SharpShooter Followers

Wednesday, October 21, 2009

SMS berniat jahat terhadap YB Raveen Adun Batu Uban

ADUN Batu Uban, S Raveentharan, membuat laporan polis di Pulau Pinang malam tadi selepas menerima SMS yang menuduh beliau meliwat dan memukul bekas isterinya.

Raveentharan, yang juga peguam, berkata SMS berkenaan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali, diterima pagi semalam ketika beliau sedang menghadiri satu perbicaraan di mahkamah di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal kerana perceraiannya berlaku pada 2001.

"SMS cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang peguam dan ADUN di negeri ini," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata siasatan sedang dijalankan. BERNAMA.

Ada 2 sms yang saya terima :-

1) Bekas isteri YB RAVEEN telah diugut sebentar tadi mengikut sumber kami dan ADUN BT UBAN, YB RAVEEN telah menawarkan rm 50,000 utk menarik balik kes lama yg dibuka balik oleh bekas isterinya. Besar kemungkinan krn ketakutan, Pn Kala tdk akan hadir membuat pengakuan kes liwat.

2) Perhatian para wartawan, bekas isteri YB RAVEEN, iaitu Pn Kala telah membuka balik kes liwat terhadapnya dimahkamah seksyen P.P. Pengakuan ikhlas Pn Kala akan diadakan di hdp pintu masuk DUN P.P pd jam 6ptg bertarikh 21 okt ini. Sokongan anda amat diperlukan.

Saya terus forward sms ini kepada YB Raveen. Ini jawapannya.

sms 1) Ini fitnah palsu. It is criminal defamation.

sms 2) 1. Mana bukti lapuran perubatan dipukul?
2. mana lapuran perubatan dia diliwat !!?
3. Mana lapuran polis? UTK 1 & 2.
4. Sudah Cerai pada june 2003.
5. 2009 buat aduan fitnah sebab bekas suami jadi ADUN. Ini berniat jatuhkan maruah ADUN BATU UBAN.

Untuk makluman anda, saya pernah ke pejabatnya di Lebuh Beach pada tahun 2007 sebelum PRU 12 untuk mengambil video Raveen untuk dimuatkan dalam vcd terbitan PKR Bayan Baru.

Beliau pernah cerita pada saya tentang bekas isterinya yang mengamalkan 'ilmu hitam' terhadapnya sehingga bila tiba waktu azan berkumandang, beliau akan jatuh pengsan tidak sedarkan diri di pejabatnya.

Akhirnya beliau terpaksa membuat rawatan secara Islam untuk menyembuhkannya. Beliau akan menjemput ajk masjid setiap hari Khamis untuk membaca doa selamat di pejabatnya.

Di satu sudut di pejabatnya ada tokong Hindu. Sewaktu saya berbual dengannya di pejabat, beliau memasang surah Yasin di komputernya. Saya bertanya kepadanya, mengapa beliau berbuat demikian? Jawabnya hatinya akan tenang bila mendengar surah Yasin.

Beliau lalu mengambil Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris di atas komputernya lalu membaca terjemahan surah 'Al-Kafirun'.

Saya pernah bertanya kepadanya, adakah beliau bercadang memeluk Islam? Lalu jawabnya..mungkin tapi bukan sekarang sebab menghormati orang tuanya...

Saya tanya lagi, adakah beliau akan berkahwin lagi...jawabnya...kalau boleh saya nak kahwin dengan perempuan Melayu Islam katanya sambil tersenyum...cuma syaratnya perempuan tersebut sanggup membela dan menganggap anak perempuannya macam anak sendiri...(YB Raveen mempunyai seorang anak perempuan) Tetapi hingga kini YB Raveen masih menduda.

Beliau juga bukan kaki judi dan kaki botol. Begitulah sedikit sebanyak cerita YB Raveen kepada saya semasa saya sempat bertemunya di pejabat untuk mengambil video. Semoga Allah memberi Taufik dan Hidayah kepada YB Raveen.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/