Bekas Ketua Cabang Keadilan Nibong Tebal Pak Njang Othman 81 telah kembali ke Rahmatullah jam 10.35 pagi ini.
Beliau dimasukkan ke wad ICU KPJ Perda Bukit Mertajam dua hari lalu dan dibawa balik ke rumahnya pagi ini sekitar jam 8 pagi di Sg Duri, Nibong Tebal.
Kelmarin ketika sharpshooter menziarahinya di ICU, beliau genggam kuat tangan sharpshooter dan berkata sesuatu tetapi agak sukar difahami kerana keadaan beliau terlalu lemah. Memang sayu sangat lihat keadaannya.
Sebelum ini Penaja Cabang Keadilan Nibong Tebal , Allahyarham Pak Lang Zaki abang ipar Anwar Ibrahim (bapa mertua Chegubard) juga telah kembali ke Rahmatullah.
Semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan Allah ampunkan segala dosa mereka serta di tempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-Fatihah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang Diadakan Di Dewan Dato’
Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini
-
*KUANTAN: *Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy
Wan Ism...
17 hours ago