Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September3 Oktober depan.
Selain jawatan Timbalan Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim serta Mustaffa Kamil Ayub dan banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Terdapat ura-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat.
Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?.
Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?
Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR
Terdapat angin mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin (foto) tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan tersebut. Beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Rembau yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Ramai yang menganggap bahawa Chegubard adalah calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan anak muda PKR selepas Shamsul.
Beliau nampak lebih berani, berkarisma dan lahir pada zaman reformasi. Malah Chegubard dikatakan mendapat sokongan padu daripada kebanyakkan pimpinan AMK Negeri terutamanya Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.
Kekuatan Chegubard memang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Darah perjuangan kentalnya memang amat menggerunkan mana-mana pemimpin UMNO BN sejak sekian lama.
Malah, beliau antara pemimpin PKR yang banyak ditangkap akibat terlalu berani berhadapan secara "anak jantan" dengan pihak polis. Malah, kekalahan tipisnya kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika PRU-12 bagi kerusi Parlimen Rembau buktikan pengaruhnya amat berbisa.
Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis
Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut.
Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.
Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli
Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Chegubard akan dicabar oleh Exco AMK, Saudara Rafizi Ramli (foto) .
Beliau yang merupakan "team profesional" dalam PKR dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dikatakan mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding ke jawatan panas itu.
Soalnya sekarang, jika benar Saudara Rafizi mendapat "mandat" untuk bertanding jawatan Ketua AMK maka apakah ia boleh diterima oleh anak-anak muda yang lahir pada zaman reformasi dulu?.
Rafizi adalah muka baru yang wujud selepas gelombang tersebut. Malah, ketika zaman Anwar mula-mula dipecat serta ditangkap (1998) dulu Rafizi masih lagi menuntut di Leeds University UK dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.
Beliau merupakan Pengurus Termuda yang dilantik sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plan di MTBE Malaysia Sdn Bhd (Petronas) mulai 2003 hingga 2005. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 hingga 2009.
Beliau mula terlibat dengan PKR secara sepenuh masa selepas berhenti daripada Pharmaniaga Berhad pada Disember 2009 dan jawatan terakhirnya ialah Pengurus Besar. Mulai penghujung tahun 2009 itulah beliau telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit.
Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard "berkompromi" dengan Rafizi.
Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?.
Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara "anak jantan".
Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada "tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?.
Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].
Sharpshooter : Dalam Face Book Sharpshooter..lontaran ayat "Perlukah calon menyorok di bawah ketiak Anwar" mendapat banyak komen yg menyokong. Tekan di sini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/