Kesan daripada serangan itu , Ganapathi Rao menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu. Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang.
AMK Selangor percaya bahawa modus operandi yang sama ini digunakan di seluruh negara bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dan juga mana-mana gerakan rakyat yang menolak Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
Kebimbangan BN ini berasaskan kepada penurunan populariti terhadap perjuangan gabungan parti kerajaan itu pada tahap yang paling rendah sejak merdeka.
AMK Selangor yakin rakyat semakin muak dan jelak dengan politik kekerasan yang melibatkan maki hamun dan fizikal sehingga tahap mencederakan sehingga isu-isu sebenar yang sepatutnya dijawab oleh BN ditenggelamkan bagi menyelamatkan kredibiliti BN yang semakin buruk.
Seharusnya BN sebagai parti tua memainkan peranan lebih baik dalam melaksanakan demokrasi dan bukannya menakut-nakutkan rakyat untuk berhimpun dalam program yang dianjurkan oleh NGO serta Pakatan Rakyat. Rakyat harus diberikan kebebasan untuk menunjukkan sebarang sokongan politik dan menzahirkan sokongan terhadap dasar parti politik yang lebih baik.
Perlaksanaan politik nilai mampu untuk membawa Malaysia keluar dari kolong politik kuno yang telah membelenggu pemikiran kita sekian lama. Perbuatan mencederakan pihak lawan ini tidak akan memberi sebarang impak positif kepada BN tetapi hanya akan membawa rakyat lebih rapat kepada Pakatan Rakyat yang terbukti melaksanakan demokrasi dengan lebih terbuka dan berdaya saing.
Justeru, AMK Selangor meminta PDRM terutama di negeri Selangor untuk memainkan peranan yang lebih adil dalam menjaga keselamatan rakyat serta memastikan hak mereka untuk berhimpun dalam apa juga program terjamin. AMK Selangor percaya integriti dan kewajipan PDRM tidak akan digadaikan hanya kerana menjaga kepentingan satu pihak dan mengabaikan hak pihak yang lain.
AZMIZAM ZAMANHURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone