Saturday, October 31, 2009
SELANGOR ANJUR DIALOG BAJET 2010 BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
SEBARAN MEDIA
31 Oktober 2009
SELANGOR ANJUR DIALOG BAJET 2010 BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dua majlis Dialog Bajet 2010 pada 3 November (Selasa) dan 9 November (Isnin) untuk menganalisa dan membahaskan bajet persekutuan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Dialog Bajet 2010 yang akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 3 November jam 8 malam bakal menyaksikan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) sebagai ahli panel dialog tersebut.
Pada 9 November pula Dialog Bajet akan diadakan di Auditorium, Aras 5, MBAJ, Ampang bermula jam 8 malam. Para ahli panel adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang).
Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal merasmikan majlis dialog yang dijangka akan menjadi tarikan golongan profesional, akademik, kesatuan pekerja dan pertubuhan bukan kerajaan itu.
Antara tujuan majlis dialog ini diadakan dalah untuk mengumpul pandangan dan cadangan pelbagai pihak untuk dijadikan rujukan dalam mengenalpasti keutamaan dan hala tuju bajet kerajaan negeri Selangor yang akan datang.
Orang ramai dijemput hadir untuk berkongsi pandangan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan unjuran Bajet 2010 dan strategi pelaksaannya baik di peringkat persekutuan mahupun di negeri.
SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Perlawanan Bolasepak PAS Bayan Lepas vs PAS Pulau Betong
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Keperitan PKR adalah sementara demi Reformasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia berterima kasih kepada semua pihak atas teguran dan tumpuan yang diberi ke atas perselisihan dalaman KEADILAN. Rombakan semula lapisan pimpinan kebelakangan ini sebenarnya merupakan keperitan sementara sepanjang menuju pembaharuan. Ia juga merupakan perjalanan yang akan dilalui oleh setiap parti politik. Harapan tinggi rakyat akan diterima dengan sepenuh hati oleh KEADILAN. Para pengundi yang memberi kepercayaan kepada KEADILAN tidak akan dikecewakan.
AMK juga bersetuju dengan iltizam YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil tindakan atas ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham. Sebenarnya, keinginan Badrul Hisham melompat adalah di dalam jangkaan kami. Sering kali KEADILAN meminta beliau memberi kerjasama dan berkhidmat untuk rakyat secara bersungguh-sungguh, tetapi dukacitanya, dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab dia malah lompat keluar parti KEADILAN dan memihak kepada BN.
AMK menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak bertanggungjawab. Ini juga selaras dengan keputusan PAS untuk menyerahkan isu PAS Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut. Kita mesti memastikan kestabilan kerajaan Negeri Selangor agar Pakatan Rakyat dapat menumpukan perhatian untuk merealisasikan dasar demokrasi dan memanfaatkan rakyat.
Berkenaan dengan salah faham dan ketidakpuasan hati akibat pertukaran pucuk pimpinan di Sabah, Presiden KEADILAN telah memberi jaminan bahawa beliau akan mengamalkan sikap terbuka dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai persetujuan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pimpinan parti dan pihak berkenaan dapat bersatu hati menyelesaikan perselisihan faham supaya dapat memperjuangkan agenda reformasi parti bersama-sama.
Seperti parti politik lain yang baru ditubuhkan, AMK mengakui bahawa KEADILAN masih sebuah parti yang muda. Lebih-lebih lagi, KEADILAN berhadapan dengan tindasan, ugutan dan muslihat BN yang mempunyai sumber kewangan dan jentera negara yang kuat. Kebangkitan KEADILAN sebagai parti yang mampu menggantikan BN juga menjadikannya sasaran utama pihak BN.
Selepas tsunami politik pada 8 Mac, KEADILAN sedang mencuba sedaya-upaya untuk mentransformasikan parti supaya memberi lebih peluang kepada golongan muda. Seperti apa yang dilaporkan dalam ”Off the Edge”, liputan terhadap beberapa tokoh muda KEADILAN yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti dan negara telah mendapat sambutan baik daripada kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kita jangan mengadakan tanggapan salah terhadap KEADILAN sedangkan yang mereput hanya sebilangan kecil sahaja.
LEE Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
JKKK Sg Semilang lancarkan WebSite...
Dalam Dun Bukit Tengah terdapat empat JKKK iaitu JKKK Sg Semilang, JKKK Kg Sekolah, JKKK Kg Juru dan JKKK Kebun Sireh.
Adun Bukit Tengah, YB Ong Chin Wen mengucapkan syabas kepada JKKK Sg Semilang yang telah melancarkan laman web mereka. Semoga ia akan menjadi contoh kepada JKKK yang lain.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, October 30, 2009
Chegu Bard keluar PKR....
Paper Kwong Wah Yit Poh hari ini muka depan menyiarkan berita bertajuk "Badrul keluar PKR"...siap dengan gambar sekali...he..he...
Sebenarnya bukan Cikgu Bard yang keluar PKR tetapi Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah. Cikgu Bard pula namanya sebenarnya Badrul Hisham Shahril...nama bapa saja berlainan...
Saya memang mengenali secara rapat dengan Cikgu Bard, saya tahu semangat perjuangannya. Saya tidak pernah rasa ragu dengannya. Beliau adalah pejuang sejati.
Saya menerima banyak sms dan telefon yang bertanya tentang apa yang berlaku pada Adun Pelabuhan Klang.
Sebenarnya sejak prk Permatang Pasir lagi ini Adun ini memang bermasalahan.
Menurut YB Amerudin Adun Batu Cave yang ketika itu datang berkempen membantu calon PAS, Ustaz Salleh Man, beliau pernah meluahkan kegusarannya tentang Adun Pelabuhan Klang pada saya.
Saya bersama YB Amerudin dan YB Saifudin sempat bertemu dan berbual panjang di Yayasan Aman tentang masalah parti terutamanya yang melanda Selangor.
Dalam pertemuan ini, perbincangan memang serius. YB Amerudin dan YB Saifudin masing-masing meluahkan segala permasalah yang timbul dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Ketika itu, memang YB Amerudin telah di minta untuk memantau setiap hari perkembangan Adun Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah.
Perbincangan selama 3 jam di Yayasan Aman itu juga, YB Saifudin telah menceritakan bagaimana peritnya beliau ketika 'ditikam dari belakang' oleh seorang ketua dan sahabat baiknya iaitu Ezam Md Noor.
Saya lihat mata Saifudin berlinang air mata ketika menceritakan bagaimana perit dan susahnya beliau menghadapi liku-liku perjuangan dan fitnah yang pernah dilempar kepadanya. Beliau juga pernah difitnah ketika Anwar baru bebas dan sedang menjalani pembedahan tulang belakang di German.
Sejak peristiwa itu beliau banyak muncul bersama Tuan Guru Nik Aziz sehingga beliau akhirnya diberi kepercayaan oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk mengendalikan Yayasan Tok Kenali di Kelantan.
Inilah ringkasan pertemuan selama 3 jam bersama YB Saifudin dan YB Amerudin di Yayasan Aman.
Apa kata Saifudin tentang Anwar....
Apa kata Anwar tentang MB Selangor...
...bersambung...
Saya cukup yakin..setiap kejadian ada hikmahnya...Allah mengajar kita....Kembalilah berjuang ke jalan Allah...Islam untuk semua....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Anwar punca krisis PAS?
“Di peringkat awal, ada kemungkinan barisan kepimpinan PAS mahu mengguna dan meyakini Anwar sebagai batu loncatan dan alat bagi mendapatkan kuasa tetapi keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas krisis dalaman PAS yang disifatkan semakin serius sekarang.
Beliau yang ditemui di pejabatnya memberitahu, Anwar telah berjaya masuk dan kuasai barisan kepemimpinan PAS hanya untuk matlamat utama beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja.
“Akhirnya PAS yang sudah bermasalah sebelum ini menjadi semakin serius sehingga idealisme mahu memperjuangkan negara Islam sudah terkeluar dari landasannya,” katanya. berita lanjut disini.
Saya amat yakin krisis yang melanda PAS dan masalah wakil rakyat PKR istihar bebas ada hikmahnya.
Isu ini sebenarnya sengaja diperbesar-besarkan untuk memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Saya tidak menafikan memang ada sesetengah pimpinan PAS , PKR serta DAP yang bermasalah harus ditukar.
Inilah masa dan saatnya Pakatan Rakyat harus berani berubah. Rakyat sedang melihat adakah Pakatan Rakyat mampu tangani isu pemimpin bermasalah ini.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
TS Khalid syor Adun Pelabuhan Klang letak jawatan
KENYATAAN AKHBAR
29 OKTOBER, 2009
MENTERI BESAR SYOR ADUN PELABUHAN KLANG LETAK JAWATAN
SHAH ALAM
Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang berkenaan dengan ketidakupayaan ahli Dewan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.
Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009, beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau. Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti.
Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Kelang.
Atas dasar itu, Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid hari ini membuat satu usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Dato Menteri Besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.
Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat Selangor.
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Thursday, October 29, 2009
KENYATAAN MEDIA - PRESIDEN KEADILAN
KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 29 Oktober 2009
Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.
Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.
Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.
Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.
Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.
Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Saya tegur PAS sebab PAS penting dalam Pakatan Rakyat - Prof Dr Aziz Bari
Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.
Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan.
Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.
Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.
Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.
Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku.
Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.
UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO.
Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?
Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang.
Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.
Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu.
Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.
Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.
Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan datang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kenyataan Media YB Drs Khalil Idham Lim
Tahniah kepada kehebatan "panglima" Pakatan Rakyat Perak DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang saya anggap berjaya mengepalai semua ADUN PR bagi menghadapi tekanan yang sangat dasyat dari pihak polis semasa pergelutan kami dengan pasukan polis dalam usaha mereka untuk merampas songkok dan jubah Speaker Sivakumar.
Pagi ini terasa suatu kepuasan dan itulah yang saya anggap dirasakan oleh semua rakan ADUN Pakatan rakyat kerana telah berjaya konsisten dengan prinsip pada landasan yang kami yakin benar belandaskan undang-undang , namun badan terasa sakit dek pergelutan dan tolak menolak dengan "sayap kanan UMNO" itu.
Kerana itu saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan media :-
1. Saya menafi dengan sekeras-kerasnya dakwaan MB Kudeta Perak yang mengatakan kononnya kehadiran ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang kelmarin sebagai satu pengiktirafan kami kepada Speaker haram Ganesan.
Suka saya maklumkan bahawa hujah dan bukti dokumen yang lengkap telah kami kemukakan kepada rakan media samada disiar atau tidak disiarkan mengenai kedudukan Ganesan yang tidak sah dan ia melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri perak diluar dewan .
Sekali lagi perkara tersebut dikemukan oleh kami dalam dewan walaupun pembesar suara diganggu saya beranggapan suara ADUN Buntong yang ditugaskan mengemukan hujjah tersebut sangat jelas untuk didengari oleh Ganesan, ADUN BN dan semua yang berada di dalam dewan.
2. Saya mencabar supaya rakaman hujjah yang dikemukan oleh ADUN Buntong mengenai haramnya Ganesan yang dibuat oleh petugas Bahagian Teknologi Makmumat disiarkan kepada umum khususnya rakyat Perak, termasuklah untuk menginsafkan Zambry dan semua ADUN BN bahawa mereka sebenarnya sedang memperkudakan Ganesan untuk mencapai hasrat jahatnya bagi membentag bajet 2009 yang saya anggap tidak sah.
3. Tindakan pengendalian sidang oleh seorang yang bernama Ganesan sesungguhnya memalukan sistem demokrasi dan dewan negeri Perak yang kita muliakan. Sidang 28 Okt menyaksikan satu sidang meluluskan bajet haram oleh sebuah kerajaan haram dan dikendalikan oleh seorang speaker haram.
4. Kehadiran semua ADUN pakatan Rakyat adalah atas surat yang dikeluarkan oleh Speaker Perak yang sah V. Sivakumar. Usaha Zambry memutar belit fakta dengan mengatakan kami hadir kerana mengiktiraf Ganesan adalah tindakan memperbodohkan dirinya sendiri. Tidakkah beliau sendiri menyaksikan selama sidang berlangsung dan seluruh tetamu menyaksikan serta dilaporkan oleh semua media bahawa kami tetap konsisten bersidang dan menghormati jawatan Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan kami beredar meninggalkan dewan setelah sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah V.Sivakumar selesai dan ditangguhkan.
Sebaliknya kami langsung tidak menghormati Ganesan walaupun ianya dianggap sangat penting oleh BN dengan dikawal ketat oleh puluhan orang upahan.
5. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah kami memboikot atau memulau sidang yang dikendalikan oleh Ganesan, malah saya anggap sebagai kebudak-budakan kerana dengan status Ganesan yang tidak sah sebagai speaker apakah alasan sehingga itu boleh dikatakan sidang yang sah, siapakah yang masih waras fikirannya akan mengatakan bahawa itu adalah sidang. Lebih tepat boleh saya katakan lakonan dan sandiwara untuk menyampaikan hasrat jahat BN bagi meluluskan bajet bagi meneruskan kerajaan kudeta di Perak.
6. Saya membantah tindakan kekerasan yang dilakukan terhadap ADUN Pakatan Rakyat. Jika alasan untuk menanggalkan jubah speaker seperti kononnya Sivakumar mengingkari arahan notis menyerahkannya kepada polis, kenapakan dengan cara yang tidak bertamadun seperti itu. Tidakkah negara kita masih mempunyai proses dan prosuder undang-undang untuk mendapatkan barang yang kononya dicuri.Itupun Sivakumar tidak pernah mencuri dan dia mempertahankan hak atas nama jawatan Speaker yang telah dilantik dengan sah dan jawatannya masih kekal sehingga kehari ini.
Tindakan menyekik, menekan perut sehingga mengancam nyawa Sivakumar serta menanggalkan dengan paksa jubah Speaker Sivakumar adalah tindakan tidak bertamaddun dan saya yakin diarahkan oleh BN yang sudah sekian lama tidak menghormati undang-undang yang mereka sendiri cipta.
Bukankah tindakan BN itulah dipanggil mencuri ?
7. Halangan yang berulangkali sehingga semua ADUN terpaksa melewati 5 sekatan adalah suatu titik hitam dan sejarah yang menyebabkan demokrasi di Perak telahpun hampir mati. Kebeaasan rakyat dan ADUN yang dipilih dengan sah disekat jelas dengan arahan pihak BN kepada pihak polis dengan bertindak diluar batas undang-undang yang sedia ada.
BN semacam merancang supaya kami tidak boleh samapai ke dalam Dewan, kalau itu bukan tujuannya saya mempersoalkan kenapakan kami diperiksa sedemikian rupa.
8. Saya juga membantah tindakan polis melarang dibawa kami membawa masuk perakam video, kamera dan komputer riba adalah tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.Dalam keadaan perak ingin dimajukan IT nya bagaimana sehingga ada ADUN yang dilarang membawa komputer.Selain itu saya membantah tindakan menghalang saya membawa masuk kamera. Yang jelas apabila saya meminta dari mana arahannya seorang pegawai polis cuma berani meminta dari jauh menunjukkan dari jauh tanpa berani menyerahkan kepada kami dan terus disembunyikan dibalik punggungnya.
9. Saya ingin mempersoalkan, jika sekiranya tidak ada ratusan pihak polis membantu BN untuk mennegedalikan sidang haram kelmarin, beranikah BN bersidang. Tidakkan selama ini sidang sangat aman dan tenteram dan tidak ada seorangpun polis yang berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kerana itu jelaslah pengunaan kuasa polis dalam rentetan sidang DUN perak termasuklah kelmarin membuktikan BN adalah penakut dan bacul dan saya mencabar kalau BN benar-benar ada hujjah dia kerajaan yang sah, speakernya sah, segera kendalikan sidang tanpa campurtangan pihak polis atau pihak lain yang diperkudakan.
9. Kerana itu saya menyeru supaya krisis ini diselesaikan dengan cara yang paling tepat iaitu segerakan bubarkan DUN Perak. berilah laluan kepada rakyat untuk kembali memilih.
Tindakan BN yang ingin menegakkan benang basah dan memperkudakan pihak keselamatan dan badan kehakiman tidak akan menyelesaikan kemelut ini.
Sekian.
KENYATAAN MEDIA/29 OKT 2009
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Perlukah ada artikal seperti ini lagi selepas Mesyuarat Khas semalam
http://baganutama.blogspot.com
Mustafa Ali yang daku kenali
Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!
Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok langgan sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…
Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…
Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…
Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!
Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.
Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…
Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!
Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!
Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!
P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?
Posting terbarunya...
bagan Pinang > Fight Never Surrender
Hasan Ali bakal hilang jawatan !!! - oleh ali : Tuan Guru Nik Aziz dalam meeting malam tadi telah menyebut nama Hasan Ali sebagai orang yang terlibat dalam projek "Unity Government". Hasan Ali...
Cuba-cuba, anda nilaikan dan beri komen untuk kebaikan bersama.. Insya Allah.
Posted by Ibnu Hasyim at 11:02 AM
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Blog Pemuda Pas Langkawi berwajah baru
Layari http://dppplangkawi.blogspot.com
Para blogger-blogger tolong waw-warkan dan linkkan ke blog atau laman web anda....Semoga Allah merahmati kita semua...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, October 28, 2009
Krisis Dalaman Pas Menurut Dr Mohd Asri
Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.
PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung.
Bisikan Halus
Saya berpendapat, krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS. Bisikan datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.
‘Pembisik’ hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja sekalipun menggadaikan atau menggugat keteguhan parti orang lain. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.
Krisis kali ini agak serius. Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS.
Hikmah
Saya berharap antara hikmah kejadian ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu.
Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.
Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata.
Sudi Menerima Pandangan
Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.
Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.
Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.
Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.
Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.
Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.
Saya faham benar siapa 'pembisik' yang dimaksudkan oleh Ustaz Asri. Saya lebih bersifat terbuka jika ada pandangan yang kadang-kadang mengkritik Pakatan Rakyat. Adakah dengan mengkritik Pakatan Rakyat, kita dianggap ajen UMNO? Jadilah warga Malaysia yang benar-benar berjiwa merdeka yang sanggup mendengar dan menerima teguran dan juga berani membuat teguran.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
PAS tutup pintu rundingn Kerajaan Perpaduan - Ustaz Hadi
Menurut beliau isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi kerana perkara tersebut hanya dibangkitkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
"Itu dah tutup buku, kerajaan perpaduan tak ada lagi. Perdana Menteri zaman itu pun dah berhenti...Tak timbul lagi, sekarang Perdana Menteri baru.
"Tak timbul lagi masa ini, berhenti dulu. Itu konsep yang kita timbulkan masa zaman (Tun) Abdullah," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ditanya mengapa PAS menghentikan hasrat pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Pemimpin yang ada sekarang kita belum tahu lagi apa sikapnya dan keadaan sudah berubah."
