SharpShooter Followers

Wednesday, August 18, 2010

Duit Raya dari kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. “Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.
Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Comments
5 Comments

5 comments:

malaysian said...

Aku tak pernah dengar pula special bonus setiap kali tiba Tahun Baru Cina. Tapi bila menjelang setiap kali Aidil Fitri, ada saja special bonus akan diberi. Bukankah ini menunjukan layanan atau nak panggil HAK keistimewaan melayu muslim di iktiraf oleh kerajaan PR? Ini bezanya BN dgn PR, PR laksanakan kebajikan, cakap kurang...BN pula cakap lebih, buat belum tentu.

Anonymous said...

salam..

so pada rakyat malaysia yang menpunyai fikiran yang Allah bagi.pikir la sendiri..

Anonymous said...

Dalam Utusan Meloya dan Berita Hairan tak siar berita ini...

Sharpshooter said...

tidak ada yg tidak benar melainkan yg benar2 belaka...

Anonymous said...

kecoh ke dapat duit raya??? kat terengganu dah bekurun2 dapat duit raya,budak sekolah dapat note book free x ada kecoh pun hempeh........

Hanya klik jer.....

Kepada pengunjung blog Sharpshooter...Setiap hari anda layari internet...layan web...layan blog...layan Facebook.....sharpshooter nak kongsi dengan anda...sharpshooter sudah jumpa cara nak dapat duit tambahan...daftar di sini (ChurpChurp)