SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, April 15, 2010

Bakar Arang melahirkan katak baru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai, tapi yang saya pandai, boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat...itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang," katanya yang membacakan kenyataannya.

Wei Shu juga berkata dia akan menjadi Adun bebas dan berjanji akan terus berkhidmat seperti biasa dan berusaha memenuhi kehendak rakyat.

Pada akhir kenyataannya, Wei Shu berkata pengundurannya itu tidak ada kena mengena dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

* Ada sesiapa YB atau ahli PKR nak melompat lagi ka? PKR tidak akan menghalang malah membuka pintu seluas-luasnya pada mereka yang tidak setia dan kecundang dengan ujian kemenangan dan kebendaan.

Tindakan bekas Exco Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang yang mewakili KEADILAN, Tan Wei Shu yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menjadi ADUN Bebas tidak akan menjejaskan kekuatan parti atau sokongan rakyat terhadap KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika dihubungi Suara Keadilan berkata tindakan Tan itu telah dijangka kerana beliau tidak berpuas hati setelah parti membuat keputusan untuk mengugurkan beliau daripada jawatan Exco.

"Langkah beliau tidak ada kesan kepada parti kerana sudah kita jangkakan. Beliau banyak merungut setelah digugurkan itu kita tahu. Beliau digugurkan kerana masalah prestasi kerja dan kita mahukan seorang Exco yang mampu memperjuangkan kebajikan dan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Kita telah melalui banyak proses ini (keluar parti) dan mereka yang berbuat demikian adalah individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan komited kepada perjuangan parti. Saya yakin parti akan lebih mantap dan kukuh selepas mengharungi pengalaman pembersihan elemen yang tidak ikhlas dalam perjuangan parti," kata Dr Wan Azizah.

Ditanya sama ada tindakan Tan akan menjejaskan perjalanan kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, bekas Ketua Pembangakang wanita pertama negara itu berkata ia sedikit pun tidak mempunyai kesan kepada jentera parti atau sokongan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Tan, 54, digugurkan daripada jawatan Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina,Sumber Tenaga Manusia, Pengangkutan 10 Mac lalu dan tempat beliau digantikan oleh ADUN Sidam, Tan Chow Kang.

Beliau merupakan wakil rakyat KEADILAN kedua yang mengisytiharkan keluar parti. Sebelum ini ADUN Lunas, Mohd Radzi Salleh berbuat demikian pada 23 Ogos 2009.

Tindakan mereka dibuat pada ketika Pakatan Rakyat berhadapan dengan pilihan raya kecil masing-masing di Permatang Pasir dan terkini di Hulu Selangor.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/