Malah Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, hingga kini PAS tidak lagi menerima sebarang tawaran rundingan dengan Umno.
"Tak ada tawaran dan BN (Barisan Nasional) pun sedang mengurus rumahtangganya. MCA belum selesai, MIC belum selesai.
"Macam mana kita nak naik rumah dia kalau rumah dia kelam kabut," katanya.
Berhubung soalan sama ada PAS sedia untuk membincangkan kembali mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno, beliau berkata: "Masa depan kita tak tahu."
Diminta mengulas sama ada beliau menghadapi krisis dalaman dalam PAS berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan tersebut, beliau menafikan mengenai perkara itu.
"saya rasa tak ada krisis kepimpinan, yang berlaku ialah pandangan yang berbeza," katanya. - mstar
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Program Unit Ehsan P.Pinang sepanjang bulan November 2009
Unit Ehsan P.Pinang telah mengadakan mesyuarat di rumah saya baru-baru ini bagi membincangkan berbagai perkara.
Antaranya Kejohanan Terbuka Bola Jaring dan Sukaneka yang akan berlangsung di padang USM, Glugor, Pulau Pinang pada Ahad , 22 November 2009. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi nama yang tertera di atas banner.
Unit Ehsan juga telah menghulurkan sumbangan wang kepada mangsa kebakaran di Teluk Bahang.
Pada Selasa 21 Oktober, Unit Ehsan juga telah menyumbang derma kepada ibu Latifah untuk menjalani pembedahan mata.
Program bersama kartunis Zunar di Batu Maung pada 27 Okt 2009 sempena rumah terbuka Deepavali Adun Batu Maung YB Hj Abdul Malik Kassim.
Pada 7 Nov 2009 Unit Ehsan akan bersama YB Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerjak), YB Nurul Izzah (MP Lembah Pantai), YB Amerudin (Adun Batu Cave) dalam program "JOM DAFTAR UNDI" di QueensBay Mall, P.Pinang bermula 4.30ptg hingga 6.30ptg. Perasmian oleh YB Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang.
Kemudian pada 15 Nov 2009, Unit Ehsan akan mengadakan program "Latihan Membentuk Sahsiah Kepimpinan Muda" (Umur bawah 30 tahun) Bermula jam 8pg - 5 ptg.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, October 27, 2009
Hasan Ali bebanan PAS
"Bagi saya kita kena kembali kepada pokok masalahnya. Apa masalahnya sehingga Nik Aziz membuat kenyataan dan cadangan sedemikian.
"Bagi saya kerana beliau tidak berpuashati dengan cara pemimpin PAS mengendalikan isu di Selangor. Kalau begitu selesaikan isu di Selangor," kata seorang penganalisa.
Bagi beliau, sebagaimana ramai pihak di luar PAS, Nik Aziz sangat risau dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia telah menghasilkan satu persepsi umum yang kurang baik kepada PAS.
Ia bermula dengan siri-siri kenyataan dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam hal ehwal Selangor.
Yang terakhir adalah serangan Hassan, exco kerajaan negeri Selangor ke atas Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi serangan ke atas kerajaan negeri itu.
Mereka beranggapan, Umno telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan pimpinan kerajaan negeri Selangor.
Padahal, yang paling banyak membuat penyelewengan adalah kerajaan Selangor yang dipimpin oleh BN sebelum ini. Antaranya menghabiskan peruntukan kerajaan negeri untuk setahun dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu habis pada Mac 2008 sahaja.
Ini semua didedahkan dalam sidang Selcat yang dipimpin oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chan Kim.
Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.
Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.
Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:
"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.
Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.
Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.
Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.
Kalau begitu, apa pula yang Nik Aziz marahkan kepada pimpinan PAS. Nik Aziz marah kerana beliau melihat para pemimpin PAS yang ada semacam membela Hasan pula. Ini kerana, bagi beliau, semua pemimpin kanan PAS yang ada sekarang rakan sepasukan Hasan dalam isu kerajaan perpaduan.
Bahkan pihak yang dianggap sebagai musuh Hasan dalam politik Selangor, iaitu Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam diserang oleh pemimpin PAS dalam beberapa siri mesyuarat Pakatan Rakyat.
Kalau begitu bagaimana cara menyelesaikan perkara ini? Mesyuarat agung luar biasa yang bakal berakhir macam MCA atau bertindak tanpa perlukan mesyuarat sebegitu.
Menurut seorang ahli Parlimen PAS di Selangor, seseorang harus dihukum dan bertanggungjawab ke atas segala masalah ini untuk mempastikan semua yang lain termasuk nama baik parti terselamat. Beliau mencadangkan, Hasan Ali yang mesti dihukum.
Beliau mencadangkan agar Hasan melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor kerana nampak sangat beliau tidak boleh lagi bekerja dalam pasukan Pakatan di Selangor.
