JINGGA 13 pada 1 Disember 2011 telah tampil membuat laporan polis terhadap kes skandal NFC apabila keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil telah melakukan pecah amanah jenayah wang rakyat bagi tujuan iaitu :
1) Pada 9 Disember 2010 telah menggunakan wang pinjaman mudah RM250 juta membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622
2) Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10 , Putrajaya iaitu PT 1886 dan PT 1887
3) Semakan bayaran melalui cek dari akuan 14160000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC di antara Januari sehingga Julai 2010 sejumlah 15 cek berjumlah RM455,423 kepada Impian Globe Network Sevices , sebuah syarikat pelancongan ke luar negara .
4) Pada 21 Julai 2010 NFC telah memindahkan sejumlah RM 588,585 ke akaun Meatworks (Singapura ) Pte Ltd milik keluarga menteri tersebut dan ianya bertentangan dengan fungsi NFC.
Justeru , JINGGA 13/Gerakan MARAH mengadakan lawatan ke tanah pada 18 Disember 2011, yang telah dibeli oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil iaitu PT1886 dan PT 1887 , namun berdasarkan siasatan yang dibuat sehingga sekarang dua bidang tanah tersebut masih di atas nama Putrajaya Holding .
Ini juga menimbulkan persoalan kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui NMLC membeli dua bidang tanah tersebut? Adakah ianya benar-benar wujud pembelian atau hanyalah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut ?
JINGGA 13/Gerakan MARAH juga mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam siasatan berkaitan 4 perkara termasuk pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya yang sehingga sekarang status siasatan masih lagi kabur dan tidak sepantas seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .
Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat oleh JINGGA 13 sahaja sejumlah RM 18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot .
JINGGA 13/Gerakan MARAH mendesak pihak polis agar bertindak telus , adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukan nya bertujuan untuk MEMBERSIHKAN mereka yang terlibat dengan skandal NFC . Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ianya adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah .
Turut hadir bersama adalah Saudara Onn Abu Bakar, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Putrajaya beserta ahli-ahli parti tersebut.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koodinator
Jingga 13
Merangkap
Pengarah Gerakan MARAH
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago