Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemenangan untuk calon Umno-BN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.
"Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah," kata mantan Naib Presiden Umno itu.
"Kemenangan Isa bermaksud sokongan kepada budaya rasuah amalan parti dan kerajaan yang dipimpin," tegas beliau.
Razalegh menambah atas nama maruah bangsa Melayu dan demi kesinambungan reformasi di negara ini, Umno perlu tewas supaya kekalahan itu menjadi ubat memulihkan kereputan moral parti.
"Rasuah adalah barah yang membunuh Malaysia. Sekiranya ia tidak dibendung, Umno akan dilihat saling tidak tumpah seperti barah itu," kata Razaleigh.
Selain dari Tengku Razaleigh, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan rasa tidak puas hati dengan pencalonan Isa Samad, yang digantung tiga tahun selepas didapati terbabit dalam politik wang.
Sebelum ini, Razaleigh turut menegur pemilihan calon BN dalam PRK Permatang Pasir. Beliau berkata pemilihan calon melambangkan integriti dan dasar parti terbabit.
"Seorang pemimpin muda Umno pernah dipetik sebagai berkata ciri-ciri utama dalam pemilihan calon yang jaminan calon itu pasti menang dalam pilihanraya. Ini jelas sekali pemikian dangkal punca Umno dan BN tidak disenangi, bahkan melawan arus tuntutan rakyat Malaysia yang mahukan ketelusan dan ketanggungjawaban," katanya dalam blog beliau.
"Kepimpinan parti parti melangkah kebelakang buat seketika dan bermuhasabah - fikiran bagaimana pilihan calon mencerminkan parti dan integriti mereka. Sebenarnya jenis pemimpin yang kita sanjung mencerminkan pendirian dan dasar parti secara langsung," tambahnya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
2 hours ago