SharpShooter Followers


Thursday, May 10, 2012

PANDUAN PESERTA BERSIH YANG DIBURU POLIS


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggariskan panduan kepada peserta Bersih 3.0 yang diburu polis. Berikut seperti di bawah:

1. Anda dinasihatkan tidak panik sekiranya dipanggil polis untuk disoal siasat atau membantu siasatan.

2. Anda juga dinasihatkan tidak melawan polis.

3. Dapatkan nama pegawai, balai polis dan nombor pegawai yang menghubungi anda.

4. Hubungi peguam atau Suaram untuk mendapatkan nasihat guaman.

5. Tanya sebab-sebab anda ditangkap.

6. Tanya balai polis mana anda akan dibawa.

7. Anda ada hak untuk berhubung dengan peguam dan beritahu polis anda hanya akan beri keterangan dengan kehadiran peguam (jika ada peguam).

8. Anda hanya perlu memberi nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

9. Jika merasakan jawapan anda boleh mendedahkan kepada apa-apa pertuduhan jenayah atau penalti (di tempat kerja atau tempat belajar), anda berhak berdiam diri. Anda boleh berkata: “Saya guna hak untuk berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah” atau “Saya akan menjawabnya di Mahkamah”.

Pihak yang patut anda hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan adalah:

Suaram
1. Pejabat: 03 77843525
2. Nalini: 019 3758912
3. Theva: 013 3845740

Peguam
Fadiah: 03 7960 4537





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/