SharpShooter Followers

Thursday, August 19, 2010

Qazaf terhadap senatak Ezam

Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.
"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan).

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa
politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."
Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.

" Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu membuat laporan qazaf terhadap Senator Ezam Mohd Nor ekoran kenyataan-kenyataan berhubung kes liwat kedua dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Shamsul Iskandar berkata, laporan ke atas Ezam yang juga bekas AMK dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Laporan akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan petang ini.

“Berdasarkan beberapa kenyataan media dan juga menerusi ‘Twitter’, Ezam membuat kenyataan mengaitkan Anwar dengan perbuatan meliwat dan juga mendakwa isterinya Datuk Seri Wan Azizah,” kata Shamsul Iskandar ketika dihubungi.

Salah satu mesej Twitter yang dikeluarkan pada 11 Ogos lalu, berbunyi, “Azizah lindungi Anwar sebagai isteri, OK, tidak boleh subahat biar Anwar fitnah yang lain untuk tutup kesalahan sendiri sebab Azizah tahu hal yang sebenar.”

Maklumat mengenai aduan yang hendak dibuat disiarkan menerusi blognya hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, Seksyen 41 merujuk kepada tindakan mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa empat saksi lelaki.

Kata beliau, laporan itu juga ada kaitan dengan tindakan Ezam mencabar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat sumpah berhubung kenyataannya bahawa isteri Anwar pernah meminta bantuannya menghalang seorang lelaki daripada menghampiri Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Dalam kenyataan pada 12 Ogos lalu, Ezam mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Dr Wan Azizah agar membantu menghalang seorang lelaki daripada mendekati suaminya sekitar 2006.

Ezam menambah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang Dr Wan Azizah jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah,” kata Ezam ketika dihubungi The Malaysian Insider sebelum ini.

Sehari sebelum itu Dr Wan Azizah memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan agar menghalang seorang lelaki daripada mendekati Anwar.

Dr Wan Azizah berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini.

Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat “hasil menerima upah pimpinan Umno.”

Lagi berita tentang Ezam di sini dan di sini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/