SharpShooter Followers

Friday, May 25, 2012

PM TETAP MELAYU : JINGGA 13 DESAK UMNO DAN MEDIA UMNO HENTIKAN PROPAGANDA MURAHAN

Gambar (DK VICKY -
Setiausaha JINGGA 13)


JINGGA 13 menyatakan sokongan tehadap kenyataan dan pendirian YB Lim Kit Siang , Penasihat DAP yang menyatakan Perdana Menteri tetap daripada orang Melayu membuktikan bahawa segala propaganda murahan UMNO dan Media UMNO telah pun terjawab dan menafikan segala hasutan dan sentimen perkauman yang dimainkan yang bertujuan meraih sokongan secara kotor dan jijik.

UMNO dan media UMNO sepatutnya sedar bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan tercatat secara jelas bahawa tidak termaktub hanya orang Melayu sahaja boleh menyandang jawatan Perdana Menteri . Berdasarkan perlembagaan mana-mana warganegara boleh menjawat jawatan Perdana Menteri .

Sentimen perkauman yang cuba dicetuskan bukan sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat tetapi bertujuan mewujudkan ketegangan kaum yang boleh mengugat kehormanian dan perpaduan kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara , malah kesetiaan pelbagai kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai dan dinafikan oleh sesiapa pun.

UMNO dan media UMNO terutama Utusan Malaysia wajib menghentikan segala propaganda murahan yang sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata .

JINGGA 13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan tersebut kerana rakyat Malaysia sudah semakin matang dan mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip perpaduan kaum yang sama- sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
Setiausaha JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone