TUNGGU...

Kepada yang tidak sempat menonton semalam...selamat menonton..








SIDANG MEDIA SELEPAS DEBAT




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jom bersama ABBY ABADI




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, May 22, 2012

10 video masih segar dalam ingatan anak muda... anak muda benci umno



Anak muda memang tekad untuk tumbangkan umno dan b-end pada PRU 13 ...10 video di bawah masih segar dalam ingatan anak muda...inilah punca anak muda sudah buat keputusan...

ANAK MUDA BENCI UMNO
























Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Siannya nasib AMAH-AMAH ini...adakah ini budaya Malaysia?

Bila sebut amah... semua orang tahu ianya adalah pembantu rumah dari Indonesia...yang peliknya bila sebut amah...maka teringat akan kes amah didera majikan, amah dirogol majikan, amah tidak dibayar gaji, amah dipaksa makan babi dan sebagainya oleh majikan.

Sebelum mereka datang ke Malaysia untuk bekerja, mereka membayangkan bahawa mereka mampu mengubah kehidupan mereka yang amat daif di Indonesia tetapi malangnya ada sebahagian mereka menerima nasib yang begitu malang sekali.

KASUS 1. Penderaan ke atas Nirmala Bonat (KL), majikan Tionghua telah menyimbah air panas ke badannya mengakibatkan dia mengalami kecederaan teruk dan parut-parut yang kekal di kulit.

Nirmala Bonat

Nirmala juga mendakwa telah dipukul dan diketuk oleh Yim dengan cawan besi di bahagian dahinya beberapa kali sebelum dia melarikan diri ke bilik pengawal dan melaporkannya kepada pihak polis.

Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang
dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Yim, 41, bekas pramugari, telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Nov, 2008 setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan Nirmala.

Hukuman penjara terhadap ibu kepada empat anak berusia empat hingga 11 tahun itu bagaimanapun dikurangkan kepada 12 tahun setelah Mahkamah Tinggi menerima rayuannya pada 3 Dis tahun lalu.

Mahkamah juga membenarkan Yim menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. Dia dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan mencederakan Nirmala di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini antara Januari dan Mei 2004

KASUS 2. Penderaan ke atas Siti Hajar (KL), majikan Tionghua -
Beliau didera dengan begitu kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, beliau berjaya menyelamatkan diri.

Selain diseksa, beliau juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi bahkan lebih parah bila gajinya sebulan RM500 juga tidak dibayar selama tiga tahun.

Siti Hajar juga telah dihubungi oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Dalam perbualan telefon dengan Siti Hajar itu, Presiden memberi sokongan padu kepadanya dan meminta supaya dia sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku.

Susilo juga berjanji kepada Siti Hajar akan memberi bantuan sepenuhnya supaya dia dapat membina kehidupan baru di Indonesia.

Siti Hajar dalam nada sebak menyatakan kepada Presiden: ''Walaupun badan saya sudah 'hancur', terima kasih kepada semua pihak terutama pemerintah Indonesia yang banyak membantu dan melindungi saya."


KASUS 3. Menyebabkan kematian Mantik Hani (Kelang), majikan India - Murugan, 36, didakwa membunuh Mantik, 36, di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbuddin 6, Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober 2008

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, 50 saksi pendakwaan termasuk isteri tertuduh dipanggil memberi keterangan.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober 2008 setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.

Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Wanita itu diselamatkan pihak polis selepas seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek membuat laporan polis bersama peguam, Gerald Lazarus.

Semasa diselamatkan, terdapat kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan mangsa termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan tulang pada kakinya.

Selain itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri termasuk bengkak pada bahagian muka, dipercayai dipukul dengan objek keras.

Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada A. Murugan, bekas majikan yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah, Mantik Hani.

KASUS 4. Penderaan Sulasti, suspek Majikan India


SIBU: Polis menyerbu sebuah rumah kedai di Jalan Kapua di sini petang semalam dan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera parah dipercayai telah didera dengan teruk oleh majikannya.

Sepasukan anggota polis dari Balai Sungai Merah bertindak menyerbu rumah kedai terbabit pada jam 1 petang, setelah menerima aduan daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia pada jam 11 pagi bahawa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah didera dan dikurung di dalam bilik di sebuah rumah kedai itu.

Polis kemudian menahan seorang suri rumah yang dipercayai majikan pembantu rumah berkenaan kerana disyaki bertanggungjawab mencederakan mangsa.

SUSPEK (yang berbaju putih), yang disyaki mendera pembantu rumahnya

Pemangku Ketua Polis Sibu Superintenden Zamani Hamdan mengesahkan tangkapan tersebut yang akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanan Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Majikan terbabit pada mulanya enggan membenarkan polis memasuki rumahnya, tetapi polis tiada pilihan selain memberi amaran untuk membuka pintu rumahnya secara paksa.

Apabila ditanya polis, majikan terbabit juga menafikan yang dia telah mendera pembantu rumah dan tidak mahu bercakap banyak.

