11 ADUN UMNO telah meninggalkan mesyuarat DUN hari ini kerana protes kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. "Sekiranya UMNO kembali berkuasa, kuil Hindu mungkin terancam".
UMNO mendakwa bahawa Ketua Menteri menyatakan sekiranya UMNO kembali berkuasa maka kuil Hindu akan dirobohkan. Ini adalah dua kenyataan yang berlainan.
Sebenarnya yang dinyatakan oleh Ketua Menteri adalah berkaitan dengan kuil Hindu yang berusia 50 tahun yang dirobohkan oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tanpa sebarang notis pada 20 April 2012, yang dipengerusikan oleh ADUN Teluk Bahang, Dato Seri Dr Hilmi Yahaya.
Sehingga sekarang Dato Seri Dr Hilmi enggan meminta maaf ataupun melaksanakan janji untuk membina kuil Hindu ini.
Cheong Yin Fan
Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago