SharpShooter Followers


Friday, December 09, 2011

Ayoyo...Jangan gaduh @proframa eloklah @cmlimguaneng serah Batu Kawan kepada Mat Sabu

P Ramasamy menghentam balik ahli jawatankuasa DAP negeri, RSN Rayer yang menuduhnya "mengemis" untuk mendapatkan jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang II selepas pilihan raya umum 2008.

Ramasamy (kanan) berkata soal mengemis bagi jawatan TKM tidak timbul kerana usaha untuk menambah wakil kaum India dalam kerajaan negeri telah bermula sebelumnya - dalam jawatankuasa eksekutif pusat DAP (CEC) selepas pilihan raya.

Beliau mengaku mengunjungi Karpal Singh di hospital pada masa itu bersama Rayer kerana peguam veteran itu tidak menghadiri mesyuarat CEC di mana perkara itu telah dibincangkan.

RNONEamasamy berkata, apabila beliau bercakap kepada Karpal mengenai jawatan TKM untuk orang India, beliau tidak bermaksud ia adalah untuk dirinya.

"Saya memintanya untuk masyarakat India, saya tidak perlu mengemis (untuk jawatan itu)," katanya kepada Malaysiakini.

"Sama ada Karpal bercakap kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng atau tidak selepas itu, saya tidak tahu," kata timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, sambil menambah beliau menyertai DAP bukan untuk mendapat kedudukan atau kuasa.

Katanya, beliau meninggalkan profesyennya sebagai pensyarah kerana beliau telah meluahkan isi hatinya.

Sehubungan itu, beliau bertanya, apakah DAP akan mengambil tindakan terhadapnya kerana beliau berbuat demikian.

Sharpshooter - Ayoyo Ramasamy...apa pasai..tak makan tosei ka....jangan gadoh-gadoh...eloklah Batu Kawan bagi Mat Sabu bertanding untuk PRU 13...

Jika ditinjau di Pulau Pinang, PAS hanya bertanding di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor sahaja. PAS Pulau Pinang juga sudah sedia ada calon yang sesuai di Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Maka tempat yang paling sesuai untuk Mat Sabu bertanding pada PRU 13 adalah di Parlimen Batu Kawan.

Ahli Parlimen Batu Kawan adalah YB Prof Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang yang juga merangkap Adun PERAI. Dun PERAI terletak di bawah Parlimen Batu Kawan selain dari Dun Bukit Tengah (YB Ong Chin Wen) dan Dun Bukit Tambun (YB Law Choo Kiang).


Pada PRU 12 2008, Prof Ramasamy berjaya menumbangkan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon. Berikut adalah keputusan PRU 12 2008 di Batu Kawan :-

P46 BATU KAWAN
Jumlah Pengundi: 47,378
Peratusan Kaum:M: 20.4% C: 55.57% I: 23.66% L: 0.37%

1. Prof. Dr. P Ramasamy (DAP) (23,067)
2. Tan Sri Koh Tsu Koon (BN) (13,582)
Majoriti: 9,485
Jumlah undi: 37,289
Peratus mengundi:78.71%
Undi rosak: 640

Penyandang: Huan Cheng Guan (BN)
(Majoriti: 8,998 undi)



Mat Sabu mendapat sambutan yang amat baik di Batu Kawan, ini terbukti bila Majlis Makan Malam yang telah diadakan di Perkampongan Juru, Parlimen Batu Kawan pada 4 Nov 2011, sebanyak 130 meja berharga RM5,000, RM3,000, RM1,000 dan RM500 telah habis dijual...


Setelah diteliti dan diamati, maka amat sesuai jika Mat Sabu bertanding di Batu Kawan, Guan Eng sebagai sahabat paling akrab dengan Mat Sabu, apalah salahnya jika DAP sudi memberi laluan kepada Mat Sabu untuk bertanding di Batu Kawan.


Sharpshooter selaku Pengarah Pillihanraya Dun Bukit Tengah merangkap Ketua Penerangan Keadilan Batu Kawan, sudah pasti menjadi orang pertama yang menyokong penuh kehadiran Mat Sabu di Batu Kawan bak kata pepatah
"TAK CUKUP TAPAK TANGAN STADIUM BATU KAWAN KAMI TADAHKAN...."

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/