SharpShooter Followers

Tuesday, August 17, 2010

Rizal Hamid dan Pak Sedara Pupu Anwar terlantar di Hospital

Naib Ketua AMK P.Pinang, Rizal Hamid kini terlantar di Hospital. KPJ Penang Specialist Hospital, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Beliau kini berada di Wad 499 kerana mengidap penyakit batu karang. Sewaktu sharpshooter tiba tengahari tadi, beliau baru sahaja menjalani pembedahan dan baru sedar dari pengsan.

Alhamdulliah, ramai sahabat-sahabat seperjuangannya dari Nibong Tebal hadir melawatnya. Semalam beliau berbuka puasa bersama isteri dan anak-anaknya di Hospital.

Inilah batu karang yang telah berjaya dikeluarkan. Semalam beliau buang air kecil berdarah. Sakitnya hanya Allah yang tahu...katanya. Waktu lawatan 12.00tgh - 3.ooptg dan 5.00ptg -9.30malam.

Sesungguhnya dalam Islam sakit itu adalah kifarat dosa. Banyakkan istigfar, banyak berdoa mudah-mudahan cepat sembuh.

Nantikan artikal pejuang lama dan baru di Nibong Tebal.

Agak terkejut juga bila tahu Rizal Hamid masuk wad sebab sharpshooter baru sahaja bersamanya ke Yayasan Aman, Majlis Berbuka Puasa.

Azmin Ali hadir dan cara serta gaya Azmin Ali berucap mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai Timbalan Presiden Keadilan. Orang politik bila berucap kena baca apa yang tersurat dan tersirat.

Sebelum itu, pada hari Sabtu sharpshooter sempat menziarahi YB Ustaz Salleh Man Adun Permatang Pasir yang baru keluar dari wad Hospital Bukit Mertajam selama 10 hari.

Semasa bertemu beliau di rumahnya Kg Pisang, Cherok To' Kun Atas, beliau kelihatan sangat lemah dan susah untuk duduk sebab mengidap sakit usus. 24 Ogos beliau sekali lagi terpaksa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sebelum itu kami melawat Pak Sedara Pupu Anwar Ibrahim yang terlantar di Hospital Kulim. Rumahnya di Tanah Liat, Sungai Semambu. Mereka suami isteri masuk wad di Hospital Kulim. Beliau mengidap sakit kanser usus.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Anak mereka masih koma di Hospital Seberang Jaya. Berita di selanjutnya di sini.

Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan mereka semua cepat sembuh.. amin.

Berita terkini mereka semua sudah keluar wad dan kini berada di rumah Tanah Liat, Sg Semambu.

Kepada pembantu khas Anwar Ibrahim, bila Anwar Ibrahim atau Wan Azizah datang ke P.Pinang, masuklah dalam jadual lawatan untuk menziarahi mereka.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/