SharpShooter Followers

Thursday, May 24, 2012

SAMAN BERSIH 3.0 : HISAMUDDIN , SPR , PDRM DAN DBKL YANG WAJIB DISAMAN BUKAN TEHADAP AMBIGA DAN 9 AJK BERSIH

JINGGA 13 membantah dan menyelar tindakan kerajaan yang mengemukan saman terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S. Ambiga dan 9 Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH di atas alasan yang tidak munasabah dan keterlaluan menuntut gantirugi berjumlah RM 122,000 kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

Pihak kerajaan seharusnya mengemukan saman terhadap 3 agensi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan :

1. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) yang menjadi punca utama kenapa perhimpunan BERSIH 1.0 hingga BERSIH 3.0 adalah disebabkan kegagalan SPR yang GAGAL menjadi badan yang benar-benar berkecuali, telus , adil dan profesional dalam mereformasikan sistem pilihanraya . Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajib bertanggungjawab dan diambil tindakan undang-undang sebagai pencetus yang menyebabkan rakyat terpaksa mengambil jalan ke jalanraya sebagai alternatif bagi mendesak agar SPR dan sistem pilihanraya benar-benar bersih , adil dan diyakini . BERSIH 1.0 HINGGA 3.0 TIDAK AKAN WUJUD SEKIRANYA SPR BENAR-BENAR DIYAKINI, DIPERCAYAI DAN MENJADI BADAN YANG BENAR-BENAR BERKECUALI , ADIL , TELUS DAN PROFESIONAL SERTA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA .

2. POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) yang wajib dipersalahkan sehingga menyebabkan perhimpunan aman BERSIH 3.0 menjadi tidak terkawal bermula dengan tindakan tembakan gas pemedih mata yang menyebabkan keadaan tidak terkawal dan telah bertindak diluar perikemanusiaan tehadap para demonstran sehingga membangkitkan suasana dan insiden yang tidak diingini .

Ketua Polis Negara wajar disaman dan diambil tindakan undang-undang kerana PDRM menjadi pencetus suasana yang tidak mampu terkawal oleh mana-mana pihak apabila tindakan pihak PDRM mula menyerang para demonstran dengan gas pemedih mata, memukul dan membelasah mereka.

3. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR ( DBKL ) adalah yang wajib bertanggungjawab terhadap usaha menyekat Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 untuk DUDUK dan BANTAH di Dataran Merdeka . Tindakan menggunakan perintah mahkamah menghalang perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka adalah tindakan yang terlalu dangkal , melampau dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat yang hadir secara aman untuk menuntut agar 8 tuntutan BERSIH dilaksanakan demi kecintaan kepada negara . Dato Bandar Kuala Lumpur wajib dipertanggungjawabkan terhadap insiden pada 28 April 2008.

JINGGA 13 juga MENDESAK agar pihak kerajaan menarik balik saman tersebut yang tidak masuk akal dan tindakan juga wajib diambil ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Hisamuddin Hussein yang juga terlibat kepada tercetusnya kegawatan suasana pada Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone