Seronoknya jadi rakyat Malaysia hidup dalam teka teki hihihiihihi..
Ada yang kata hari ini akan bubar Palimen mengundi bulan Jun, ada yg kata bulan Sept, ada yg kata bulan Nov dan ada juga yang kata Rosmah terpaksa bubar wajib bulan March 2013 sebab repot menunjukkan umporno b-end akan kalah jika dibuat bulan Jun atau tahun ini.
Khabarnya ke London hari ini..Cakap berdegar-degar dalam TV tetapi kenapa sampai sekarang takut mahu bubar? Ajak berdebat pun takut. Kes Altantuya di Perancis tak selesai lagi..hei pak menteri..mana mau lari haaaa...
SH- Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13.
Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.
Katanya, PKR tidak akan membiarkan calon-calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.
"Rakyat sudah tahu keadaan politik di negara ini. Jadi untuk mengurangkan mudaratnya institusi politik itu, PKR sudah siap sedia dan hanya menunggu tarikh yang akan diumumkan.
"Jika ditakdirkan PRU13 diadakan esok, kami tidak gentar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelasnya, dalam apa juga keadaan, PKR tidak akan tunduk kepada permainan politik BN dan berharap rakyat menerima perubahan.
Sinar Harian semalam melaporkan, ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66, menimbulkan cakap-cakap kemungkinan Najib akan bertemu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada masa terdekat untuk mendapatkan perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
15 hours ago