Pepatah Melayu - "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" mungkin itulah peribahasa yang akan menimpa senator Melayu DAP bernama Tunku Abdul Aziz yang tiba-tiba menjadi popular ketika BERSIH kerana kenyataan kontroversi yang memalukan DAP dan kemarahan penyokong BERSIH.
Sedarlah diri sikit, kamu menjadi senator kerana jerih penat lelah, darah dan keringat rakyat marhaen yang sanggup berjuang dan berkorban.
Pas sudah ambil tindakan tegas terhadap Hasan Ali dengan memecat beliau dan kini mungkin giliran DAP pula mengikut jejak PAS.
MK - Difahamkan bahawa Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mungkin digugurkan daripada jawatan senator, dan tempohnya yang berakhir pada 30 Mei depan, tidak akan diperbaharui.
Tunku Abdul Aziz dijangka berdepan dengan tindakan daripada DAP selepas kenyataannya menolak perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Difahamkan bahawa tempoh jawatan senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui.
Hari ini, Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dijangka mengumumkan pelantikan ahli akademik Ariffin Omar dan bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud sebagai senator baru yang dicalonkan oleh negeri ini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
15 hours ago