SharpShooter Followers

Thursday, August 12, 2010

Ezam rela disaman.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membantu “menghalang seorang lelaki daripada mendekati” suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai sekitar 2006.

Sehubungan itu bekas ketua Angkatan Muda Keadilan tersebut juga berkata, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dr Wan Azizah, Presiden PKR, jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah,” kata Ezam ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

“Datuk Seri Wan Azizah ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang, itu hak beliau... jika ada tindakan undang-undang, saya sedia menghadapi tindakan itu, sebab saya tidak buat fitnah,” katanya lagi.

Ezam mengulas kenyataan Dr Wan Azizah semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan agar “menghalang seorang lelaki daripada mendekati” Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh sedekad ini.

Dr Wan Azizah berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini.

Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat “hasil menerima upah pimpinan Umno.”

“Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” kata Dr Wan Azizah.

Ezam berkata beliau berharap sempena bulan puasa Dr Wan Azizah akan bercakap benar dan memikirkan tanggungjawab kepada rakyat khususnya umat Islam tentang siapa sebenarnya Anwar.

“Saya minta beliau bercakap benar, saya sedia bersumpah kalau beliau menafikan, tetapi saya juga mahu beliau turut bersumpah.

“Pagi ini emak saya sendiri, yang Datuk Seri Wan Azizah selalu panggil sebagai bonda, ketika Anwar masih di penjara, menelefon saya menasihatkan Wan Azizah agar melakukan tanggungjawab, bercakap benar,” katanya lagi.

Sharpshooter :- Teringat sumpah Ezam dan sumpah Mak Ezam...




Sk - Seperti piring hitam lama, bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu mengulangi dakwaan kononnya Dr Wan Azizah pernah bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon kepada Ezam dari Washington satu ketika dahulu.

Perkara itu timbul apabila Ezam yang kebetulan berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/