SharpShooter Followers

Wednesday, May 16, 2012

STATUS Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang sama ada dibubarkan serentak dengan pusat sebagaimana yang dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) atau sebaliknya bagi memberi laluan pada pilihan raya umum ke-13 akan diumumkan selepas selesai sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 9 Jun depan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Reaksi itu diluahkan semasa rakyat menanti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat selepas dikhabarkan mengadap Agong pada Ahad lepas.

"Sama ada (pilihan raya negeri) serentak atau berasingan (dengan pilihan raya pusat kendalian SPR), keputusannya akan ditentukan selepas parlimen (Dewan Rakyat) bersidang.

"Saya akan umum kemudian," katanya petang tadi semasa sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Wi-Fi Percuma Redtone Fasa III di lobi Komtar, George Town.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow, Ng Wai Aik (Adun Komtar) dan Ar Patahiyah Ismail (Yang diPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) turut hadir pada majlis perasmian tersebut.

Sebelum pada itu, beliau berkata 1,550 wireless hotspot telah pun dipasang di lokasi strategik dalam semua kawasan Dun Pulau Pinang sejak tiga tahun lepas.

Itu, tidak termasuk 750 wireless hotspot yang dipasang secara percuma oleh Redtone pada fasa pertama pembangunan pintar tersebut dimulakan.

Demi rakyat terbanyak di Pulau Pinang, beliau berkata, sebanyak RM8.5 juta telahpun dibelanjakan untuk menyelenggara wireless hotspot percuma berkenaan selama lima tahun ini.
"Inisiatif ini adalah pertama di Malaysia, tidak pernah dilakukan di mana-mana negeri untuk menjadikan rakyat di negeri ini adalah rakyat yang benar-benar pintar dan bermaklumat," ujar beliau semasa majlis perasmian.

Dalam perkembangan berkaitan, Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 8.00 pagi tadi menerima pelbagai khabar angin mengenai sekumpulan pemuda Perkasa dan Umno nekad melancarkan provokasi ke atas Guan Eng.
Namun, mereka tidak muncul-muncul sepanjang satu jam berlangsungnya majlis perasmian itu yang bermula kira-kira 2.30 petang tadi.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/