Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi dipetik Harakah Daily berkata, kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN) berkenaan jelas tidak matang dan bersifat fitnah.
“Kami beri tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Sekiranya beliau gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya dipetik.
Bekas KPN itu dalam kenyataan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Nik Aziz “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS itu meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih meragukan.
Rahim adalah individu yang membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 September 1998 sehingga matanya lebam.
Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkuda bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Persoalannya, adakah kemunculan semula Rahim dipengaruhi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pembabitan mereka dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar pada era pemerintahan diktator itu.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/