Perhimpunan BERSIH wujud adalah berpunca daripada kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bertindak telus , adil dan profesional dalam menjalankan sistem piliharaya yang benar-benar diyakini dan berkecuali dalam mengimplimentasikan amalan demokrasi dalam negara.
Pelbagai usaha dan kaedah yang telah digunakan termasuk pelbagai pertemuan, memorandum , laporan, bukti dan fakta dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada parti-parti politik , Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) , namun SPR terus bersifat berat sebelah dan tidak bertindak positif bagi memberikan keyakinan kepada rakyat .
Beberapa keputusan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ( PSC ) juga menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan menjadi pendorong dan penyumbang kepada Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 .
Perhimpunan BERSIH tidak kan wujud sekiranya SPR bersikap benar-benar bersikap telus , adil dan profesional. Segala insiden sepertimana dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak akan wujud dan berlaku .
SPR sewajarnya dipertanggungjawabkan terhadap segala insiden yang berlaku pada 28 April 2012 . Perhimpunan yang sebelum itu berlaku dengan aman telah dicemari oleh tindakan pihak polis apabila gas pemedih mata ditembak kepada para demonstran yang berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap 8 tuntutan BERSIH yang bertujuan mewujudkan pilihanraya yang benar-benar bersih .
Media UMNO/BN terus menutup isu 8 tuntutan BERSIH dan lebih mewar-warkan segala huru-hara terhadap insiden Perhimpunan BERSIH 3.0 dengan menunding jari kepada para demonstran yang telah diputar belitkan bagi tujuan kepentingan politik UMNO/BN dengan isu-isu guling kerajaan dan sebagainya .
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar dipersalahkan dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sebagai peneraju kegagalan dan penyelewengan SPR serta berfungsi sebagai badan yang sepatutnya berkecuali , bebas dan profesional .
JINGGA 13 MENDESAK agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dilucutkan jawatan atau meletakkan jawatan dengan SEGERA dan dilantik individu-individu yang benar-benar diyakini menerajui badan yang sangat penting ini.
JINGGA 13 menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan kewujudan Panel Bebas bagi menyiasat insiden BERSIH 3.0 yang diketuai oleh Tan Sri Hanif Omar , mantan Ketua Polis Negara yang sebelum inj dilihat prejudis terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0.
Satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja sewajarnya diwujudkan dan dianggotai oleh tokoh-tokoh yang benar-benar telus dan profesional serta diterima oleh semua pihak.
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone