SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, April 14, 2010

Mahkamah Syariah telah diliwat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang menolak permohonan beliau untuk menghadapkan Mohd Siful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf sambil menyifatkan mahkamah tersebut telah menjadi mangsa dan alat bagi memenuhi agenda politik pihak tertentu.

Pagi tadi Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan menerima bantahan awal yang dipohon oleh pihak responden dan mengenapikan kes qazaf.

Hakim Syariah Mohd Shukor Sabudin dalam kamarnya membuat keputusan itu setelah mendengar hujah dari kedua-dua pihak pada 10 Mac lepas.

"Saya memutuskan mahkamah menerima bantahan awal dan mengenapikan kes ini dari didengari," jelas hakim sewaktu membuat keputusan.

Penghujahan yang baik telah diberikan pada peringkat awal oleh Mohd Shukor mengenai keadilan dalam undang-undang syariah tetapi akhirnya memihak kepada respondan yang mahukan kes qazaf ini tidak disebutkan di Mahkamah Syariah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan keputusan itu menyifatkan ini sesuatu yang aneh telah berlaku sedangkan hakim dalam hujahnya menunjukkan keadilan dalam syariah perlu ditegakkan.

"Mahkamah menerima bantahan awal tetapi saya lihat keputusan kehakiman menarik dari satu sudut, hujah yang panjang lebar yang mahukan pendakwa raya perlu adil dan tak boleh zalim. Perkara yang jelas mesti menggunakan kuasa untuk mendakwa dengan merujukkan kepada beberapa pandangan beberapa tokoh.

"Hujah yang mahukan keadilan perlu ada bagi mengelakkan salah faham pihak tertentu dan juga mengelakkan dari berlaku sesautu yang tidak di ingini selain memelihara keadilan undang-undang syariah.

"Satu hujah yang kukuh bahawa pendakwa raya tidak boleh tunduk kepada arahan politik dan mesti bebas. Tetapi dalam kes ini cukup jelas saya dituduh fitnah.

"Bila saya buat dakwaan, Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali membantah dan hakim tak buat pilihan kerana hakim kata dia tidak ada kuasa untuk memberi arahan," jelasnya kepada media di perkarangan mahkamah.

Anwar juga kesal dengan tindakan pihak tertentu yang telah mempergunakan mahkamah syariah bagi kepentingan mereka.

"Hari ini sekali lagi pencabulan institusi kehakiman telah berlaku yang mana kita lihat mahkamah syariah telah diperlekehkan dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

"Pihak saya akan menfailkan rayuan ini seberapa segera tetapi saya tidak mengharapkan sangat keputusannya kerana kita telah tahu keadaan politik sekarang yang boleh menggunakan kuasa mereka dalam membuat arahan," sambungnya lagi.

Peguam utama Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman menjelaskan pihaknya akan menfailkan rayuan dalam masa empat belas hari.

"Kita akan failkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah dalam masa empat belas hari akan tetapi ia mengambil masa yang agak lama untuk didengari kerana terdapat beberapa polisi yang perlu dipatuhi.

"Kita juga terkejut dengan keputusan ini kerana hujah hakim dari awal dilihat memihak kepada kita dengan menjelaskan pendakwa tidak perlu tunduk kepada arahan pihak tertentu dan juga politik, tetapi akhirnya keputusan telah memihak kepada respondan dan ini jelas undang-undang syariah sekarang ini telah diperlekehkan sedemikian rupa," tegasnya.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful atas tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh Anwar.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - Pengarah Jawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Anwar diwakili oleh Kamar Aniah Kamaruzaman manakala peguam Zainul Rijal Abu Bakar pula mewakili responden.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/