SharpShooter Followers

Tuesday, May 08, 2012

Rahim Noor kafirkan Nik Aziz


Jika dahulunya isu kafir mengkafir ini ditujukan kepada PAS, umporno serang dan kecam PAS kerana isu kafir mengkafir. tetapi kini istilah itu pula diguna pakai oleh mantan Ketua Polis Samseng Rahim Noor yang pernah menumbuk mata Anwar Ibrahim hingga lebam.

Kemungkinan beliau sudah sesat apabila membuat kenyataan yang menunjukkan kejahilan dirinya sendiri apabila menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) kerana menyifatkan himpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

NONE
Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," kata Rahim lagi.

NONE
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/