SharpShooter Followers

Friday, October 30, 2009

TS Khalid syor Adun Pelabuhan Klang letak jawatan




KENYATAAN AKHBAR
29 OKTOBER, 2009

MENTERI BESAR SYOR ADUN PELABUHAN KLANG LETAK JAWATAN
SHAH ALAM

Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang berkenaan dengan ketidakupayaan ahli Dewan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009, beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau. Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti.

Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Kelang.

Atas dasar itu, Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid hari ini membuat satu usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Dato Menteri Besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat Selangor.

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/