SharpShooter Followers

Tuesday, December 27, 2011

Jingga 13 "londeh" kain mamee ijat di Singapura...

Syabas kepada Jingga 13 yang diketuai oleh Cikgu Fariz Musa yang berjaya menjejak kondo mewah milik keluarga mamie ijat di Singapura....kini bukan sahaja sudah terselak kain mamee ijat..tetapi ini sudah terlondeh terus kain mamee ijat...lembu pun lariiiiiii....

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.


Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.


Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.


Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..tungguuuuuu....

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/