SharpShooter Followers

Thursday, April 15, 2010

YB Ong dan YB Law turun padang tinjau masalah kuari dan kilang haram

Bukit Tengah - Penduduk di Kampung Jalan Pengkalan, dekat sini, yang berhadapan dengan masalah debu yang dibawa lori dari kuari berhampiran rumah mereka hampir menemui jalan penyelesaian.

Ia berikutan perbincangan serta lawatan yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banijr, Law Choo Kiang ke lokasi berkenaan, baru-baru ini.

Namun, sebelum lawatan diadakan, satu mesyuarat diadakan pada 5 April lalu di antara CNY Quary, NSTAR, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geosains, , Jabatan Kerja Raya (JKR)Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Pengkalan serta dipengerusikan oleh Law Choo Kiang.


Law Choo Kiang dalam pada itu berkata, lawatan yang diadakan pada hari itu merupakan susulan daripada perbincangan yang diadakan sebelum ini di MPSP bagi meninjau keadaan sebenar yang dilalui penduduk setiap hari.


Pun begitu, menurutnya, pihak kuari telah mengambil tindakan segera sebelum lawatan tersebut diadakan dengan menurap jalan dari kuari ke jalan kampung yang menjadi laluan keluar masuk mereka setiap hari.



Lawatan pada hari ini adalah bagi meninjau keadaan debu yang dibawa kuari dan juga kilang haram yang beroperasi di dalam kampung ini. Dan, setelah tinjauan dan perbincangan dibuat bersama pihak JKR, mereka bersetuju untuk menurap semula jalan di kampung ini termasuk di kawasan kilang haram.



Bagi masalah sistem perparitan pula, tanggungjawab diberikan kepada MPSP untuk mengatasinya,”katanya.

Sementara itu, ADUN kawasan, Ong Chin Wen berkata, masalah keretakan rumah salah seorang penduduk yang tinggal bersebelahan kuari akan diselesaikan oleh pihak kuari setelah perbincangan bersama diadakan.




Mengenai kilang haram yang beroperasi di dalam kampung itu, beliau berkata, MPSP akan diarahkan untuk mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan bagaimana untuk menguruskan kilang-kilang haram tersebut.

Ia kerana lesen operasi mereka dikatakan tidak diluluskan berikutan masalah status tanah. Terdapat 42 kilang di situ dan hanya 12 yang punyai lesen.

Justeru, beliau berharap segala permsalahan yang timbul hingga menyusahkan penduduk itu dapat diatasi segera demi kepentingan semua pihak terutama penduduk.



Sebelum itu, Sinar Harian dalam laporannya bertarikh 19 Februari 2010 menyiarkan tentang keluhan penduduk di Kampung Jalan Pengkalan yang tidak tahan dengan debu dibawa lori kuari yang beroperasi di kampung mereka.

Ia menyebabkan penduduk sering mengalami masalah kesihatan, selain menjejaskan mata pencarian peniaga yang membuka gerai makanan di situ.

Selain itu, batu yang dimuatkan di dalam lori yang dibawa juga sering terpelanting dan terkena rumah penduduk.

Wakil kilang NStar memberi penerangan kepada YB. Kilang ini memproses besi buruk dan ini yang menyebabkan serpihan besi jatuh ke jalan.

Tetapi macam biasalah bila YB turun, kerja-kerja pun berjalan dengan baik.
Lori air ini langsung tidak pernah wujud sebelum ini.

Walau bagaimanapun, saya sudah menghantar 2 surat kepada MPSP untuk bincang lebih lanjut tentang masalah perparitan dan masalah 30 kilang haram di situ.

Untuk makluman semua terdapat 150 kilang haram di seberang perai sahaja tidak termasuk di sebelah pulau.

Inilah bijaknya UMNO dan BN memerintah P.Pinang. Kilang haram telah beroperasi lebih dari 30 tahun.

Kerajaan memang rugi berjuta ringgit sebab tidak dapat kutip cukai. Yang untung segelintir pengarah yang ambil bulanan dari kilang haram tersebut.

Sesiapa yang ada maklumat tentang isu ini, segera laporkan kepada saya atau terus kepada SPRM. SPRM kalau bab pengarah atau pegawai bolehlah kita harapkan tetapi kalau bab orang politik memang susah sikit. Faham-faham sajalah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/