SharpShooter Followers

Friday, December 30, 2011

Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011

Sorotan Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011

Januari

- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur mempunyai pejabat sendiri, Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri. Gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) yang diguna Rosmah mencetuskan kontroversi kerana ia adalah gelaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong.

- Badan pemerhati kewangan antarabangsa, Global Financial Integirty (GFI) mendedahkan pengaliran keluar wang haram sebanyak RM888 bilion di antara tahun 2000 ke 2009. Wang haram adalah daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.

- Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008. Ia diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Sulaiman Taha meninggal pada 17 Disember 2010

Februari

- Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat mengambil iktibar daripada kejatuhan diktator Hosni Mubarak daripada tampuk Presiden Mesir.

Mac

- Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau yang merupakan pilihan raya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 Mac 2011. Kedua-duanya dimenangi Barisan Nasional.

- Trio ‘Datuk T’ menyebarkan video fitnah yang cuba memburukkan nama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April

- Pilihan raya umum Sarawak berlangsung pada 16 April. Pakatan Rakyat mengorak langkah di dengan memenangi 15 kerusi .

- Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Kadir Hashim ditahan secara kejam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 20 hari.

- Sebuah syarikat hampir muflis, Tricubes Berhad dianugerahkan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta. Tricubes Berhad adalah syarikat di bawah CIMB Group yang dimiliki adik Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak.

- Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana ‘jatuh’ dari tingkat tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mei

1. Felda didedahkan meminjam wang RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pinjaman itu mengundang kontroversi kerana ia dibuat sewaktu menteri bertanggungjawab, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa kedudukan kewangan Felda kukuh.

Jun

- Kementerian Pelancongan di bawah Datuk Seri Ng Yen Yen membelanjakan RM1.8 juta untuk menyelenggara laman Facebook. Kontrak dianugerahkan kepada Impact Creations Sdn Bhd, sebuah syarikat IT dipercayai pemiliknya rakan Ng Yen Yen.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir Baharom menyelewengkan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membayar yuran guaman peribadi dalam usahanya menghalang kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah syariah.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merisik pertunangan anak perempuan mereka di Kazakhstan menggunakan wang rakyat. Ia dibuat ‘serentak’ dengan Persidangan Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Kazakhstan .

- Remaja mangsa kekejaman polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei disahkan dibunuh dari jarak dekat dalam keadaan melutut.

Julai

- Enam orang pimpinan Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan di bawah Ordinan Darurat sewaktu berkempen untuk menamatkan rejim pemerintahan BN selama 54 tahun.

- Lebih 70 ribu rakyat keluar berdemonstrasi pada 9 Julai menuntut pilihan raya bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perubahan dalam pilihan raya umum. Seorang peserta, Baharuddin Ahmad yang mati akibat dinafikan bantuan perubatan oleh polis.

- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membawa masuk secara rahsia cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari Jacob & Co, saudagar permata di Amerika Syarikat. Beliau mengelak dakwaan itu tetapi kemudiannya mendakwa cincin itu hanya transit ke Malaysia sebelum dihantar ke Kazakhstan.

- Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Ghazali meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Ogos

- Najib Razak membayar RM84 juta kepada sebuah firma penyiaran FBC Media untuk menerbitkan dan melobi slot penyiaran dokumentari bagi memperbaiki imej buruknya di peringkat antarabangsa.

- Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya ditubuhkan

September

- Sebuah syarikat berkaitan arak dimiliki anak Dr Mahathir Mohamad mengambil alih syarikat minyak, Exxon Mobil Corporation. San Miguel Corporation menguasai 65 peratus saham Esso Malaysia Berhad (EMB).

Oktober

- Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengurangkan kadar defisit negara .Hutang negara mencecah RM437 bilion berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia

- Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Aziz Bari digantung tugas oleh UIA kerana menyuarakan pendapat dalam isu serbuan gereja di Petaling Jaya.

- KEADILAN mendedahkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil menyalahguna wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diperuntukkan kepada syarikat milik keluarganya National Feedlot Corporation (NFC).

NFC menggunakan wang RM250 juta itu untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, seunit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, melancong ke luar negara, menunaikan umrah serta pemberian diskaun pembelian daging yang dibuat rangkaian restoran keluarga Shahrizat.

November

- Anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd, sekaligus menyaksikan harga saham syarikat berkenaan melonjak paling tinggi .

- Kedai Rakyat 1Malaysia yang dimiliki rangkaian pasaraya Mydin dan menerima subsidi berjumlah RM40 juta didedahkan menjual barangan pada harga yang lebih mahal berbanding hypermarket lain. Kualiti barangan yang dijual tidak memenuhi piawaian, sos tiram 1Malaysia diarah ditarik balik dari pasaran oleh Kementerian Kesihatan kerana melanggar Akta Peraturan Makanan 1985.

- 10 orang ditahan di Sabah di bawah ISA walau pun Perdana Menteri mengumumkan ISA dimansuhkan dalam bulan September.

- Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun mendapat tentangan. Lebih 1000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta itu pada 29 November.

Disember

- Aktivis mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bertindak berani menurunkan bendera wajah Najib di PWTC pada 17 lalu diganti dengan bendera ‘Kebebasan Akademik’.

- Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat. Ia didedahkan NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF).

- Selepas berbohong dan membuat penafian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau. KEADILAN mendedahkan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/