Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman dan Sham Kamikaze bukanlah nama asing lagi di Malaysia. Masing-masing cukup popular dengan cara mereka tersendiri.
Bob Lokman dari seorang artis pelawak kini terjun ke bidang dakwah dan politik dengan menyertai PAS. Jauh lebih baik Bob Lokman dari Lokman Noor Adam biarpun badan hampir sama besar.
Lokman Noor Adam pernah bersumpah junjung Al-Quran di hadapan masjid Negara pada tahun 2001, sumpahnya apa? Sumpahnya Ezam Md Noor telah mengambil wang RM1 juta dari Presiden Filipina, Estrada waktu itu. Apa jadi dengan sumpah Lokman? Kini mereka berdua 'ciom mulot' dalam umporno.
Sham Kamikaze pula adalah seorang gitaris yang cukup handal, petikan gitar solonya memang memukau mempersonakan. Kini beliau sudah jauh berubah dan berdakwah..Alhamdulillah.
Manakala Ustaz Azhar Idrus amat terkenal dengan seorang Ustaz yang "mesra anak muda." Telatahnya mengalahkan Raja Lawak.
Jika ditanya pada Ustaz Azhar "Adakah Ustaz sesat di Penang?" Jawabnya " Ya saya sesat jika kamu tak tunjuk jalan". Jika ditanya pula "Adakah boleh seorang jejaka membawa aweknya membonceng motosikal? Jawabnya "Ya boleh dengan syarat bakal bapa mertua duduk di tengah-tengah... :-) " itulah stail Ustaz Azhar bila menjawab soalan tak kering gusi dibuatnya.
Jom..pi jangan tak pi..jangan lepaskan peluang ini..ayuh pastikan anda dan keluarga anda serta sahabat handai bersantai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamikaze dan lain-lain lagi di Padang Kota Lama...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago