SharpShooter Followers

Sunday, October 04, 2009

Mengapa Najib terpaksa pilih ISA Samad

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang.

Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwat bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib.

Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut.





Peluang Pakatan Rakyat untuk menawan kerusi Bagan Pinang sebenarnya amat cerah. Risikan tentera juga menunjukkan undi pos tentera juga akan menyebelahi Pakatan Rakyat.

Saya amat yakin, sekiranya kita terus berusaha, tidak mustahil Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS akan menang dan mencipta sejarah di Bagan Pinang. TAKBIR...




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/