"Dia sudah main ragbi ketika ahli pasukan lain main bola. Jadi dia yang kena kad merah," kata beliau.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
TGNA...saya dah tua tak perlu jadi dalang orang...
Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.
Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.
Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.
Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.
“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.
Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.
“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.
Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.
Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.
Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.
Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.
Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.
“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.
Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.
Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.
Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.
“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Mustaffa Ali tidak kecil hati....
“Jika ditanya apa perasaan saya (tentang komen Nik Aziz itu), saya nak kata, saya orang yang paling tenang hari ini. (Walaupun) Tok Guru menyebut nama saya tapi saya tak rasa terluka (dengan komentarnya itu),” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada artikel di blog Nik Aziz itu yang mengaitkan namanya secara langsung sebagai salah seorang yang masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan yang melibatkan Umno.
Mustafa memanggil sidang akhbar itu untuk memaklumkan bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan supaya satu pertemuan di antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan semua Pesuruhjaya PAS Negeri diadakan pada Rabu ini jam 8.30 malam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut untuk menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit mengenai cadangan Nik Aziz khususnya berhubung desakan supaya diadakan Muktamar Agung Luar Biasa (EGM).
Nik Aziz dalam laman blognya telah menyarankan supaya PAS juga mengadakan EGM dengan segera untuk menyingkirkan apa yang beliau sifatkan sebagai dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah sama ada dengan masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan dan pertemuan dengan Umno serta mereka yang seringkali berbalah dengan rakan kongsi Pakatan Rakyat.
Dan Nik Aziz secara khususnya menyebut nama-nama seperti Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Mustafa sendiri.
Malah beliau secara sinis dan tidak langsung turut mengaitkan Hadi dalam isu ini dengan berkata, oleh kerana Muktamar sebulat suara telah memilih Hadi (sebagai presiden Jun lalu), maka apa boleh buat ikut sajalah.
Kepada satu soalan mengapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut setelah seketika ia tidak lagi menjadi perbualan hangat orang-ramai, Mustafa meminta para wartawan merujuk sendiri soalan itu kepada Nik Aziz untuk mendapatkan penjelasan.
"Awak kena tanya Tok Gurulah. Saya tidak boleh membuat andaian sebab apa (Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu)," katanya lagi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, October 26, 2009
Ketua Dewan Ulama PAS tidak percaya TGNA yang buat kenyataan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ustaz Azizan lebih berminat tumpu negeri Kedah.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, jawatan itu wajar diserahkan kepada pelapis yang lebih muda kerana mempunyai kekuatan dan semangat yang lebih tinggi.
Beliau berkata, eranya untuk memegang jawatan itu sudah berakhir dan kini lebih berminat menumpukan perhatian kepada pengurusan parti peringkat negeri.
“Tak payah nak fikir soal jawatan parti peringkat tertinggi. Tak payahlah nak bayangkan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Pas. Saya dah tak minat kerana dah tua, la ni dah masuk 65 tahun.
“Biar saya tumpu untuk memperkemas dan memperkasakan parti peringkat negeri Kedah. Itu pun dah mencukupi dengan usia saya sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas penutupan majlis Gotong-royong Perdana Daerah Kulim di Taman Mahsuri di sini, semalam.
Azizan diminta mengulas tulisan kolumnis Sinar Harian, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menyebut beliau adalah calon sesuai jika berlaku kekosongan jawatan Presiden parti kerana bersikap lebih terbuka dan mampu menguruskan parti peringkat negeri dengan baik dan cemerlang dalam analisis kekalahan Pas di Bagan Pinang.
Tulisan sama juga mencetuskan cadangan Muktamar Khas (EGM) oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk membersihkan parti itu daripada kumpulan pro- Kerajaan Perpaduan.
Antara pemimpin parti itu yang disebut bermasalah dan terlibat dengan usaha 'berbaik-baik' dengan UMNO ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Azizan berkata, jika berminat menduduki jawatan tertinggi seperti Presiden atau Timbalan, beliau sudah melakukannya dulu lagi ketika masih muda dan berada dalam barisan kepimpinan ketika itu.
“Saya menjadi Naib Presiden Pas pada 2004 tetapi melepaskan jawatan dengan tidak menawarkan diri dicalonkan semula setelah menjalani pembedahan jantung.
“Jika mempunyai cita-cita tinggi dalam parti, sudah pasti saya boleh meneruskan agenda itu pada waktu berkenaan,” katanya.
Mengenai kemelut Pas, beliau berkata, tiada apa-apa masalah yang berlaku dalam parti itu sekarang ini kerana ia lebih kepada perbezaan pendapat antara pemimpin tertentu.
“Bukan ada masalah apa pun sehingga memerlukan kepada EGM. Ini berbeza dengan MCA yang ada masalah kepimpinan atau UMNO yang berusaha memperkukuhkan kedudukan parti selepas pilihan raya umum,” katanya.