Ketika pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui pembantu rumah yang cedera bernama Sulasti dari Jakarta dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui di dalam sebuah bilik dalam keadaan cedera dan tidak mampu berjalan disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan muka, manakala badannya mempunyai bekas-bekas luka dipercayai dipukul dengan benda tumpul dan juga bekas lecur. Mulutnya juga berdarah semasa polis menemuinya.

Pembantu rumah itu juga didapati kelaparan dipercayai tidak diberi makan dan minum.

Suami suspek juga ditahan - Gambar The Borneo Post 15 Aug 2010

Polis percaya mangsa telah dicederakan oleh suspek sejak lebih enam bulan lamanya mengikut keadaan kesan luka yang terdapat pada tubuhnya.

“Majikan saya telah memukul saya dengan tangan, kaki, kayu, rotan dan besi,” adu Sulasti kepada polis sambil menambah bahawa dia telah bekerja dengan majikannya itu kira-kira tiga bulan.

Sulasti telah dihantar ke Hospital Sibu pada jam 1.30 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

PERSOALANNYA KENAPA MEREKA TERGAMAK MENDERA AMAH MEREKA? TIDAK ADAKAH SEDIKIT PERASAAN KEMANUSIAAN. APAKAH AMAH INI BINATANG? JIKA BINATANG PUN KITA TIDAK BOLEH MENYIKSA BINATANG.

NANTIKAN ADA LAGI PENDEDAHAN YANG MENGGEMPARKAN TENTANG AMAH...

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Esok Cikgu Fariz Musa Jingga 13 di Kubang Semang





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, May 21, 2012

BERSIH 3.0 - @anwaribrahim dan @azminali didakwa ke Mahkamah Jalan Duta esok


Anwar Ibrahim dan Azmin Ali baru sahaja menerima surat saman dari Mahkamah untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok jam 9.00 pagi (22 Mei 2012)

Alahai tanahairku...1 Malaysia...yang kotor bertambah kotor ...yang BERSIH bertambah BERSIH...syabas umporno...teruskan usaha "gila babi" anda....babi pun tak gila macam anda....




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nik Aziz bijak alih isu..

Tuan Guru Nik Aziz memang bijak berpolitik. Beliau berjaya alihkan isu BERSIH yang dimainkan umporno kononnya peserta BERSIH pengganas.

Apabila beliau melontarkan isu muzakarah maka terliurlah puak umporno yang hampir lemas ini ingin berpaut padanya.

Semua pemimpin puak umporno terhegeh-hegeh mahu diadakan segera muzakarah tersebut. Riuh rendah 1 Malaysia mahu muzakarah umno Pas disegerakan demi kepentingan Melayu Islam.

Maknanya apa saudara...maknanya bola kini berada di kaki Tuan Guru Nik Aziz. Maknanya kini permainan dikuasai oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Jika ke kiri maka berbondonglah puak umporno ke kiri. Jika ke kanan maka ke kananlah pula puak-puak umporno.

Tiba-tiba Tuan Guru Nik Aziz pula berkata, wahai umno..aku bukan main bola seorang diri..aku ada team aku..penyerang aku Anwar Ibrahim dan Guan Eng, penjaga gol aku Karpal Singh. Bila dengar macam tu puak-puak umporno akan tarik diri la jawabnya.. Penakut puak-puak umporno ni.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Benarkah Melayu P.Pinang lebih terjamin di bawah Pakatan Rakyat

Polemik terbesar di Pulau Pinang pastinya persoalan kuasa politik dan ekonomi orang Melayu di negeri ini. Sering kali kita mendengar atau membaca tajuk – tajuk berita seperti ”Melayu Pulau Pinang Terpinggir”, ”Melayu Tiada Suara Di Pulau Pinang” dan banyak lagi ungkapan – ungkapan yang cuba mengambarkan bahawa kewujudan orang Melayu di Pulau Pinang benar – benar terancam. Amat malang sekali, mutakhir ini, (sejak Mac 2008) keadaan Melayu di negeri ini digambarkan seolah – olah lebih parah terutamanya oleh media kawalan pembangkang di negeri ini iaitu, Umno dan Barisan Nasional.

Mengikut statistik Jabatan Perangakaan Malaysia, untuk tahun 2010, jumlah penduduk Pulau Pinang adalah 1, 609, 000 orang dan mengikut pecahan etnik, orang Melayu sudah mengatasi jumlah orang Cina di negeri ini; 676, 900 (42.06%) orang Melayu dan 658, 700 (40.93%) orang Cina dan selebihnya 155, 600 orang India dan 118, 700 etnik lain – lain. Maka, label bahawa Pulau Pinang adalah negeri majoriti Cina tidak lagi sesuai untuk digunapakai. Hakikatnya jumlah orang Melayu dan Cina hampir seimbang tetapi secara geografinya terpisah di pulau dan tanah besar, Seberang Perai.

Mac 2008 menyaksikan antara tsunami politik terbesar berlaku di Pulau Pinang. Jika pada Pilihan Raya Umum 2004, Barisan Nasional dengan selesa memenangi 38 kerusi DUN, tsunami politik 2008 menyaksikan Pakatan Rakyat, terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi 19 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sembilan kerusi dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) satu kerusi manakala Barisan Nasional melalui UMNO sekadar memenangi 11 kerusi.

