SharpShooter Followers

Sunday, August 15, 2010

Kembara Ramadhan AMK P.Pinang


Kembara Ramadhan anjuran AMK P.Pinang dijangka pada 30hb dan 31hb ogos 2010.

Pengembaraan konvoi anak muda Kembara Ramadhan AMK P.Pinang akan singgah di pasar-pasar Ramadhan dan akan menjelajah di setiap Parlimen samada di sebelah pulau dan di tanah besar.

Amk akan edarkan 100 kotak buah kurma dan sedikit kain salinan dan hamper untuk mereka yang layak di Pasar Ramadhan.

Sesiapa berminat untuk turut serta dan memberi sumbangan, bolehlah menghubungi Ketua Biro Kebajikan Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang En Zulkarnain 019-5082933

Sila daftarkan nombor kenderaan dan penumpangnya sekali untuk turut serta dalam Kembara Ramadhan.

Manakala sumbangan bubur lambuk juga turut diadakan pada tahun ini.


Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang akan menganjurkan program pengagihan bubur lambok kepada penduduk sekitar kawasan Bayan Baru.

Bagi menjayakan program ini kami ingin menjemput anda semua untuk sama-sama kita beramal di bulan yang mulia ini dengan menyumbangkan tenaga ataupun wang tunai bagi yang berkemampuan. Kos untuk Satu periuk bubur lambok berjumlah rm150.

Sumbangan Untuk 1 Periuk RM150.00

Tetapi tuan.puan boleh menderma seberapa banyak yang mungkin, berdasarkan kemampuan.Tiada paksaan.

*Salurkan sumbangan anda terus ke akaun bank kami di AGRO BANK (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia Berhad) di akaun bernombor : 1007-111-0000-274-00 atas nama Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang.

*SMSkan nama anda sebagai penyumbang derma ke no. telefon bimbit Ketua Penyelaras Unit Ehsan Pulau Pinang, Zulkarnain 019-5082933*

Program pengagihan bubur lambok akan di adakan pada:

Tarikh: 22 Ogos 2010 / 12 Ramadhan 1431H ( Ahad )
Jam : Selepas Solat Asar
Tempat: Hadapan Pintu Masuk Masjid Bayan Baru

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/