SharpShooter Followers

Sunday, August 08, 2010

Jangan salahkan Islam - Guan Eng



Lim: Jangan salahkan Islam, saya berpendapat ia tidak adil.
GEORGE TOWN, 7 Ogos — Ketua Menteri Lim Guan Eng mempertahankan sumbangan Islam sambil menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu mempelajari tentang ketamadunan Islam.

Sehubungan itu Lim berkata Dr Chua sedang cuba untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah akar umbi sebenar, yang dilihat ditujukan kepada Umno selaku komponen utama Barisan Nasional (BN).

“Jangan salahkan Islam, saya berpendapat ia tidak adil,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sebaliknya menurut Lim, Dr Chua sewajarnya mengemukakan persoalan-persoalan yang serius seperti perjudian sukan dan kalimah Allah kepada Umno.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menghadiri sidang media itu bersetuju dengan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Anwar berkata, Dr Chua dengan jelas memperlihatkan keangkuhan dan kejahiannya ekoran kenyataan beliau semalam.

“Pada pemikiran saya, dia seorang pemimpin yang tidak boleh diterima dalam pakatan (seperti BN),” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin yang ingin menyelamatkan negara harus berusaha untuk memperluaskan pengetahun mereka tentang agama-agama yang lain.

Oleh itu kata beliau, adalah penting bagi bukan Islam memahami sumbangan masyarakat Islam dan begitu juga sebaliknya.

Lim berkata Dr Chua perlu memahami bahawa ketamadunan Islam bukan semata-mata terletak pada aspek kuasa empayar, tetapi juga dapat dilihat dalam bentuk keagungan keseniaan, pembelajaran, astonomi dan algebra.

“Negara-negara Islam berhadapan dengan masalah yang sama pernah dialami oleh China dan India sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Integriti Khalifah Umar Abdul Aziz di sini hari ini.

“Hanya apabila India dan China bebas, merdeka dan tidak didominasikan oleh kuasa penjajah, mereka berupaya untuk sedar potensi mereka dan membawa keagungan mereka ke persada dunia,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, Dr Chua membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu.

Malah beliau mendakwa Malaysia juga kini terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.

Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.”

Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini.

Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Bagaimanapun dalam reaksi segera semalam, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS ‘bersatu’ membidas Dr Chua kerana menuduh kedua-dua parti Melayu Islam itu menggunakan agama untuk meraih sokongan orang Melayu sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu mereka memberi Dr Chua amaran bahawa beliau berhadapan dengan risiko mencetuskan reaksi balas daripada kaum Melayu.

Sharpshooter :- Tidak ada pemimpin kaum Tionghua lain yang bukan beragama Islam di Malaysia seperti Lim Guan Eng.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya...amin...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/