Keputusan ini bukanlah kali pertama rakyat Pulau Pinang memilih untuk menukar kerajaan kerana sejarah menunjukkan rakyat negeri ini pernah menolak Perikatan pad Pilihan Raya Umum 1969 dengan memilih Parti Gerakan.

Saat Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, serangan retorik terkikisnya kuasa politik Melayu di negeri ini bermula. Stigma bahawa DAP sebuah parti cauvinis Cina diapi – apikan di kalangan orang Melayu. Secara tiba – tiba rakyat disajikan dengan berbagai laporan kemiskinan orang Melayu, isu pemilikan tanah oleh orang Melayu yang kurang di Pulau Pinang dan pelbagai lagi bentuk serangan yang berasaskan politik perkauman sempit.

Walhal, kita semua sedia maklum, UMNO pernah menerajui kerajaan negeri bukan hanya selepas merdeka bahkan selepas 1969 pun, UMNO berada di tampuk kuasa. Maka dimanakah perwira dan pejuang bangsa Melayu yang merupakan pimpinan UMNO ini berada ketika orang Melayu Pulau Pinang memerlukan pembelaan dan idea – idea baru dalam memajukan orang Melayu baik dari segi politik mahupun sosioekonomi? Mengapa pengkhianatan yang dibalas atas kepercayaan setiap rakyat kepada mereka dahulu?

Amat malang apabila masalah ekonomi dan kuasa pemilikan hartanah orang Melayu di negeri ini dipolitikkan seolah - olah ianya bermula hanya selepas Pakatan Rakyat memerintah. Sedangkan masalah ini diwarisi daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional. Hakikatnya kerakusan Umno selama lebih 40 tahun memerintah Pulau Pinang menyebabkan banyak tanah milik orang Melayu (terutamanya di Tanjung) tergadai lantas kuasa ekonomi orang Melayu menguncup. Umno bukan saja gagal meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu, tetapi telah memilih untuk membenarkan mereka yang korup kekal berkuasa kononnya di atas agenda ketuanan Melayu.

Namun, sejak 2008, Pakatan Rakyat pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, telah melakukan beberapa reformasi penting di negeri ini. Antaranya menghapuskan kemiskinan tegar, meningkatkan perbelanjaan hal ehwal agama Islam, memberi bantuan lebih banyak kepada rumah ibadat, khairiat kematian yang lebih tinggi, hadiah untuk anak yang baru lahir, bantuan RM100 untuk warga emas dan lebih 70 peratus kontraktor Melayu memenangi projek kerajaan negeri hasil sistem tender terbuka.

Hakikat yang tidak dapat kita lari, nasib orang Melayu dan rakyat seluruhnya lebih terjamin semenjak Pakatan Rakyat memerintah. Program - program ekonomi yang disusun, kecekapan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini bukan lagi rahsia atau retorik kosong semata - mata. Laporan Audit Negara dan laporan pelabur asing menunjukkan negeri ini bebas dari amalan korup dan salahguna kuasa sejak Pakatan Rakyat memerintah.

Menjelang Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir, parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan, masih lagi gagal untuk mengembalikan sokongan bukan Melayu di negeri ini. Krisis kepimpinan yang dihadapi komponen Barisan Nasional nyata bakal merencatkan lagi usaha mereka untuk menawan kembali negeri ini. Usaha transformasi Datuk Seri Najib Razak yang indah khabar dari rupa juga disambut dingin oleh majoriti rakyat negeri ini.

Umno tidak mampu untuk membentuk kerajaan tanpa kemenangan parti komponen, MCA dan Gerakan, tanpa sokongan dari etnik lain selain Melayu di negeri ini. Kenyataan Dato' Zainal Abidin (pengerusi perhubungan Umno negeri) bahawa mereka bersedia menjadi pembangkang untuk satu lagi penggal membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal mengekalkan kuasa pada pilihan raya depan.

Maka, realiti politik orang Melayu Pulau Pinang pada pilihan raya umum depan adalah untuk tidak lagi duduk sebagai majoriti pembangkang, tetapi menambah wakil rakyat Melayu dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri. Sudah tiba masanya sokongan orang Melayu dialihkan kepada Keadilan dan PAS. Orang Melayu harus berani keluar dari dogma bahawa Umno saja mewakili orang Melayu.

Orang Melayu harus sedar bahawa parti politik untuk masa depan adalah parti politik yang mampu mendapat sokongan semua rakyat Malaysia tanpa kira ras dan agama. Tiada guna lagi mengangkat pemimpin Melayu yang hebat melaungkan ketuanan tetapi sebenarnya korup dan pura - pura. Pemimpin Melayu yang progresif,, berjiwa rakyat dan adil kepada semua adalah sosok pemimpin yang kita perlukan di saat ini. Moga sosok pemimpin ini mampu membawa pencerahan kepada segenap bangsa di negeri ini untuk kita bina Pulau Pinang yang lebih gemilang untuk diwariskan pada anak - anak negeri ini.

oleh Dr Afif Bahrdin