Segerombolan 100 pemuda berkemeja-T Barisan Nasional menyerang Pemuda PAS di markas parti PAS, Bagan Pinang mengakibatkan beberapa petugas pilihanraya cedera.
Keganasan yang berlaku jam 1.30 malam semalam menyaksikan tiga bilik operasi Pas di kepung gerombolan belia bermotor dengan senjata tajam.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan at-Tantawi berkata pihaknya akan memfailkan laporan polis di Balai Polis Port Dickson.
“Dan kita juga sedang lagi menyiasat beberapa kes kerana kita mendapat banyak lagi program petugas kita diugut, dikepong, diprovok bahkan dihalau ketika menjalankan tugas memasang poster, memasang bendera bahkan ada laporan bendera-bendera kita dibakar oleh pemuda-pemuda yang tidak dikenali ini dan sebahagiannya memakai baju BN.
“Pada jam 6 petang ini, kami akan membuat satu repot polis di Balai Polis Port Dickson bagi menjelaskan semua aduan-aduan dan juga kes-kes yang akan kita kumpul di seluruh kawasan DUN Bagan Pinang insiden-insiden yang mencemar sistem demokrasi dalam negara kita,” katanya.
Nasruddin berkata pihaknya yakin BN semakin terdesak sehingga terpaksa menghantar askar-askar parti itu untuk mengempur dan menutup operasi Pas di Bagan Pinang.
Dalam kejadian semalam, harta benda kempen milik Pas turut di bakar gerombolan terbabit.
Seramai tiga orang tercedera dan mereka telah membuat laporan polis pada pagi tadi secara peribadi.
“Mengapa tidak ramai polis di Bagan Pinang mengawal keamanan jika dibandingkan sebelum ini di pulau Pinang dan Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang lalu,” katanya.
Petugas- petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi.
Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.
Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.
"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.
Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.
"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.
Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.
"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
2 hours ago