SharpShooter Followers

Friday, December 09, 2011

@rafiziramli ajak @khairykj berdebat isu lemboo mamie ijat di pejabat umno

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berlapang dada mencadangkan Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai gelangang berdebat isu National Feedlot Corporation (NFC).

Cadangan tersebut bukan sahaja memperlihatkan kesediaannya untuk berdebat, malah menurut Rafizi lokasi yang diibaratkan sebagai ibu pejabat Umno itu dipilih untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini,"jelas Rafizi dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Sebelum ini, Khairy menolak tawaran untuk berdebat mengenai NFC kerana bertembung dengan program beliau yang lain.

Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan sekirannya pelawaan berdebat itu masih tiada sebarang respon daripada Khairy, pihaknya akan terus terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember depan.

"Sebagai pemimpin Umno yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC," katanya.

"Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat,"katanya lagi.

NFC ialah syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pinjaman mudah RM250juta dari kerajaan pada 2007.

Scandal penyelewengan ini pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Oktober lalu. Jumlah itu diberi kepada NFC untuk menternak lembu secara besar-besaran dan membekalkan daging lembu bagi pasaran tempatan.

Laporan itu berkata duit NFC di selewengkan untuk membeli dua kondominium mewah berharga RM13.8 juta seperti diakui suami Shahrizat sendiri.

Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/