Ditanya sama ada boleh menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam Pas, Azizan berkata, tidak perlu kerana tiada apa pun nak diselesaikan
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
DR MANSOR OTHMAN DILANTIK PENGERUSI PIMPINAN NEGERI P.PINANG YANG BARU
YB Mansor Othman. Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang yang baru.
Manakala YB Dato' Seri Mohamad Zahrain Hashim telah dilantik di dalam Biro Politik Pusat untuk memaklumkan perkembangan KEADILAN Negeri Pulau Pinang.
Selain Pulau Pinang antara Negeri-Negeri yang dibuat perlantikkan baru adalah Melaka, Kelantan, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Di Sabah, Pengerusi Pimpinan Negeri yang baru adalah Thamrin Zaini bagi menggantikan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.Mustaffa Kamil Ayub pula dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikan Hj Osman.
Manakala Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar pula dilantik menjadi Pengerusi Pimpinan Negeri Melaka yang baru. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada AMK.
Menurut Presiden KEADILAN Dato' Seri Dr. Wan Azizah pertukaran yang dilakukan adalah bagi memantapkan pentadbiran Parti di Negeri-Negeri tersebut.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sunday, October 25, 2009
Sidang Media Pendirian PAS Pusat esok tentang cadangan TGNA
Nik Aziz membuat desakan itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.
"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya.
Nik Aziz berkata, beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tandatanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.
Sidang akhbar tersebut akan berlangsung di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di ibunegara pada jam 11 pagi esok.
Sidang media di bilik mesyuarat utama itu, akan di ketuai oleh Mustafa Ali.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata desakan Nik Aziz itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat parti itu "dalam tempoh terdekat ini."
Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan lima perenggan. Katanya, PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada mursyidul am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas itu.
"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris kepada Harakahdaily.
Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelak isu ini dimanipulasi.
"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.
Harakahdaily juga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.
Mereka ialah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Saturday, October 24, 2009
DS ZAHRAIN AKAN DITUKAR
Perkara ini telah dibincangkan dalam perjumpaan semua Ketua-Ketua Cabang dalam Negeri P.Pinang bersama Dato' Seri Dr Wan Azizah hari ini.
Semua Ketua-Ketua Cabang hadir kecuali DS Zahrain (Ketua Cabang Bayan Baru) dan Dr Mansor Othman (Ketua Cabang Balik Pulau) yang kini berada di Sarawak bersama Mahasiswa P.Pinang yang membuat lawatan di sana.
Pengganti DS Zahrain kemungkinan besar adalah YB Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang.
Sejarah penubuhan PKR P.Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional adalah diterajui oleh Dr Mansor Othman.
Masih segar dalam ingatan saya, Dr Mansor Othman menerima amanah tersebut di Hotel Renaissance pada tanggal 14 April 1999, hari bersejarah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional dengan keringat dan darah rakyat marhain yang turun ke jalanraya menuntut keadilan.
Pada PRU 10 tahun 1999, Dr Mansor Othman bertanding di Parlimen Balik Pulau tetapi tewas kepada Dr Helmi Yahya.
Kemudian pada PRU 11 tahun 2004, Dr Mansor Othman bertanding pula di DUN Seberang Jaya tetapi tewas kepada Arif Shah.
Selepas PRU 11, Dr Mansor Othman melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri P.Pinang. Ketika itu BN menang besar kerana rakyat menaruh harapan tinggi kepada Pak Lah, PM baru Malaysia.
Kemudian jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri P.Pinang diterajui oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah.
Tidak ada siapa menduga Anwar akan bebas setelah genap 6 tahun terpenjara. Akhirnya Anwar bebas pada 2 September 2004.
Selepas Anwar pulang dari Jerman kerana menjalani rawatan tulang belakangnya, PKR menerima jumlah kemasukan ahli baru yang begitu ramai.
Diketika itu, barulah munculnya DS Zahrain yang akhirnya dilantik menerajui PKR P.Pinang.
Saya masih teringat dalam perjumpaan DS Zahrain bersama AMK P.Pinang buat kali pertama (ketika itu saya sebagai Ketua AMK P.Pinang), DS Zahrain berkata bahawa beliau tidak suka dengan demontrasi jalanan kerana pada pendapatnya, ianya hanya membuat huru hara sahaja.
Pada perjumpaan itu lagi AMK P.Pinang sudah tidak berapa selesa dengan DS Zahrain kerana seolah-olah beliau menghina demontrasi jalanan.
Kemudian pada PRU 12 tahun 2008, kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat hingga Pakatan Rakyat dapat menguasai 5 negeri.
Dr Mansor Othman bertanding di DUN Pulau Betong tetapi tewas nipis.
