SharpShooter Followers

Tuesday, August 10, 2010

Persatuan Peniaga KOMTAR berbohong


Malaysiakini - Sekumpulan peniaga Melayu memprotes tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di gerai masing-masing dalam bangunan Komtar sewaktu bulan puasa.

Kumpulan tersebut, yang diketuai Persatuan Peniaga Komtar (KMA), berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di tingkat tiga awal pagi ini.

Kira-kira 10 anggota polis memantau keadaan di situ tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Seramai 27 peniaga terbabit, mendakwa bahawa pengerusi jawatankuasa pemulihan Komtar dan ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat keputusan melarang mereka berniaga di gerai masing-masing.

Mereka berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenainya semalam, ssedangkan mereka sudah membuat persiapan untuk berniaga dalam bulan puasa.

Naib pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, jika masalah itu tidak diselesaikan hari ini, mereka akan mengadakan demonstrasi yang lebih besar.

"Kami mahu bertindak langkah demi langkah. Jika terlalu ramai orang, sukar untuk mengendalikan situasi," katanya.

Menurutnya, perhimpunan sewaktu hujung minggu akan disertai lebih ramai orang. Kurang daripada 100 orang menyertai perhimpunan hari ini.

Pengerusi biro ekonomi Pemuda Umno negeri, Aziaan Ariffin menuduhkan kerajaan negara mendiskriminasi peniaga kecil Melayu.

"Selepas kerajaan negeri merobohkan gerai penjaja Melayu, sekarang ia menghalang pula peniaga Melayu daripada mencari makan," katanya kepada wartawan.

"Ini menunjukkan bahawa para pemimpin DAP mengamalkan pilih kasih dan memaparkan sikap yang sangat rasis. Pemuda Umno Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," katanya.

Sementara itu, pengurus kanan PDC Properties, Mohd Bazid Abdul Kahar pula berkata, keadaan tersebut tidak ada kena mengenai dengan soal perkauman.

Manakala Utusan hari ini melaporkan

PULAU PINANG 9 Ogos - Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?

"Kalau kami tidak dibenarkan berniaga, adakah kerajaan negeri akan tanggung semua kerugian kami?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak Bazar Ramadan Komtar di sini hari ini.

Mingguan Malaysia melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan kelmarin.

Sebelum itu, kira-kira 200 orang terdiri daripada peniaga terbabit dan orang ramai berhimpun hampir sejam bagi membantah serta menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri.

Peniaga pakaian tradisional, Renny Feriyenti Koliman, 35, memberitahu, beliau hairan kenapa kerajaan negeri cuba membatalkan Bazar Ramadan tersebut pada saat-saat akhir.

Menurutnya, keputusan tersebut ternyata menyusahkan para peniaga yang tiada lokasi alternatif untuk menjual barangan mereka.

"Kalau cakap kepada kami awal-awal, bolehlah kami usahakan untuk mencari lokasi lain.

"Ini gerai sudah siap, nak cari tapak lain semua sudah penuh," ujarnya.

Peniaga pakaian, Aliff Amka, 50, menjelaskan, kerajaan negeri perlu menunjukkan mereka mengamalkan sikap adil kepada semua kaum menjalankan perniagaan.

"Beri semua kaum peluang berniaga, bukan kepada satu-satu kaum sahaja untuk memonopoli ekonomi.

"Kita tinggal dalam satu negara, biarlah rakyat pelbagai kaum sama-sama cari makan," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung Komtar, Omar Abdullah, 58, berkata, kerajaan negeri sepatutnya lebih prihatin terhadap para peniaga kecil Melayu yang mahu mencari pendapatan lebih menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri itu ternyata menindas golongan berkenaan.

"Janganlah sekat peniaga kecil Melayu yang nak mencari makan, berilah peluang kepada mereka tambah pendapatan," ujarnya.

Manakala PDC hari ini menafikan pihaknya menghalang 27 peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini daripada beroperasi.

Sebaliknya, PDC mendakwa penganjurnya, Dewan Perniagaan Komtar (KMA) gagal membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengurus Kanan Hartanah PDC, Mohd. Bazid Abdul Kahar berkata, pihaknya dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemulihan Komtar pada 5 Ogos lalu memutuskan hanya membenarkan 10 gerai beroperasi di tingkat tiga Komtar dengan kadar sewa RM50 sehari.

Menurutnya, surat kelulusan tersebut telah dihantar kepada KMA pada sebelah petang hari yang sama.

"KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu, didapati KMA tidak mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai.

"Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin memastikan penggunaan ruang di ruang legar di tingkat tiga dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosedur serta syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut," katanya.

