SharpShooter Followers

Tuesday, October 27, 2009

Mustaffa Ali tidak kecil hati....

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak berasa kecil hati atau terluka dengan kata-kata Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang melabelkannya sebagai “dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah.”

“Jika ditanya apa perasaan saya (tentang komen Nik Aziz itu), saya nak kata, saya orang yang paling tenang hari ini. (Walaupun) Tok Guru menyebut nama saya tapi saya tak rasa terluka (dengan komentarnya itu),” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada artikel di blog Nik Aziz itu yang mengaitkan namanya secara langsung sebagai salah seorang yang masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan yang melibatkan Umno.

Mustafa memanggil sidang akhbar itu untuk memaklumkan bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan supaya satu pertemuan di antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan semua Pesuruhjaya PAS Negeri diadakan pada Rabu ini jam 8.30 malam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut untuk menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit mengenai cadangan Nik Aziz khususnya berhubung desakan supaya diadakan Muktamar Agung Luar Biasa (EGM).

Nik Aziz dalam laman blognya telah menyarankan supaya PAS juga mengadakan EGM dengan segera untuk menyingkirkan apa yang beliau sifatkan sebagai dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah sama ada dengan masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan dan pertemuan dengan Umno serta mereka yang seringkali berbalah dengan rakan kongsi Pakatan Rakyat.

Dan Nik Aziz secara khususnya menyebut nama-nama seperti Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Mustafa sendiri.

Malah beliau secara sinis dan tidak langsung turut mengaitkan Hadi dalam isu ini dengan berkata, oleh kerana Muktamar sebulat suara telah memilih Hadi (sebagai presiden Jun lalu), maka apa boleh buat ikut sajalah.

Kepada satu soalan mengapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut setelah seketika ia tidak lagi menjadi perbualan hangat orang-ramai, Mustafa meminta para wartawan merujuk sendiri soalan itu kepada Nik Aziz untuk mendapatkan penjelasan.

"Awak kena tanya Tok Gurulah. Saya tidak boleh membuat andaian sebab apa (Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu)," katanya lagi.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/