Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mempertikaikan keputusan kerajaan yang melantik Tun Hanif Omar mengetuai enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.
Panel Penasihat Bebas itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
AIC ingin mempersoalkan tentang kebebasan yang dimiliki oleh Panel Penasihat tersebut memandangkan majoriti daripada anggotanya adalah masih atau pernah berkhidmat dengan kerajaan dan juga mewakili kepentingan-kepentingan korporat yang mereka ketuai.
Amatlah malang juga apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak dipertanggungjawabkan bagi mengetuai siasatan ini atau, sekurang-kurangnya tiada seorang pun wakil Suhakam yang dijemput bagi menganggotai Panel Penasihat yang dibentuk ini. Justeru AIC melihat ini lebih kepada satu lagi bentuk sandiwara kerajaan untuk membolehkan satus quo keadaan pada 28 April lepas memihak dan memberi kelebihan persepsi terhadap mereka.
Tindakan kerajaan menolak sebarang wakil pemerhati dan siasatan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga adalah satu langkah aneh dan terdesak, seolah-olah tidak mempercyai sebuah badan dunia yang Malaysia sendiri menyertainya sebagai anggota.
AIC juga mempertikaikan pemilihan langsung yang dibuat terhadap Tun Hanif Omar yang sebelum ini begitu lantang mengkritik penganjur dan ratusan ribu rakyat yang menyertai Bersih 3.0 , satu sikap prejudis yang dipercayai bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi terhadap keganasan oleh polis terhadap rakyat seperti yang dilaporkan berlaku pada Bersih 3.0
AIC mencabar Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri untuk berlaku adil dan benar-benar telus bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku pada 28 April lalu, yang telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan melihat kebangkitan rakyat dari satu sudut positif untuk membawa perlaksaan sistem di negara ini lebih teratur dan dipercayai.
Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago