Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis. Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.
Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).
Mereka menemui satu botol arak yang mengandungi cat merah di situ. Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.
Sementara itu, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.
Sharpshooter : Teringat peristiwa buang babi dalam masjid tetapi berbungkus plastik. Semua itu adalah kerja orang Melayu yang cuba menimbulkan ketegangan kaum dan agama.
Semboyan ISA telah berbunyi, jangan terperangkap. Orang yg sedang nazak, sanggup buat apa sahaja.
Mereka mahu negara diisytihar darurat dan akhirnya semua pimpinan Pakatan Rakyat akan ditangkap.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/