Paper Kwong Wah Yit Poh hari ini muka depan menyiarkan berita bertajuk "Badrul keluar PKR"...siap dengan gambar sekali...he..he...
Sebenarnya bukan Cikgu Bard yang keluar PKR tetapi Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah. Cikgu Bard pula namanya sebenarnya Badrul Hisham Shahril...nama bapa saja berlainan...
Saya memang mengenali secara rapat dengan Cikgu Bard, saya tahu semangat perjuangannya. Saya tidak pernah rasa ragu dengannya. Beliau adalah pejuang sejati.
Saya menerima banyak sms dan telefon yang bertanya tentang apa yang berlaku pada Adun Pelabuhan Klang.
Sebenarnya sejak prk Permatang Pasir lagi ini Adun ini memang bermasalahan.
Menurut YB Amerudin Adun Batu Cave yang ketika itu datang berkempen membantu calon PAS, Ustaz Salleh Man,
beliau pernah meluahkan kegusarannya tentang Adun Pelabuhan Klang pada saya.
Saya bersama YB Amerudin dan YB Saifudin sempat bertemu dan berbual panjang di Yayasan Aman tentang masalah parti terutamanya yang melanda Selangor.Dalam pertemuan ini, perbincangan memang serius. YB Amerudin dan YB Saifudin masing-masing meluahkan segala permasalah yang timbul dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Ketika itu, memang YB Amerudin telah di minta untuk memantau setiap hari perkembangan Adun Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah.Perbincangan selama 3 jam di Yayasan Aman itu juga, YB Saifudin telah menceritakan bagaimana peritnya beliau ketika 'ditikam dari belakang' oleh seorang ketua dan sahabat baiknya iaitu Ezam Md Noor.
Saya lihat mata Saifudin berlinang air mata ketika menceritakan bagaimana perit dan susahnya beliau menghadapi liku-liku perjuangan dan fitnah yang pernah dilempar kepadanya. Beliau juga pernah difitnah ketika Anwar baru bebas dan sedang menjalani pembedahan tulang belakang di German.
Sejak peristiwa itu beliau banyak muncul bersama Tuan Guru Nik Aziz sehingga beliau akhirnya diberi kepercayaan oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk mengendalikan Yayasan Tok Kenali di Kelantan.
Inilah ringkasan pertemuan selama 3 jam bersama YB Saifudin dan YB Amerudin di Yayasan Aman.
Apa kata Saifudin tentang Anwar....
Apa kata Anwar tentang MB Selangor...
...bersambung...
Saya cukup yakin..setiap kejadian ada hikmahnya...Allah mengajar kita....Kembalilah berjuang ke jalan Allah...Islam untuk semua....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/