Penyiaran gambar lucah dan berita yang diragui kesahihannya oleh media arus perdana hanya untuk memberi persepsi buruk kepada pemimpin Pakatan Rakyat, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
"Media arus perdana kongkongan Umno BN nampaknya lebih gemar memainkan isu tidak bermoral, daripada isu penting rakyat dan negara," katanya kesal dengan laporan muka depan beberapa media Umno semalam.
Aishah berkata, amat malang kepada pengamal media dan rakyat, jika inilah standard media yang dibina kerajaan, iaitu menggunakan politik lucah untuk meraih sokongan.
"Ia bukti jelas kerajaan telah hilang kredibilitinya untuk memimpin negara kepada suasana pemikiran yang matang dan baik.
"Justeru, saya mengecam sekerasnya media arus perdana yang menyiarkan berita dan gambar yang tidak sahih dan meragukan untuk tatapan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Akhbar Utusan Malaysia dan tabloid Kosmo semalam menyiarkan gambar lucah seorang lelaki, kononnya Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali bersama seorang wanita.
Gambar itu pada mulanya disiarkan di blog pro Umno, antaranya papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com.
Siti Aishah juga mengajak rakyat untuk memboikot media milik kerajaan yang tidak profesional dan amanah menggunakan taktik paling kotor dalam politik negara.
"Sudah sampai masa rakyat bangkit dan meminta kebebasan media yang melaporkan berita dari sumber sahih dan tepat, bukan andaian semata-mata," katanya lagi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
15 hours ago