SharpShooter Followers

Thursday, August 26, 2010

Benarkah Ketua AMK 3 penjuru?

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.


Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -- Nurul Izzah (kiri) difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam. Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.


Pada masa yang sama, ketika kedua-dua 'lawannya' dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu. “Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi - bekas pemimpin pelajar di United Kingdom - beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan 'direstui' Anwar
Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.
“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.
Kumpulan ini yang khabarnya 'direstui' Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan, berkaca mata) (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA. “Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepada Malaysiakini.
Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) - seorang peguam - kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan. Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.
“Saya tidak akan umumkannya.

Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini. Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN. Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.


Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya. “Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.


Sharpshooter : Bahang pemilihan kian terasa, ada calon yg terlalu ghairah untuk menjadi calon, ada calon yang kurang keyakinan diri mendakwa mereka calon ' restu ' Anwar dan bersandar pada bahu Azmin Ali.

Gambar sharpshooter bersama Chegu Bard dalam artikal Malaysiakini memang mengesahkan Sharpshooter dan majoriti Amk Penang bersama Chegu Bard sejak dari dulu semasa susah dan senang.

Pada pandangan sharpshooter, anak muda harus diberi peluang tentukan siapa ketua mereka. Masing-masing ada pandangan dan masing-masing ada pilihan.

Semua calon adalah penyokong setia Anwar dan terbukti Chegu Bard dan Shamsul adalah antara yang paling setia dan konsisten dalam perjuangan. Mereka berdua sanggup hadapai ujian ketika susah dan senang dan ternyata mereka lulus ujian.

Adakah pilihan Anwar semestinya tepat? contoh selepas PRU 12, YB Yusmadi adalah pilihan Anwar untuk menjadi Ketua AMK P.Pinang. Shamsul Iskandar terpaksa turun ke P.Pinang berbincang dari hati ke hati, ternyata dalam 10 yang hadir 6 menolak Yusmadi dan 4 lagi akur dengan kehendak Anwar akhirnya YB Yusmadi dlantik juga menjadi Ketua AMK P.Pinang.

Apa jadi AMK P.Pinang dibawah Yusmadi? hancur lebur AMK P.Pinang hingga akhirnya Shamsul Iskandar terpaksa pula melantik Amir Ghazali untuk gantikan Yusmadi. Inilah padahnya bila demokrasi dilacuri atau diliwati. Kita kena akur dengan demokrasi biarpun keputusan tidak memihak kepada kita tetapi itulah erti demokrasi.

Anwar kalau boleh mahukan mereka yang Profesional, ya betul.. mereka profesional dari segi kelulusan akademik atau kerjaya mereka tetapi ada sesetengahnya mereka tidak profesional dari segi gerak kerja politik.

Anwar semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO atau Timbalan Presiden UMNO memang mudah mengawal pemuda umno dulu sebab mereka terikat dengan projek. Jika melawan alamat nak mampus...projek hilang.

Tetapi AMK bukan macam Pemuda UMNO yang begitu mudah dicucuk hidung. AMK dididik dan diajar oleh Anwar Ibahim sendiri untuk menentang kronisme dan nepotisme serta berjuang untuk menegakkan keadilan dan mengajar erti demokrasi.

Menyokong Chegu Bard tidak bermakna menentang Anwar. Menyokong Shamsul Iskandar juga tidak bermakna menentang Anwar. Inilah erti demokrasi, setiap orang berhak mengundi calon yang mereka fikir layak memimpin mereka.

Benarkah pertandingan AMK 3 penjuru? Masa akan tentukan segalanya. Sehingga saat ini ada 4 calon yang menawarkan diri untuk bertanding Ketua AMK Malaysia.

Anwar Ibrahim tetap idola anak muda dan anak muda serta rakyat penyokong Pakatan Rakyat mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.

Sivagi The Boss



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/