Sharpshooter :- Kelmarin sharpshooter, Amir Ghazali (Ketua AMK P.Pinang), Syed Mikael dan Rizal Hamid bertemu YB Ng Wei Aik di Komplek Masyarakat Penyayang.

YB Ng berkata...tidak benar sama sekali saya tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Pasar Ramadhan KOMTAR seperti yang dilaporkan Utusan.

Masalahnya Persatuan Peniaga KOMTAR (KMA) telah kutip sewa dari peniaga tetapi mereka langsung tidak bayar kepada PDC. Kenyataan penuh PDC di sini.


Peniaga Melayu sedia ada seperti biasa menjalankan perniagaan mereka di KOMTAR tingkat 3 semalam. Pada pandangan sharpshooter, isu ini sepatutnya tidak timbul jika Kerajaan Negeri lebih peka dan berhati-hati dari awal.

Umno, Utusan dan TV3 serta kuncu-kuncunya, kita sudah sedia maklum mereka pasti akan ambil kesempatan untk sensasikan isu ini. Cukuplah tahun lepas isu Bazar Ramadhan di Chowrasta, letih nak jawab, tahun ini di KOMTAR pula.

Sepatutnya jangan bagi ruang langsung untuk umno ambil kesempatan mensensasikan isu peniaga Melayu di Bazar Ramadhan.

Dalam pertemuan dengan CEO Setia Urus Sdn Bhd, Encik Sabarul Aswadi Abdul Jalil semalam, beliau amat terkilan, marah dan kecewa dengan sikap KMA yang bertindak memalukan Melayu dan umat Islam.

Katanya fitnah diambang Ramadhan Al-Mubarak oleh KMA yang menuduh PDC tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadhan adalah tidak benar sama sekali.


Beliau menjelaskan sebenarnya KMA cuba menutup kelemahan dan kesalahan mereka yang tidak mengikut persetujuan mesyuarat bersama pada 5 Ogos 2010 yang turut dihadiri oleh Pengerusi KMA Jimmy Chan.

KMA juga sepatutnya membayar RM17,500 (RM50.00 x 10 lot ruang x 35 hari) tetapi sebaliknya hari ini KMA hanya mahu membayar RM5,ooo sahaja kepada PDC.

Bayangkan gerai sedia ada 20 gerai ditambah penambahan 27 gerai Bazar Ramadhan bermakna jumlah gerai adalah 47 buah semuanya.

Ini bermakna kutipan sewa gerai adalah 47 gerai x RM50.00 x 35 hari = RM82,250.00 tetapi KMA hanya mahu membayar RM5,000 sahaja kepada PDC. Anda fikirlah banyak mana KMA buat keuntungan atas angin ke atas peniaga Melayu.

Ini bermakna KMA mahu kaut keuntungan besar ke atas peniaga Melayu. Yang buat kecoh dan sensasikan isu ini adalah Naib Pengerusi KMA Mohamed Ghani Abdul Jiman.

Dalam tinjauan kami terhadap peniaga Melayu di KOMTAR semalam, kami juga bertemu dengan Ghani, beliau mulanya mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan Utusan tetapi bila kami dedahkan perkara sebenar, terus wajahnya berubah dan minta izin mahu beredar katanya mahu solat jap. Nape nak lari mamu Ghani...

Untuk makluman semua Ghani ini adalah anti DAP dan beliau juga dahulu yang turut terlibat dalam demo SEDAQ di KOMTAR sebelum ini. Gambar beliau semasa terlibat dalam demo SEDAQ akan sharpshooter dedahkan.

Untuk makluman anda semua, Ghani adalah salah seorang daripada peniaga yang sedia ada di KOMTAR. Beliau menjual barangan kulit seperti jaket, tali pinggang dan sebagainya yang dibuat dari kulit.

Beliau juga sebenarnya tidak membayar sewa selama dua bulan kepada PDC berjumlah RM3,000.00 (RM50 x 30 hari x 2 bulan). Anda fkirlah sendiri sikapnya.


Pada sebelah petang jam 3.30, kami adakan sidang media bersama YB Ng Wei Aik.

Hari ini 10 Ogos 2010 jam 11.00 pagi, Lim Guan Eng mahu berjumpa dengan kami di Tingkat 28, KOMTAR. Semoga perbincangan dengan Guan Eng akan menjernihkan semua pihak.

Usah bimbang...InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, sharpshooter dan sahabat-sahabat dalam AMK akan terus berjuang membela rakyat terutamanya peniaga.

Sebagai anak muda, kami pendesak dan pemantau dan bukannya budak suruhan. Berita lanjut akan menyusul selepas pertemuan dengan Guan Eng.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/