Dr Mansor Othman sebenarnya pada PRU 12 tahun 2008 adalah calon DUN Penanti tetapi pada saat akhir beliau terpaksa bertanding di DUN Pulau Betong walaupun dalam mesyuarat PKR Bahagian Balik Pulau, Dr Mansor telah mengumumkan Sdr Rahman (kini ketua whip MPPP) adalah calon DUN Pulau Betong.
DUN Penanti pada saat akhir telah ditandingi oleh Fairus, beliau menang dan terus dilantik menjadi TKM 1 P.Pinang.
Fairus akhirnya terpaksa melepaskan semua jawatan pada 24 April 2009. Dr Mansor Othman menjadi calon dalam prk DUN Penanti. Beliau menang dan terus dilantik menjadi TKM 1 P.Pinang.
Semoga dengan terlantiknya Dr Mansor Othman sebagai Pengerusi PKR P.Pinang yang baru, PKR P.Pinang akan berwajah baru dan akan tampil dengan lebih meyakinkan hati rakyat sesuai dengan nama Parti Keadilan Rakyat.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Azmin akan lepas jawatan Pengerusi Sabah
Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengumumkan pemimpin baru apabila mempengerusikan mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini.
Azmin mendedahkan keputusan itu hari ini selepas bermesyuarat dengan semua 25 ketua bahagian PKR Sabah termasuk Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Bagaimanapun, beliau menafikan keputusan tersebut diambil ekoran desakan 18 daripada 25 pemimpin bahagian yang didakwa menyokong hasrat Dr Jeffrey meletakkan pemimpin Sabah sendiri untuk menerajui PKR Sabah.
"Tidak terdapat sebarang memorandum. Tiada kebenaran dalam laporan itu. Itu bukan merupakan isu," kata Azmin kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Azmin menjelaskan pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara dan bertujuan untuk memperkukuhkan parti.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, lantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi membantu memperkukuhkan parti.
"Biro Politik lantik saya untuk bantu ahli di Sabah, malah dalam pertemuan pertama saya tiga bulan lalu dengan pemimpin Sabah juga saya sudah jelaskan bahawa lantikan saya hanya untuk sementara. "Masa yang diberikan untuk saya lebih kurang tiga hingga enam bulan, tapi kalau pencapaiannya baik, kedudukan PKR di Sabah makin mantap tempoh itu akan dikurangkan.
"Saya sendiri katakan bahawa parti akan melantik pemimpin tempatan sebagai ganti saya nanti, tapi tugas saya pada ketika ini untuk kuatkan parti dahulu," katanya.
Menurut Azmin, pemimpin PKR Sabah telah membuktikan mereka bertenaga untuk memimpin parti di sini dan Presiden akan menentukan Pengerusi PKR Sabah berikutnya. "Para pemimpin Sabah telah mengemukakan pandangan masing-masing dan akan menerima keputusan Presiden," katanya.
Tambah Azmin, perubahan pucuk pimpinan itu bukan sahaja terhad di Sabah semata-mata bahkan ahli-ahli jawatankuasa penyelaras negeri di Semenanjung Malaysia.
Azmin berkata para pemimpin PKR Sabah telah dilarang mengeluarkan kenyataan media dan dinasihatkan meluahkan pandangan mereka dalam parti sahaja.
Sementara itu, Dr Jeffrey berkata pelantikan sebarang pemimpin PKR Sabah adalah budi bicara Presiden parti.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Iklan Coke menghina Islam
source : from email
Ini adalah email yang kuperolehi yang mana menunjukkan satu iklan coke yang telah di tayangkan di Eropah.. perhatikan yer!!!
Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.
Mula2 tengok dekat email, aku x berapa perasan sebenarnye pic ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sebijik macam botol air yang disusun. cantik jer. Tapi aku mula perasan biler tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.
Perhatikan word 'coca-cola'. Cube beli satu botol coke dan koyakkan plastik cover die, & then terbalik kan. Kite akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.
Sedarlah wahai sahabat2, bile kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.
Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.
Sama-samalah kita boikot coke..
:// air coke bila diminum bersama-sama dengan gula2 MENTOS boleh mengakibatkan kematian secara mengejut.
Kalau x percaya buat xperimen ok!!
Anda juga boleh baca Jenayah bunuh sebotol Coke
Sumber - Blog Ibnu Hasyim
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, October 23, 2009
Kes VK Lingam ditutup...korek..korek..korek...
"Beliau tentu berasa lega,tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya mengenai pengaruhnya terhadap saya dalam pemilihan hakim-hakim?"soal Mahathir dalam blog peribadinya.
Menurutnya, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim.
"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.
"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?
"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?"ulasnya yang ternyata kecewa dengan kes pita Lingam itu.
Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.
"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.
Sebelum ini,panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.
Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu -- Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin kerana salah laku.
Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/