P.Pinang 24 Oktober 2009 : Jawatan Pengerusi Perhubungan Pimpinan Negeri P.Pinang akan dirombak. Ini bermakna DS Zahrain akan ditukar.
Perkara ini telah dibincangkan dalam perjumpaan semua Ketua-Ketua Cabang dalam Negeri P.Pinang bersama Dato' Seri Dr Wan Azizah hari ini.
Semua Ketua-Ketua Cabang hadir kecuali DS Zahrain (Ketua Cabang Bayan Baru) dan Dr Mansor Othman (Ketua Cabang Balik Pulau) yang kini berada di Sarawak bersama Mahasiswa P.Pinang yang membuat lawatan di sana.
Pengganti DS Zahrain kemungkinan besar adalah YB Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang.
Sejarah penubuhan PKR P.Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional adalah diterajui oleh Dr Mansor Othman.
Masih segar dalam ingatan saya, Dr Mansor Othman menerima amanah tersebut di Hotel Renaissance pada tanggal 14 April 1999, hari bersejarah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional dengan keringat dan darah rakyat marhain yang turun ke jalanraya menuntut keadilan.
Pada PRU 10 tahun 1999, Dr Mansor Othman bertanding di Parlimen Balik Pulau tetapi tewas kepada Dr Helmi Yahya.
Kemudian pada PRU 11 tahun 2004, Dr Mansor Othman bertanding pula di DUN Seberang Jaya tetapi tewas kepada Arif Shah.
Selepas PRU 11, Dr Mansor Othman melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri P.Pinang. Ketika itu BN menang besar kerana rakyat menaruh harapan tinggi kepada Pak Lah, PM baru Malaysia.
Kemudian jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri P.Pinang diterajui oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah.
Tidak ada siapa menduga Anwar akan bebas setelah genap 6 tahun terpenjara. Akhirnya Anwar bebas pada 2 September 2004.
Selepas Anwar pulang dari Jerman kerana menjalani rawatan tulang belakangnya, PKR menerima jumlah kemasukan ahli baru yang begitu ramai.
Diketika itu, barulah munculnya DS Zahrain yang akhirnya dilantik menerajui PKR P.Pinang.
Saya masih teringat dalam perjumpaan DS Zahrain bersama AMK P.Pinang buat kali pertama (ketika itu saya sebagai Ketua AMK P.Pinang), DS Zahrain berkata bahawa beliau tidak suka dengan demontrasi jalanan kerana pada pendapatnya, ianya hanya membuat huru hara sahaja.
Pada perjumpaan itu lagi AMK P.Pinang sudah tidak berapa selesa dengan DS Zahrain kerana seolah-olah beliau menghina demontrasi jalanan.
Kemudian pada PRU 12 tahun 2008, kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat hingga Pakatan Rakyat dapat menguasai 5 negeri.
Dr Mansor Othman bertanding di DUN Pulau Betong tetapi tewas nipis.
Dr Mansor Othman sebenarnya pada PRU 12 tahun 2008 adalah calon DUN Penanti tetapi pada saat akhir beliau terpaksa bertanding di DUN Pulau Betong walaupun dalam mesyuarat PKR Bahagian Balik Pulau, Dr Mansor telah mengumumkan Sdr Rahman (kini ketua whip MPPP) adalah calon DUN Pulau Betong.
DUN Penanti pada saat akhir telah ditandingi oleh Fairus, beliau menang dan terus dilantik menjadi TKM 1 P.Pinang.
Fairus akhirnya terpaksa melepaskan semua jawatan pada 24 April 2009. Dr Mansor Othman menjadi calon dalam prk DUN Penanti. Beliau menang dan terus dilantik menjadi TKM 1 P.Pinang.
Semoga dengan terlantiknya Dr Mansor Othman sebagai Pengerusi PKR P.Pinang yang baru, PKR P.Pinang akan berwajah baru dan akan tampil dengan lebih meyakinkan hati rakyat sesuai dengan nama Parti Keadilan Rakyat.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
2 hours ago