Kita bukan sahaja mahu melihat Reformasi...tetapi kita mahu lihat reformasi itu terlaksana...
Ayuh..lakukan reformasi..berhenti merokok buat selamanya...
Anda mampu lakukannya....andalah penyokong dan pengerak Reformasi...
PADA Ramadan, umat Islam yang merokok dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan itu hampir 13 jam selepas bersahur hingga berbuka puasa.
Perkara ini membuktikan bahawa orang yang merokok mampu berhenti melakukan perbuatan itu jika ada kesungguhan.
Hakikatnya, perokok sedar merokok merosakkan kesihatan diri dan orang di sekeliling. Kerap juga perokok memikirkan untuk berhenti merokok. Sebahagian besar sudah mencubanya walaupun gagal.
Berdasarkan kajian, 85 peratus perokok yang berusaha meninggalkan tabiat itu secara purata mencuba empat kali sebelum berjaya melepaskan diri daripada cengkaman rokok.
Ramadan adalah bulan yang tinggi darjatnya di sisi Allah dan penghulu segala bulan. Bulan turunnya al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia membezakan yang benar dan salah.
Suasana dan rutin harian berubah apabila tiba Ramadan yang dilihat sangat kondusif dalam membantu perokok mengubah tabiat ketagihan seterusnya berusaha berhenti merokok berbanding bulan lain.
Hasil kajian mendapati lebih 95 peratus perokok Muslim menyatakan mudah untuk berhenti merokok pada Ramadan.
Dunia sains sudah mengenal pasti sebab yang menyukarkan seseorang berhenti merokok. Antaranya adalah sifat ketagihan terhadap nikotin, bahan bahaya dalam kandungan asap rokok.
Nikotin menyebabkan tindak balas dalam otak dengan cara yang sama seperti heroin yang mempunyai satu laluan dalam otak (bahagian mesolimbik) yang menjadi punca utama ketagihan.
Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, toleransi dan tarikan. Ada kalanya mungkin lebih hebat berbanding heroin.
Seseorang yang kehabisan rokok, kadang kala berkelakuan seperti resah, mempunyai perasaan marah dan tertekan.
Masalah ini jarang disedari sebahagian besar perokok kecuali diperhalusi dengan mengikuti perbezaan perasaan dan tingkah laku selepas menghisap rokok dengan beberapa jam tidak dapat merokok.
Memandangkan rokok mudah diperoleh dan boleh dihisap di khalayak ramai tanpa masalah seperti heroin, perokok dapat menambahkan keperluan nikotin dalam darah selepas merokok.
Oleh itu, terlalu sukar bagi seseorang yang terjerat dengan ketagihan merokok meninggalkan tabiat itu.
Pemikiran yang sihat dan matang pasti menolak unsur ketagihan untuk dijadikan amalan.
Ketagihan menyebabkan kemuliaan manusia dikurangkan kerana mereka terpaksa patuh kepada dorongan ketagihan dan bukan pemikiran yang stabil.
Perokok sukar berhenti merokok kerana tubuhnya terbiasa dengan nikotin dan ketiadaannya antara dua hingga empat jam menyebabkan gejala gian.
Bagaimanapun, pada Ramadan al-Mubarak, perokok yang aktif sekalipun boleh berhenti merokok melebihi 12 jam bermula dari sahur hingga berbuka.
Perkara ini yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa selepas dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin.
Perkara ini tidak berlaku ketika Ramadan kerana perokok boleh berhenti melebihi 12 jam dan ini menandakan laluan rangsangan otak berpusat di mesolimbik adalah tumpul pada masa itu.
Perkara ini berlaku kerana iman di dada sedar keperluan menunaikan ibadat puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.
Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagihan terhadap nikotin yang terkandung dalam asap rokok.
Sebanyak 80 peratus perokok berjaya berhenti merokok dengan daya usaha sendiri melalui keazaman yang tinggi disebabkan pengaruh kawan yang berperanan besar menggagalkan wawasan itu.
Pengalaman pakar perubatan mendapati, Ramadan memberi kelebihan kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok. Oleh itu, sewajarnya umat Islam mengambil peluang untuk mengatasi masalah ini.
Ada riwayat menyebut, semua pintu langit dan syurga dibuka setiap Ramadan. Iblis dan syaitan dirantai supaya mereka tidak dapat mengacau dan mengganggu kaum Muslimin. Seterusnya merosakkan puasa dan bangun malam mereka. Pada setiap malamnya pula, ada suara menyeru: "Siapa yang mahu kebajikan, mari! Siapa yang mahu kejahatan, berambuslah!"
Semoga kita dapat menyambut kebaikan yang diseru pada Ramadan ini untuk membuat kebaikan dengan meninggalkan tabiat penagihan dadah nikotin buat selamanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Ramadan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga."
Pada peringkat awal ini, pemimpin masyarakat dan pemimpin agama adalah diseru agar membebaskan diri daripada tabiat merokok agar mereka mudah dicontohi.
Dengan berbekalkan iman di dada, marilah kita bersama-sama dengan penuh rasa keinsafan dan harapan, mohon bantuan dan pertolongan daripada Allah agar berjaya meninggalkan tabiat merokok yang dan seterusnya menjaga kesejahteraan diri anak dan isteri kita.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/