Kuala Lumpur - Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur kecewa terhadap Hotel Citin Pudu kerana tidak mahu bertanggung jawab terhadap pegawai keselamatannya yang hendak merogol pelajar Indonesia di hotel tersebut.
Kes percubaan rogol itu menyebabkan mangsa dan keluarganya serta ketua pelancongan tidak dibenarkan pulang ke tanah air pada hari Rabu bersama 20 orang anggota rombongan.
Akibat kejadian tersebut, KBRI Kuala Lumpur meminta pertanggungjawaban Hotel Citin Pudu, Kuala Lumpur dengan memindahkan keluarga dan ketua pelancongan ke hotel lain yang ditempah oleh KBRI KL dan membiayai kepulangan mereka dengan pesawat Garuda Indonesia yang tiketnya sudah dipesan pihak KBRI KL.
Ketua bahagian Penerangan, Sosial, Budaya KBRI KL, Suryana Sastradiredja ketika ditemui dipejabatnya, Rabu menyatakan pada awalnya Munish Goindarasay, Pengurus Kumpulan Citrus Hotels yang memiliki Hotel Citin Pudu telah mempersetujuinya.
Namun, setelah keluarga mangsa berpindah hotel dan tiket sudah ditempah, tiba-tiba beliau menyatakan bahwa pihak pengurusan tidak bertanggung jawab.
"Saya sangat sedih dengan sikap tidak bekerjasama hotel tersebut," katanya.
Nyaris dirogol
Sebelumnya diberitakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dari Indonesia yang sedang melancong ke Malaysia nyaris diperkosa oleh seorang anggota keselamatan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu sekitar pukul 03.00 pagi.
Mangsa pada ketika itu sedang tidur bersama adiknya di sebuah bilik di hotel Citin Pudu, Kuala Lumpur terperanjat ketika seorang lelaki yang ternyata petugas keamanan hotel tersebut berada dalam bilik dan berusaha membuka seluarnya.
Mangsa menjerit dan didengar oleh orang tuanya yang biliknya bersebelahan. Atas kejadian tersebut , mangsa melaporkan kepada hotel dan tak lama kemudian pihak polis Malaysia sudah berada di lokasi kejadian.
Mendengar laporan tersebut, KBRI termasuk Ketua bahagian Sosio Dan Budaya, Suryana Sastradiredja segera menuju lokasi kejadian dan menuju IPD Dang Wangi. Namun ternyata terpaksa ke balai polis lain dan kemudian ke IPK Kuala Lumpur.
Di IPK KL, orang tua mangsa dan suaminya bersama adik mangsa didapati sedang memberi keterangan.
Dari keterangan yang diterima ANTARA dari KBRI, Rabu, kes ini sudah ditangani oleh pihak IPK KL dan suspek telah ditahan dan polis telah mengeluarkan surat perintah reman (penahanan) serta memohon kerjasama dari orang tua mangsa dan anaknya untuk tetap di KL hingga siasatan selesai.
IPK KL berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepatnya agar mangsa dan keluarganya dapat pulang pada hari Khamis(29/12) ke Indonesia.
Namun, IPK KL memohon agar keluarga dapat kembali ke KL untuk menjadi saksi apabila di hari pendakwaan.
Berdasarkan penjelasan hotel, bahawa pegawai keselamatan yang singkatannya JS itu adalah petugas keselamatan yang baru direkrut satu hari dari pihak "out sourcing". Dan sewaktu diperiksa, suspek tidak dapat berbahasa Melayu ataupun Inggeris.
Sementara itu, KBRI berinisiatif untuk memindahkan para rombongan tersebut ke hotel lain dan segera menghubungi pihak perusahaan penerbangan Indonesia untuk dapat menyediakan tiket kepulangan ke Jakarta. Lima orang termasuk mangsa dan keluarga serta ketua rombongan masih di KL, sedangkan sekitar 20 orang lainnya tetap berangkat ke Jakarta hari Rabu.
Kehadiran mangsa beserta rombongan di negara ini adalah dalam rangka pelancongan dari Jakarta ke Singapura dan selanjutnya ke Thailand. Kemudian pada 26 Desember, rombongan meneruskan perjalanannya ke Malaysia menggunakan bas. Di Kuala Lumpur mereka menginap di sebuah hotel kecil yang ditempah oleh pihak pelancongan. -Antara
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago