SharpShooter Followers

Sunday, August 08, 2010

Sivagi The Boss - Tawan Putrajaya bukan mustahil


Anwar PM pabila Pakatan menang
Oleh - TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Walaupun tempoh pilihanraya umum ke 13 masih jauh lagi sekali sekala teka teki timbul. Macam-macam andaian, berbagai tangkapan walaupun yang bercakap itu tegas Speaking ‘has only the vaguest notion what he is talking about’.

Itulah keistimewaan seorang pemerhati, komentator, penganalisis, tukang karut dan busy body politik. Kenapa mahu jadi interfering busy body? Bila PRU 13 diadakan itu adalah hak mutlak perdana menteri Najib Razak. Tempoh masih ada tiga tahun lagi.

Waras kah Najib perjudikan (tempoh) untuk mendapat ‘mandat peribadi’ - baru memimpin setahun jagung?

Benar pengganti Kevin Rudd, Julia Gillard, telah membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya umum hanya baru sebulan menjadi perdana menteri. Itu Australia. Kita Malaysia. Lanskap politiknya berbeza.

Jangan apa yang dikejar (tempoh lima tahun baru, mandat peribadi) berciciran dan yang ada (tiga tahun lagi yang diwarisinya dari Badawi) terampas! Ramai manusia tergoda dengan iklan untuk membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Lebih teruk merchandise yang tidak baik. Begitu juga dengan populariti, kalau pun populariti itu benar, ramai tergoda dengannya. Janganlah tergoda! Hendak laba langsung rugi!

Ketua MCA, Dr Chua Soi Lek, hanya mahu menakutkan orang Cina apabila dia berkata andainya Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13, calon PAS akan jadi PM, bukan dari Keadilan atau DAP, satu pendekatan dan kenyataan takuk lama, dan lebih buruk pula kerana dia membuat kenyataan itu di Kelantan. Cina Kelantan arif berpolitik!

Dalam politik, pentadbiran, perniagaan, media, sukan dan pendidikan dan apa jua pun bidang yang terpenting adalah kualiti pucuk kepimpinan bukan parti walaupun parti juga mustahak. Pada kepimpinan atau leadership ada satu sahaja pilihan: satu dasar yang wajar dan baik. Setelah keputusan diambil pemimpin itu mesti dapat pula meyakini rakyat dengan apa yang telah ditetapkan bahawa ia (dasar) itu baik, adil dan dilaksanakan dengan berani dan pantas - suka atau duka.

Inilah makna political leadership, ini elemen yang kritikal dan yang wajib ada pada pemimpin itu bagi kebaikan bangsa, watan, agama dan masa kemuka. Pemimpin yang bersifat begitulah yang kita wajib cari dan pilih.

Najib mahu mempertahankan jawatannya yang ‘dipusakai’ dari Badawi (amat wajar), Anwar Ibrahim pula mahu merampasnya (tidak salah dalam sebuah demokrasi). Itu sahaja pilihan yang akan datang, Najib atau Anwar? BN atau PR?

Anwar, timbalan perdana menteri yang ke empat tidak sempat jadi PM bermula dengan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, (meninggal dalam jawatan), Musa Hitam (merajuk langsung berhenti), Ghaffar Baba (kalah pada Anwar sebelum berperang!) dan Anwar dipecat oleh Dr Mahathir mentornya satu ketika.

Adalah bijak bagi mereka yang belum membuat keputusan meninjau kembali cara kenaikan Najib dan kejatuhan Anwar. Dalam lain perkataan mengesani evolusi, pendekatan mereka sehingga kedua-dua berada di tahap sekarang.

Saya mengenali kedua-dua dari dekat. Persona public dan persona private mereka. Kedua-dua pernah menjadi timbalan perdana menteri, menteri belia dan sukan, menteri pelajaran dan kewangan - bahkan Najib masih menteri kewangan.

Ramai tentu ingat pendekatan yang berbeza! Rakyat mahu bukan sahaja kestabilan, kemakmuran, keadilan juga satu-satu yang kreatif dan resilient (boleh bertahan). Kita masih dalam perjalanan kearah satu imbangan (balance) antara governance yang baik dengan perlaksanaan berani dan adil peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan.

Selepas 52 tahun merdeka kita masih belum mencapainya! Benar, amat benar seperti kata pepatah Cina: lebih lama masa diperlukan bagi mendidik manusia dari menanam pokok – atau it takes much longer to grow a person than to grow a tree.

Ramai orang bercita-cita mahu jadi PM, bermimpi lebih ramai lagi; berangan-angan jumlahnya lebih besar walaupun tidak realistik. Apa pun tidak kah terlintas di hati mereka ini walaupun tidak jadi PM seseorang itu boleh juga mempengaruhi dasar-dasar negara melalui berbagai cara dan sumbangan?

Apa pun biarlah mereka terus berangan-angan. Selagi bernafas selagi itulah ada harapan!

Lanskap politik kita sudah berubah, sedang berubah dan akan berubah begitulah juga geopolitics wilayah dan dunia. Kita jangan bergembira dengan masa silam, kita mesti berubah deras – bersatu padu, bersedia menerima cabaran yang mencabar dan sengit kini dan akan datang.


Dalam politik tiada yang mustahil. Dulu Anwar bakal PM - dibuang dan dipenjarakan. Kini ketua pembangkang. Krisis kewangan dan ekonomi 1997 – 1998 diikuti pergolakan politik - kedua-duanya incendiary (kebakaran) dan personal mengakibatkan perpecahan dalam UMNO, parti pemerintah.

Kesannya berlarutan sehingga sekarang. Apa pun jangan lupa Najib bukan calang-calang perdana menteri. Kedua-dua pendekar: Najib pendekar elak jauh, Anwar pendekar lidah! Mereka akan menunjukkan kependekaran masing-masing dalam PRU 13, pertarungan hidup mati kedua-dua (dalam dunia politik!)

Pihak yang banyak ilmu, ramai jemaah, banyak dana, lebih ramai pendeta politik yang berpengalaman tegas Speaking ‘will make the difference’.

Kita harus memahami sejarah, situasi sekarang, trends akan datang dan mempunyai perspektif yang terang. Besar kemungkinan China muncul sebagai kuasa mega lebih awal lagi dari dijangka dan begitulah juga berakhirnya unipolariti.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/