SharpShooter Followers

Monday, August 30, 2010

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata - Chegu Bard

Dari Blog Chegu Bard

KEADILAN merupakan parti berani melebarkan demokrasi kepada semua ahli. 1 ahli satu undi sewajarnya semangat penyuburan demokrasi dan membawa politik baru ini harus diraikan dan seiring dengan proses pemilihan kali ini. Rakyat khususnya sedang menilai dan memerhati dengan dekat bagaimana KEADILAN mendepani proses pemilihan ini adakah ia sejajar dengan hasrat yang ingin dilaksanakan, rakyat mahu melihat satu budaya politik pemilihan yang baru.

Jika kita hanya sekadar menggunakan media membuktikan kita lebih baik dan orang lain buruk, mengangkat bakulo sendiri, budaya politik naungan seperti pilih calon A kerana ia dapat naungan pemimpin utama dan tolak calon B kerana ia tidak direstui maka rakyat akan bosan kerana ia hanya mengulang tayang pemilihan Pemuda Umno dalam versi yang lain.

che'GuBard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding. Biar 'adik beradik' anak muda dalam parti memutuskan. Tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihanraya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir. che'GuBard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada Cabang 'rasmi' AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku ?

Jika che'GuBard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihanraya maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat che'GuBard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihanraya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.

Namun kerana gusar dengan rakyat mungkin muak dan mengatakan budaya politik anak muda dalam KEADILAN sama dengan parti pendiri regim maka telah diusahakan sesuatu.

Dalam proses demokrasi satu elemen penting yang harus diwujudkan ialah maklumat. Ahli yang mahu mengundi harus diberikan maklumat yang lengkap. Pengundian harus dilakukan berdasarkan maklumat bukan sentimen atau naungan atau pengarahan tertentu.

Negara yang maju demokrasi seperti di Amerika Syarikat ada istilah presidential debate, ia adalah perkara wajib dalam memberikan warga Amerika Syarikat maklumat dan presepsi yang betul sebelum membuat pemilihan. Maka telah diusahakan bersama sekumpulan ahli muda dalam parti di Utara Semenajung Malaysia untuk melakukan perkara yang hampir sama. Debat Ketua Angkatan Muda bakal dianjurkan di Taiping sekitar pertengahan September.

Debat ini harus mengenegahkan cara individu tersebut mengungkap permasalahan dalam angkatan muda dan gerakan muda Malaysia secara Amnya, tawaran dan hala tuju yang ingin dibawa sesuai dengan menjawab persoalan permasalahan yang muncul. Masalah anak mudaMalaysia juga harus diketengahkan sebagai agenda utama ?

Percaya dengan perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata maka anak muda tidak seharusnya cuma pandai berkata - kata. Idea bernas harus dilampirkan dengan rekod prestasi kerja buat selama ini. Khususnya kepada yang pernah muncul dan tenggelam dan muncul semula ketika pemilihan hampir. Ini penting khususnya ketika parti mendepani persoalan isu lompat lari yang begitu menekan.

InsyaAllah jika ia dapat dijalankan dengan jaya maka akan memberikan suntikan budaya politik baru dan persepsi yang segar dalam rakyat melihat KEADILAN.

Begitulah kita bekerja walaupun che'GuBard tidak berada dalam kerangka AMK namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda.

ikuti sambungan dengan persoalan Siapa 'chai' che'GuBard ? , Apa perancangan terhadap AMK ? Tuduhan che'GuBard tidak punya idealisma ?

sila klik sini dan baca bahagian 1


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/