SharpShooter Followers

Saturday, August 21, 2010

Isu Ramadhan....

Masa berlalu begitu pantas, umat Islam telah berpuasa 1/3 daripada bulan Ramadhan tahun ini.

Tahun ini dari awal bulan Ramadhan di Malaysia menyaksikan kes bunuh bayi hampir setiap hari, amuk lalu bunuh isteri, ribut mengorbankan 3 nyawa di Bazar Ramadhan di Melaka, qazaf terhadap Ezam dan yang terbaru isu khutbah berdoa untuk Guan Eng.

Amatlah malang sekali semua kejadian tersebut melibatkan umat Islam. Isu khutbah Jumaat adalah isu yang terlalu memalukan umat Islam. Cuba anda baca di sini.

Bulan Ramadhan bukan setakat bulan untuk melatih diri kita menjadi bertaqwa semata-mata. Bahkan natijah daripada Taqwa itu ialah ia membawa diri kita dan umat Islam seluruhnya ke arah kemenangan.

Kalau nak menang, berperanglah dalam bulan Ramadhan kerana diri kita lebih dekat dengan ALLAH dan orang yang dekat dengan ALLAH ,sudah tentu lebih makbul doanya.

Berikut merupakan sebahagian besar catatan peristiwa penting dan bersejarah dalam bulan Ramadhan:

  1. Perang Badar yang terjadi pada tangal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang Badar dianggap sebagai perang terbesar dan kemenangan terbesar yang diraih umat Islam di awal pertumbuhannya di Madinah.
  2. Fathu Makkah yang terjadi pada tahun ke lapan hijrah. Jihad ini merupakan kemenangan untuk menghancurkan tuhan-tuhan berhala dan menegakkan panji kebenaran.
  3. Pada Ramadhan tahun 9 Hijrah, Rasulullah saw. menerima utusan dari Tsaqif untuk membaiat Nabi Muhammad Saw.
  4. Pada Ramadhan tahun 15 Hijrah, terjadi perang Qadisiyyah dimana orang-orang Majusi di Persia ditumbangkan.
  5. Pada Ramadhan tahun 53 Hijrah, umat Islam memasuki pulau Rhodes di Eropah.
  6. Pada bulan Ramadhan tahun 91, umat Islam memasuki selatan Andalusia (Sepanyol sekarang)
  7. Pada Ramadhan tahun 92 H., umat Islam keluar dari Afrika dan membuka Andalus dengan komandan Thariq bin Ziyad
  8. Pada bulan Ramadhan tahun 132 H., Dinasti Umawiyah ditumbangkan dan berdirilah Daulah Abbasiyah.
  9. Pada bulan Ramadhan tahun 254 H., Mesir memisahkan diri dari daulah Abbasiyah dengan pimpinan Ahmad bin Thaulun.
  10. Pada Ramadhan tahun 361 H., dimulainya pembangunan Masjid Al-Azhar yang kelak menjadi universitas Al-Azhar di Kaherah.
  11. Pada bulan Ramadhan tahun 584 H., Sholahuddin Al-Ayyubi mulai menyerang tentara Salib di Siria dan berhasil mengusir mereka.
  12. Pada Ramadhan 658 H., Umat Islam berhasil menghancurkan tentera Tartar di perang “Ain Jalut”
  13. Pada Ramadhan tahun 675 H., Raja Bebes dan tentaranya berhasil mengusir tentara Salib secara total.
  14. Pada bulan Ramadhan 1393 tentara Mesir berhasil merebut terusan Suez dan mengusir tentara penjajah, Israel dari Sinai.

Demikianlah sebahagian peristiwa penting di bulan Ramadhan al mubarak. Kesimpulannya, Ramadhan adalah bulan KEMENANGAN, KEJAYAAN, KEGEMILANGAN, KECEMERLANGAN dan KETERBILANGAN dalam Islam.

ALLAHU AKBAR!!ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!!



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/